Saturday, February 9, 2013

Ri-Yaz Heritage.... Kuala Terengganu with Love (Part I)

Cinta...
 
Itu adalah salah satu perkataan yang boleh menggambarkan betapa indahnya negeri-negeri di Malaysia. Maka, `cinta' itu menggambarkan saya yang sentiasa jatuh cinta dan sayang dengan kepelbagaian, keunikan dan keindahan negara yang sungguh makmur ini. Makanya lagi, setiap kali saya berpeluang untuk menyaksikan keindahan tanah air sendiri, saya akan berasa cinta, bangga, tenang, teruja dan bersyukur kerana dilahirkan di negara ini.
 
 
 
 
Lafaz cinta saya kali ini saya tujukan untuk negeri Terengganu. Sebuah pantun saya petik dan paparkan di sini:
 
Singgahsana bukit puteri,
Angin bertiup menderu-deru,
Pantai memutih cantik berseri,
Dihias gelombang laut membiru.
 
Itulah gambaran indahnya negeri Terengganu Darul Iman. Dan seterusnya, saya akan mulakan catatan perjalanan indah saya ke Kuala Terengganu baru-baru ini.
 
Percutian keluarga ini telah lama kami rancang. Perjalanan dari ibu negara ke Kuala Terengganu mengambil masa 6 jam lebih. Penginapan di Kuala Terengganu telah saya tempah selama 3 hari 2 malam awal-awal lagi. Kali ini kami akan menginap di Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
 
Kami tiba di perkarangan Ri-Yaz Heritage dengan rasa teruja. Resort ini kelihatan seperti desa yang permai dan indah. Konsep chalet kayu yang dibina menampilkan kesan keindahan dan kemewahan rumah kampung Melayu.



 
 
Hiasan dalaman bilik Deluxe kami juga memuaskan hati.



Budak-budak di beranda bilik


Bagi tetamu yang inginkan penginapan esklusif, anda boleh menempah chalet royal untuk menginap. Chalet royal adalah chalet banglo desa yang dibina di persisir sungai Terengganu.

Royal Chalet


Tidaklah terlalu luas kawasan resort ini, namun kalau anda malas untuk berjalan, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kereta buggy secara percuma.

Buggy Car


Indahnya Ri-Yaz Heritage ini juga adalah kerana kehijauan resort. Pohon-pohon ditanam menghiasi laman dan persekitaran resort.

 



Sewaktu berlari mengeluarkan peluh pada pagi pertama di resort ini, saya sempat mengambil foto ayam jantan yang baru berkokok. Sungguh kedesaan resort ini dengan kicauan burung serta kokokan ayam di pagi hari.

Ayam kampung


Dalam mengekalkan ciri-ciri tradisi Melayu, suntikan moden turut disediakan kepada tetamu. Pastinya salah satu fasiliti yang disediakan adalah kolam renang.

Cantik

Tenang


Tentunya kolam renang jadi kegilaan Hasya dan Khayra.

Khayra

Mr. Hubby & Hasya


Selain kolam renang, terdapat juga taman permainan kanak-kanak di laman resort.

Si Kecik di Taman Permainan

Si Kecik sedang bersenam


Seterusnya, Ri-Yaz Heritage juga menawarkan sarapan pagi percuma bersama pakej bilik. Sarapan ala buffet ini disediakan di Restoran Verandah. Jujurnya, meskipun ada pelbagai pilihan sarapan namun restoran ini gagal menepati citarasa kami. Ada kurang dari segi rasa. Walau bagaimanapun, pemandangan di sini tetap menarik dan cantik.

Restoran Verandah
 Sambungan di Part II.
 


2 comments:

nono said...

salam.. resort yg sangat cantik.. mahal tak sewa kat sana sis?

weezana said...

Salam Nono, dalam RM200 satu mlm. Memang resort yang sangat cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...