Saturday, December 29, 2012

Step by Step... Kari Kepala Ikan Jenahak

Di Malaysia ni ada beberapa serbuk kari popular. Antaranya Babas, Adabi dan Alagappas. Antara ketiga-tiga jenama tu, saya paling suka serbuk kari Babas. Kalau takde, barulah saya pakai Adabi. My Mom kalau masak kari, dia akan gabung serbuk kari Babas dan Adabi. lagi kawww...
 
Zaman dulu-dulu (zaman my Mom muda), lagilah payah nak masak kari. Sebabnya kena giling rempah-rempah. selepas zaman menggiling, zaman guna serbuk kari timbang. sekarang ni zaman moden, serbuk kari peket kecik tu dah ditimbang cukup-cukup untuk kita masak kari satu periuk saiz sederhana hehehehe....

Kari Kepala Ikan Jenahak
 
 
Kalau masih ada masalah malas atau tak reti nak masak (rasa nak migrain bila tengok resepi yang ada banyak bahan), sekarang ni ada jual kuah kari dalam peket. Balik rumah cuma panaskan dan tambah bahan mentah dalam kuah tu. Kalau malas juga, beli kari dalam tin atau kari ada daging dalam peket je lah. Terus makan je kalau dah malas sangat. Tak panaskan pun takpe, sebab memang dah masak pun kari tu.
 
Walau bagaimanapun, hari ini saya agak rajin. Jadi saya nak masak Kari Kepala Ikan dan saya guna serbuk kari ikan Babas. Sebenarnya resepi ni saya ikut 90% daripada resepi di belakang peket serbuk kari ni. Saya cuma ubah sikit-sikit je, ikut kesesuian citarasa saya. FYI, kari ikan ni tak pakai santan (Babas memang ajar tak pakai santan). Tapi kuahnya tetap pekat dan awesome.
 
Teringat masa masak kari ikan di US, bro Azriman memang ajar masak kari ikan tak pakai santan. Tapi rasa kari tu memang awesome giler sebab kesegaran ikan dan kesedapan kari Babas tu.
 
 
Bahan-bahan

Kepala ikan jenahak dipotong 2 (Boleh gandakan kepala ikan , kalau nak makan untuk 4 orang) - kalau tak suka ikan jenahak, boleh guna ikan tenggiri, ikan merah dan ikan2 yang sesuai.

sepeket serbuk kari Ikan & Udang Babas (25gm) - gaul dengan secawan air
2 ulas bawang merah (sederhana besar) - kisar
2 ulas bawang putih (hiris halus)
sebiji tomato (belah 4)
4 batang bendi (potong 2)
1sk pati asam jawa
setangkai daun kari (saya tak letak sebab takde)
sedikit halba, jintan manis dan jintan putih
garam secukup rasa


Cara-cara

Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam periuk atau kuali. Tumis halba, jintan manis dan jintan putih hingga berbau wangi.



Masukkan hirisan bawang putih dan goreng sehingga perang.



Masukkan bawang kisar, bendi dan tomato. Tumis 2-3 minit.



Masukkan serbuk kari yang telah digaul dengan secawan air. Tambah lagi 2-3 cawan air. kalau suka kuah banyak boleh tambah lagi air. Tapi jangan banyak sangat, nanti kuah terlalu cair. Biarkan mendidih.



Masukkan ikan dan kacau sekali sekala sampai ikan masak (mendidih).



Hidang panas-panas.



Sangat sedap dimakan dengan nasi putih.





Friday, December 28, 2012

Makan Sup Gearbox di Ani Sup Utara...



Adalah juga 2-3 kali saya makan di Restoran Ani Sup Utara ni. Selalunya memang tak rancang, sebaliknya memang dah ada dekat-dekat dengan restoran ni dan kebetulan  juga sudah tiba masa untuk makan tengah hari atau makan malam. 

