Saturday, February 23, 2013

Kopi Tidak Semestinya Hitam di Georgetown White Coffee...

Semalam balik dari pejabat, saya dan Mr. Hubby singgah di Sunway Pyramid. Mula-mula tu ingat nak makan kat Nando's, tapi bila dah pusing-pusing ternampak pula Restoran Georgetown White Coffe. Apabila belek-belek menu, hati dan selera rasa amat tertarik. Kami pun tak jadilah ke Nando's sebaliknya makan di Georgetown White Coffee ni.


 
 
Kebanyakan menu utama berharga RM9.90. Walau bagaimanapun, di restoran ni ada promosi menu pilihan mengikut hari. Kalau order menu promosi, akan dapat separuh harga iaitu RM4.90. Untuk hari Jumaat, menu promosinya ialah Penang Assam Laksa. Maka, Mr. Hubby yang memang suka laksa penang, memilih untuk makan menu ini.


 
 
Sedap sangat tau Penang Assam Laksa ni. Amatlah berbaloi dengan harga RM4.90! Saya pula order Penang Char Koay Teow. Jangan pelik ok dengan foto Char Koay Teow ni yang memang saya pesan tanpa taugeh dan kucai hehehe...


 
 
Kami minum White Coffee dan Teh O Ais.


 
 
Jadi, Kopi tak semestinya hitam kan? Kopi putih ni sedap rasanya. Secawan RM3.80.


 
 
Kami juga order Penang Rojak. Kuahnya juga sedap.


 
 
Total makan malam ni RM33.30 termasuk tax. Amat berbaloi kerana memang sedap dan kenyang sangat. Servis pun pantas dan mesra.


 
 
sekian.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...