Tuesday, February 12, 2013

Pantai Kemasik yang sangat Indah... Kuala Terengganu with Love (Part VI)

Bersambung dari Part V.

 
 
Sebenarnya saya sudah kehabisan kata-kata untuk menggambarkan betapa indahnya Pantai Kemasik. Pantai yang membiru airnya ini amat indah dengan pasir keemasan dan  kulit-kulit siput.


 
 
 
Pantai Kemasik cuma berada di sisi jalan pulang kami ke Kuala Lumpur, kira-kira 10km sahaja dari Bandar Kijal. Melihat kebiruan pantai, kami terpanggil untuk singgah sebentar melihat keindahan alam ini dari dekat. Terdapat bongkah batu besar/bukit batu yang terbina hasil hakisan ombak pantai. Binaan semulajadi ini menambahkan lagi keindahan Pantai Kemasik.


 


Hasya mula tertarik dengan kulit-kulit siput yang berselerakan pada permukaan pasir pantai.




Kami juga bersantai seketika di pantai ini menikmati kedinginan bayu yang menyapa pipi.





Kesempatan juga kami ambil untuk menyentuh pasir pantai yang berwarna keemasan.




Hasya dan Khayra gembira sangat dapat merasa dingin air laut yang bertakung di sebalik bongkah-bongkah batu.





Melihat pemandangan laut sememangnya memberi ketenangan. Alam ini sungguh indah jika dipelihara dengan baik.





Sebelum pulang (amat berat rasanya untuk pulang), kami singgah dahulu di kedai makan yang dibina untuk kemudahan pengunjung pantai. Hati kami terus berbunga apabila ABC yang dingin dan segar kami nikmati dengan menyaksikan keindahan Pantai Kemasik.





Tamatlah percutian kami sekeluarga ke negeri Terengganu yang amat indah, menarik, unik dan mempesona. `Cinta' adalah perkataan yang amat tepat untuk kami tujukan kepada keindahan dan kepuasan yang kami nikmati. Terengganu, semoga kita bertemu lagi.




Sekian.
 
 


2 comments:

Yong Is My Name said...

So cute Khayra & Hasya
lagi cute ABC atas meja tu..
ooohhhh..

xoxo cik yong

weezana said...

Cik Yong, terima kasih sudi baca blog ni. Saya baru je melawat blog cik yong, bestnya dok kat negara pasir berdengung... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...