Restoran Ani Sup Utara ni banyak cawangannya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Yang hairannya, tidak ada pula cawangannya di Utara Tanah Air. Mungkin nama `Utara' pada restoran Ani Sup ini akan jadi lebih laku di wilayah tengah Semenanjung Malaysia berbanding dengan di Utara tanah air sendiri. Almaklum apabila `sup' itu dijual di utara, mestilah dibuat di utara juga. Jadi kurang komersilnya untuk dibuka di Utara (just my 2 cents). 


Selalunya juga, kami akan makan Sup Gear Box di Ani Sup Utara ni. Memang sedap dan lembut sekali isinya. 




Untuk pertama kalinya kami cuba Nasi Ayam Penyet di sini. Hasya sebenarnya yang sibuk nak makan nasi lauk ayam. 


Minuman pilihan pula adalah jus kedondong. Saya memang suka sangat jus ni, tapi Mr. Hubby tak berapa suka hehehe.


Hasya minum Milo Ais je. 


Kesimpulannya, kalau terasa nak makan sup, bolehlah ke Ani Sup Utara ni sebab memang ada banyak pilihan sup. Menu lain-lain agak kurang pilihannya. Dah nyer nama restoran pun `sup' jadi jangan expect berlebih-lebihan.  


Sekian. 


Wednesday, December 26, 2012

Kenapa Aku Terus Membloging?


Terima kasih kepada semua yang sudi melawat dan membaca!


Kenapa aku terus membloging?


Kerana di sini,
Aku belajar menjadi seorang penulis..
Seperti mana seorang penulis buku
Menulis tanpa henti
Untuk menajamkan mindaku..
Agar aku menjadi produktif
Seperti mana seorang penulis buku
Cuma buku warna-warniku ini tanpa cetakan tanpa jilid
Tanpa bayaran untuk jadi tatapan..

Membloging banyak mengajarku…
Akan erti hidup..
Menjadi seorang penyabar
Harus menunggu detik-detik merakam kenangan
Menanti talian yang cemburu mengupload fotoku
Aku juga jadi seorang pemurah
Yang berkongsi pengalaman serta resepi-resepiku

Membloging juga adalah terapiku..
Untuk sentiasa tenang dan menghargai sesuatu
Untuk bisa tersenyum mengimbas memori
Di dalamnya album perjalananku…
Juga buku resepiku..
Terapi indah untuk sabar dan logik akalku

Di sini,
Aku dapat melihat diriku…
Yang kadang-kadang sinikal, tipikal, cliché, stereotaip
Kadang-kadang pula jadi terbuka, riang, suka, gembira
Ada kalanya juga aku duka, pilu, sepi, bermuram durja
Emosi yang terus bertukar ganti
Hari demi hari

Dan aku terus menulis pada hari ini…
Meskipun `Buku Pelawat’ ku mencecah angka 100 ribu.

Kenapa pula aku terus membloging?

Kerana aku seorang penulis,
Seperti mana seorang penulis buku…


Disember 26, 2012.. Sempena buku pelawatku 100,000….  



Terima kasih tak terhingga juga kepada yang sudi mengikuti blog ini...

Tuesday, December 25, 2012

Step by Step... Cheezy Pastry Crabsticks



Kadang-kadang tu saya pun hairan juga bagaimana saya boleh menjadi rajin. Selalunya yang memotivasikan saya adalah `perut yang lapar'. Seperkara lagi yang menjadi pendorong kerajinan ialah adanya stok bahan-bahan mentah tertentu dalam rumah.
 
Oleh kerana ada pastry puff dalam peti sejuk di samping perut yang lapar, maka sekali lagi saya menjadi rajin. Pastry puff, boleh buat puff apa sahaja yang kita suka. Maksudnya, apa sahaja yang anda ada dalam peti sejuk. Dan dalam peti sejuk saya ada crabstick hehehe....

