Monday, February 11, 2013

Steamboat di D'Ganu Seafood Cafe.... Kuala Terengganu with Love (Part II)

Bersambung dari Part I.
 
Oleh kerana perjalanan ke Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih 6 jam, kami berasa letih dan lapar. Justeru, lewat petang hari pertama di Pulau Duyong ini, tidaklah kami mahu untuk keluar mencari makan malam jauh dari kawasan penginapan. Mujurlah berdekatan dengan Ri-Yaz Heritage, ada sebuah Restoran Stimbot yang khabarnya sedap dan murah (disclaimer: saya membanding dengan harga stimbot di ibu negara).
 
Tanpa mahu menyesakkan fikiran untuk berfikir panjang, D'ganu Seafood Cafe yang cuma 5 minit perjalanan dari Ri-Yaz Heritage, kami tuju. Restoran ini terletak di barisan kedai-kedai makan di Pulau Duyong. Sebelum makan, kami ambil kesempatan untuk menikmati pemandangan sungai yang terbentang di hadapan restoran ini.



Hasya di tepian sungai

D'Ganu Cafe terletak di penghujung sekali barisan kedai makan di Pulau Duyong. Meskipun restoran ini bukan merupakan satu-satunya restoran makanan laut di pulau ini, namun, pengunjung nampaknya lebih tertumpu di sini. Dengan kata lain, restoran di sbelah D'ganu ni nampak sungguh sunyi jika dibanding dengan D'ganu.


D'Ganu Seafood Cafe

Ramai orang

Apabila diberikan menu untuk memilih set stimbot, saya mula berasa gembira. Mana tidaknya, set stimbot untuk 4 orang, cuma berharga RM25! Amat murah kalau hendak dibandingkan dengan harga set stimbot di Kuala Lumpur.


Tunggu makanan

Set stimbot untuk 4 orang tersebut mengandungi pelbagai jenis makanan laut dan ada juga makanan bukan yang datang dari laut. Ada sotong, udang, ayam, daging, bebola-bebola makanan laut dan sayur. Mee (macam mee segera) pun ada tau. FYI, set makan untuk 2 orang takde, tu yang kami ambil yang 4 orang punya.


Wah3x

Memang banyak sangat bagi kami berempat, memandangkan yang akan terlebih makan adalah 3 orang sahaja iaitu Mr. Hubby, saya dan Hasya. Manakala Khayra pula makan sikit-sikit je.
 
Stimbot di sini diberi kuah tomyam. Mr. Hubby kata sedap sangat kuah tomyam ni. Kepada sesiapa yang tak nak makan stimbot berkuah, bolehlah menggril makanan.
 

Periuk ku penuh


Masterchef

 Untuk mempercepatkan proses menggemukkan badan, Mr. Hubby order ikan bakar. Katanya, nak merasa ikan bakar di Kuala Terengganu ni.
 


tinggal tulang

Stimbot + ikan bakar (order 2 pinggan nasi), perrggghhh memang kenyang sangat.


senyuman apabila kenyang

Malam pertama: Tidur dengan sungguh damai di Ri-Yaz Heritage. Esok nak bangun awal, nak membeli-belah (menyopping) di Pasar Payang. Zzzzzzzzz.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...