Wednesday, February 6, 2013

Makan Sate Semestinya di Sate Kajang Haji Samuri!

Bukan susah pun kalau anda nak makan sate. Warung tepi-tepi jalan, banyak yang ada jual sate. Tapikan, seperti yang kita semua sedia maklum, sate paling popular adalah Sate Kajang. Jadi, kalau nak puaskan hati kenalah makan Sate Kajang di Kajang. Tak syoklah kalau makan Sate Kajang di tempat lain.



Oleh kerana nak makan sate di Kajang, tempat yang paling popular nak dituju adalah Restoran Haji Samuri. Kalau korang google perkataan `Sate Samuri', nescaya korang akan terjumpa tidak terkira banyaknya entry yang dibuat tentang Sate Kajang Haji Samuri ni. FYI tagline untuk  Restoran Haji Samuri ni adalah `Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar.' Pergghh, kalau tak rasa Sate Samuri ni mungkin bermakna anda belum pernah merasa sate kajang yang sebenar (disclaimer: ulasan berdasarkan tagline).



Oleh kerana dari rumah saya nak ke Kajang memang tak berapa jauh (sejak-menjak ada highway SKVE), maka kami ke Restoran Haji Samuri di Kajang (main outlet) untuk menikmati Sate Kajang. Restoran ini terletak di Bangunan Dato' Nadzir. Alamat seperti di bawah:


Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2,
Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
GPS: N 02°59.618′ E 101°47.188′
Tel:  03-8737 1853

Di restoran ni ada pilihan untuk duduk di ruang terbuka atau di dalam ruang berhawa dingin. Kami pilih untuk makan di ruang berhawa dingin.




Banyak juga sate yang kami order. Ada sate ayam, sate daging, sate arnab (mahal wooo sate arnab!), sate perut dan sate hati.



Kuah kacang dibekalkan dengan sambal yang perlu dicampur gaulkan sendiri mengikut selera kepedasan masing-masing. Kuah kacang kat sini memang sedap. 


Nasi impit dan hirisan timun turut disediakan.



Sate memang antara makanan kegemaran Hasya.



Si kecik Khayra banyak makan nasi impit. 




Walau pun order banyak, tapi pinggan kami licin jua.



Sekian.

p.sWaktu perniagaan Restoran Haji Samuri di Bangunan Dato' Nadzir:

Monday – Thursday
Saturday – Sunday
Friday
10.30am – 12.30am
10:30am – 1.00am
4.00pm – 1.00am

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...