 
 
Bahan-bahan (untuk buat 4 puff, kalau nak buat lebih, lebihkan je la bahan)
 
4 keping pastry puff
4 batang filament crabstick (saya celur seketika dan tos)
keju mozarella secukupnya
sedikit serbuk lada hitam
kalau suka boleh tabur keju parmesan (yang dah diparut)
 
Cara-cara
 
Panaskan oven 200 darjah. Ambil sekeping pastry puff.

 
 
Letak sebatang crabstick atas puff.

 
 
Taburkan sedikit serbuk lada hitam.

 
 
taburkan keju Mozarella secukupnya.

 
 
Lipat tutup pastry dan tekan-tekan kelilingnya guna garfu.



 
Hiris sedikit pada permukaan puff. Kalau suka taburkan sedikit keju Parmesan pada permukaan puff.


 
 
Susun dalam loyang dan bakar sehingga puff kembang dan berwarna sedikit perang.

 
 
Keluarkan dan hidanglah panas-panas. Resepi yang mudah & sedap. Puff ni macam beli di bakery.


 
 
 


Muffin Coklat Kasih dengan White Chocolate



Selain daripada coklat biasa yang berwarna coklat, saya juga suka sangat dengan coklat putih (white chocolate). FYI, coklat putih mengandungi cocoa butter, gula, susu dan garam. Oleh yang demikian, saya terfikir untuk buat Muffin White Choco pula.




Saya cuma guna resepi yang sama dengan Muffin Coklat Kasih dan ubah jenis coklat sahaja. Hasilnya memang sedap, sama sedapnya dengan guna coklat biasa tu. Kepada penggemar coklat putih, mari cuba resepi yang best ni.

Nota: Untuk rmelihat Muffin Coklat Kasih yang berwarna coklat boleh klik sini.


Bahan-bahan
 
200g coklat masakan (coklat putih)
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum (saya guna tepung kek/superfine)
1 sudu kecil baking powder 

Untuk hiasan boleh letak ikut kreativiti. Saya letak kisaran oreo dan badam.
 
 
Cara-cara
 
        
Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boil. Masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair. Tutup api. Ketepikan.



 

Dalam mangkuk lain, kacau telur dan gula hingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang. Saya pukul pakai spatula je.

 

Masukkan coklat cair tadi dalam mangkuk telur. Kacau sebati lagi. Panaskan oven 170 darjah.
 
 
 
Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati.


 
Saya sudukan adunan dalam bekas comel untuk cupcakes. Saya letak 2/3 isipadu bekas. Susun atas loyang pembakar.


 
Kemudian, saya tabur serbuk kisaran biskut oreo dan taburan badam kisar pada setiap bekas comel.

Bakar sehingga masak tapi jangan terover baked. Saya bakar 15 minit. Jangan bakar lama nanti kek jadi tak best. 
 
 
 
Dah siap.
 
 
 
Sedap muffin ni:)
 



Gebu dan moist

Monday, December 24, 2012

Cherating Riang Ria (Ep. 3: Satar Kemaman & Patin di Titik Tengah)

.
Bersambung dari episod 2.

Bangun keesokan paginya, cuaca kelihatan cantik dan panas. Walau bagaimana pun, tak sampai tengah hari, hujan mula turun mencurah-curah. Pagi ini saya dan budak-budak tak ada aktiviti. Kami cuma berkemas-kemas di bilik menunggu Mr. Hubby pulang dari penutup kursus. Sebenarnya, saya dah tak sabar nak makan keropok lekor. Sejak 2 hari  menjejakkan kaki di bumi Cherating ni, sekeping kopok lekor pun belum dapat saya jamah.

Kursus Mr. Hubby tamat kira-kira jam 12 tengah hari dan kami terus mengalihkan barang-barang ke kereta untuk check-out. Yang lecehnya, hujan masih lebat dan menyukarkan kami. Yang menariknya pula, Mr. Hubby kata, kami akan cari keropok lekor di Kemaman. 

