Tuesday, January 15, 2013

KL Ku Berputar di Atmosphere 360!

Bos saya memang seorang bos yang sangat sibuk. Setiap kali sambutan minggu setiausaha, bos saya tidak pernah ada kesempatan untuk meluangkan masa makan tengah hari atau makan malam bersama-sama dengan setiausaha beliau (Nota: Saya bukan setiausaha bos). 

Tahun baru 2013 ini bos saya mulakan dengan kelainan. Kali ini, bos saya tidak menunggu sambutan apa-apa, semalam bos saya yang baik hati telah membawa kami  sepejabat makan tengah hari, sambil berputar satu KL, di Restoran Atmosphere 360, Menara KL. FYI,  majlis makan kami turut disertai oleh 4-5 rakan yang tidak sepejabat tapi mempunyai kaitan kerja yang amat rapat dengan pejabat kami.  


Atmospehere 360 memang menjadi sasaran kami sepejabat memandangkan hampir ke semua daripada kami, tidak pernah berada di atas restoran berputar ini. Justeru, kami ingin menghairan dan mengagumkan hati dan sanubari masing-masing dengan berjalan pusing-pusing  (sampai pening) di tengah-tengah Kota Metropolitan ini. Almaklum, sudah namanya Atmosphere 360, pastinya putaran 360 darjah akan berlaku apabila sedang makan  di restoran ini. 

Ambil gambar sebelum naik ke atas angkasa raya

Pastinya, pemilihan Atmosphere 360 adalah amat tepat kerana tiada lagi restoran yang setara dengannya di KL ini yang mana anda akan mendapat:

1. Putar-putar satu KL (kejap nampak KLCC sebelah kanan, kejap lagi KLCC dah ada sebelah kiri).

KLCC dari Atmosphere 360
2. Makan di puncak angkasa di 282m ketinggian! (Awas jika gayat!)
3. Menu International Buffet (Wow, macam-macam ada!)
4. Suasana restoran yang indah dan tenang.
5. Harga makan dah termasuk tiket untuk ke pelantar pemandangan.
7. Dekat je dengan Angkasapuri, perjalanan 20 minit, dan markah tambahan:
8. Tandas automatik yang cuma perlu tekan-tekan butang. 

Kami tiba di Menara KL kira-kira jam 1 tengah hari. Selepas mendapatkan tiket, kami terus menaiki lif untuk ke Atmosphere 360. 

Gadis manis di kaunter tiket Atmosphere 360


Lif bergerak memang laju (kurang seminit), tak macam lif di opis yang sungguh sopan-santun pergerakannya.

Dalam Lif

Memang kami terpesona dengan keindahan restoran berputar ini. Jadi wajiblah bergambar sambil menikmati makan tengah hari.




Seterusnya, kami terpesona pula dengan menu antarabangsa di sini. 


Barat dan Timur (Bihun & Pasta)

Asam Pedas Ekor, Roasted Duck

Pilihan Salad

Bebola Daging

Tempura!

Ikan

Salad Lagi

Fiza tersenyum riang

Zana & Syida

Terus terpesona kerana dihidangkan sup ekor yang lazat di dalam mangkuk yang cantik.

cantik betul

Sup ekor yang sangat awesome

Minuman masam-masam masin yang sedap tapi agak aneh kerana ada taburan garam pada sekitar permukaan gelas. 

Apakah minuman ini?

Boleh layan blues (Monday Blues lah katakan).



Banyak lagi makanan yang awesome:

Butter Prawn

Serawa Durian & Pulut

Ini rupa pulut + serawa

kek sini kek sana


Selepas makan, kami tidak terus pulang tetapi singgah pusing-pusing di pelantar pemandangan. Ruang untuk teropong-teropong KL ni cuma setingkat bawah dari restoran tadi. Sekarang ni kami berada di ketinggian 276 meter. 


Pemandangan dari pelantar pemandangan

Masa nak ke pelantar pemandangan, bos saya tak ikut, dia nak terus balik. Yelah, dia dah biasa datang sini. Tapi, dia tak bagi naik lif dengan dia, katanya, "you all naiklah ke atas dulu, i nak terus balik."

Yang peliknya, menara tinjau perlu turun ke bawah bukan naik ke atas. Oleh kerana sorang pun daripada kami tak pandai nak memeriksa antenna, jadi semuanya turun ke bawah juga. FYI, ketinggian Menara KL 421 meter. Kat atas bumbung tu ada antena komunikasi hehehe.

di Pelantar Pemandangan

Sedang bergembira di pelantar pemandangan, bos call pula. Ingatkan bos nak pesan "balik sekarang", rupa-rupanya bos cuma nak pesan suruh ambil gambar yang dah siap dicetak waktu turun ke lobi nanti. Bos kata dia dah tempah gambar untuk kami.

dah nak balik ni

Tada, bos buat surprise tau, siap buat magnet bergambar untuk kami semua! 

fridge magnet

Balik rumah letak kat fridge. Hasya asyik tanya je, "Mama pergi mana ni?".

my fridge magnets

Kesimpulannya, buat my bos, terima kasihlah belanja kami semua.

Buat Mr. Hubby,  lepas ni kenalah bawa saya n budak-budak pergi dinner sambil putar-putar satu KL. Mesti Atmosphere 360 lebih cantik pemandangan sekitarnya pada waktu malam hehehehe..... :D


6 comments:

adda syuhada said...

teringin nyer nk makan kt sini...lauk semua best2...

weezana said...

Memang menarik menu2 di sini. Ada banyak lagi sebenarnya. Dan sweet sangat kalau sambut anniversary:)

farhana natasya said...

Salam sis. Sorry nak tanya :) price berapa ya almaklum ler labgsung tatau ingat nk celeb anniversary kt sni. Hope u can email me sis tq :) putrinurnatasyafarhana@gmail.com :)))

weezana said...

Salam Farhana,

pricenya ada di website ni:

http://www.atmosphere360.com.my/

:)

puteri azmi said...

Air tu hmm mcm air haram je. Sis terminum ke?

weezana said...

Puteri azmi, air limau kasturi je tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...