FYI, jarak antara Cherating ke Kemaman, Terengganu tidaklah jauh. Hanya memakan masa 15-20 minit sahaja. Kejap je kami dah melepasi pintu gerbang `Allah Peliharakan Sultan dan Sultanah Terengganu'.

Dekat je Kemaman dari Cherating

Sepanjang perjalanan ke Kemaman ini, memang ada banyak pilihan gerai yang menjual keropok lekor dan satar. 




tak taulah DBP dah masuk `Gorpis' dalam kamus ke belum...

Kami memilih untuk berhenti di Kedai No. 8 (Kedai Keropok Cap Ikan Tenggiri) yang berdekatan dengan INTIM (Intan Wilayah Timur). 


Makan & Shopping kat sini

Kami order Satar, Keropok Lekor dan Sate Ikan.


satar 10 ketul

Keropok Lekor

Sate Ikan

Suka pulak dia ngan Sate Ikan

Baby ni bagi makan kopok lekor je

Sebenarnya, seumur hidup, saya tak pernah makan satar. Saya tak tahu macam mana rasa satar. Jadi excited benar ni nak rasa satar. Masa mula-mula tengok satar pun saya tak tahu yang dibungkus dalam daun itulah namanya satar (fakta yang memang sengal hahahaha). 


satu cucuk tu 10 ketul


Rupa-rupanya, satar ni rasa ikan (wakaka). Bezanya dengan otak-otak, satar ni pedasnya lain sikit. Macam guna cili api je. saya takdelah suka sangat. Biasa-biasa je.



Hasya's first satar

Lepas makan, haruslah tengok macam mana puan-puan yang mesra pelanggan ini menguli keropok lekor.





goreng kalau ada yang nak makan panas-panas

Masuk dalam bekas yang tidak digoreng

Bungkus bawa pulang

Lepas tu, barulah aktiviti memborong di kedai keropok. Banyak jugalah belinya. 




Dan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur diteruskan. Oleh kerana perut yang telah diisi dengan pelbagai makanan sebentar tadi, maka kami tidak berhenti makan nasi di Kemaman atau di Cherating. Perjalanan diteruskan untuk makan tengah hari di titik tengah Semenanjung. Apakah? Titik Tengah? 

Kepada anda-anda yang tidak pernah terfikir, cuba fikir seketika, "Di manakah titik tengah Semenanjung Malaysia?" Tak rugi tau menambah pengetahuan. Manalah tahu satu hari nanti anda disoal tentang perkara ini dan soalan anda itu bernilai RM1 juta di peraduan Money Drop atau Who Wants to be the Milionaire hehehe.... Jom kita tengok kat mana titik tengah ni.




Menurut Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Temerloh berada di titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu kordinat x 469519.6934 dan y 386338.7621.




Nampaknya, Bandar Temerloh bukan sahaja popular sebagai `Bandar Ikan Patin', malah berada sebagai `Bandar Titik Tengah Semenanjung Malaysia'. Walau bagaimanapun, maaflah ye, "titik tengah" tak boleh makan. Makanya, kami akan makan `ikan patin' sahaja hehehe.


Temerloh

Nampak tak ukiran ikan patin (fyi bukan dugong ye)

Kami pilih untuk makan di Kedai Ali di tengah-tengah bandar Temerloh. Tak tahulah kedai ni cukup tengah tak dengan kordinat titik tengah tu. Yang pentingnya, gulai ikan patin di sini memang pedas.






Kurang pula saya ambil gambar di sekitar Temerloh ni. Mana taknya, kejap hujan lebat kejap hujan renyai-renyai. Selesai makan, kami teruskan perjalanan pulang ke Ibu Negara. 

Akhir kata, perjalanan 3 hari 2 malam ke Cherating ini sungguh banyak riang rianya kerana sungguh banyak makanannya. Lain kali kita ke Kuala Terengganu pula ye. Boleh makan sotong celup tepung:)

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...