Thursday, November 29, 2012

“Irasshaimase!” di Sushi King.....

Sebaik sahaja melangkah ke mana-mana restoran Jepun atau berkonsepkan makanan Jepun, anda akan disambut mesra dengan sapaan, “Irasshaimase!”.
 
Sapaan mesra dan sopan itu diambil daripada kata dasar irassharu (いらっしゃる) yang membawa maksud to be/come/go”.  Justeru kata-kata ini akan disapa sebaik sahaja pelanggan memasuki premis-premis Jepun ini.
 
Dan, apabila saya dan Mr. Hubby melangkah ke Sushi King, Mid Valley, pekerja-pekerja disitu menyapa kami dengan... Irasshaimase!”. Jeng.. Jeng.. Jeng... Nak makan makanan Jepun hari ni.

 
 
 
Sushi King diperkenalkan di Malaysia sejak 1995. Sekarang ni ada lebih 70 cawangan Sushi King di Malaysia. Meskipun nama restoran ini `Raja Sushi', tapi di sini ditawarkan bukan sekadar sushi. Anda juga boleh makan pelbagai menu Jepun yang lain.
 
Menu

 
 
Untuk pilihan sushi, anda boleh memilih menerusi 2 cara. Pertamanya, ambil sahaja mana-mana piring sushi yang bergerak mengelilingi anda yang mana anda berkenan. Harga sushi bergantung kepada warna lilitan pada piring sushi iaitu sekitar RM3 - RM6. Cara kedua adalah, order sahaja dari buku menu.
 
Kalau berkenan, amik je piring-piring yang bergerak ni

 
 
 
Ini adalah pilihan-pilihan sushi saya dan Mr. Hubby.
 
 
Salmon Roll
Spider Roll
 
Ebi Ten (Tenpura Prawn)


 
Spicy Salmon
Salmon


Anda juga akan dibekalkan dengan kicap pencicah dan wasabi. Kalau tak makan pedas, jangan letak wasabi banyak-banyak.
 
Shoyu & Nitsume
 
Wasabi
 
 
Saya juga order menu lain. Sedap tau mixed bento dan tori kushiage ni. FYI, `tori' tu bahasa Jepun, dalam bahasa Malaysia maksudnya `ayam'.
 
Mixed Bento
 

Tori Kushiage
 
 
Almaklum Restoran ini restoran Jepun, jadi kena order minuman Yakult hehehehe... Saya order Blackcurrant Yakult dan Mr. Hubby order ice lemonade.

Blackcurrant Yakult & Ice Lemonade
 
 
Banyak gak la kami makan. Sushi dan menu-menu Jepun ni memang mengenyangkan.
 
 
 
Harganya pun dalam kadar mampu jugalah, bergantung kepada kuantiti piring dan warna piring. Servis juga pantas dan mesra. Oishi desuka! Pastinya saya akan selalu datang sini. Arigato Gozaimashita!


Tuesday, November 27, 2012

Masakan Melayu Tradisi di Rebung, Bangsar

Hari tu ada kawan opis nak belanja makan. Dia nak belanja Syida, Fiza dan saya. Baik hati sungguh kawan kami ni. Tambah-tambah baik hati sebab dia nak belanja di Restoran Rebung, Bangsar.
 
Apa yang ada di Restoran Rebung, Bangsar?
 
Pertamanya, info yang patut ditekankan adalah restoran ini milik bersama Chef Ismail dan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Apabila adanya nama `Chef Ismail', tentu sekali terlintas di fikiran, `mesti sedap-sedap masakan kat sini'. Keduanya, restoran ni menyajikan masakan-masakan Melayu tradisi. Justeru, untuk anda yang mencari-cari hidangan masakan Melayu tradisi yang lazat, anda boleh ke Restoran Rebung, Bangsar.
 

FYI, restoran ini terletak di Lorong Maarof berdekatan dengan Dataran Maybank. Dibuka dari jam 11 pagi - 11 malam.
 
Maka, pergilah kami berempat ke Restoran Rebung ni. Kawan kami yang baik hati tu namanya Encik Manap. Kami pergi untuk makan tengah hari.
 
Melangkah masuk
Kami diberi meja untuk 4 orang.
 

Suasana dalam restoran ini cukup selesa. Di Rebung, ada pilihan untuk pesanan ala carte dan juga buffet untuk lunch atau dinner. Encik Manap belanja kami untuk buffet lunch. Wow, banyak sungguh pilihan makanan. Memang larilah diet nampaknya.


Encik Manap sedang pilih makanan


Macam-macam masakan Melayu yang disajikan. Beberapa jenis sambal, kerabu, gulai, rojak, nasi lemak dan pelbagai lauk-pauk. Bermulalah aktiviti pilih-pilih makanan. 


Syida pilih makanan





Pilihan sambal

Rojak
Nasi Lemak pun ada
Dan aktiviti makan-makan. Saya mulakan dengan daging salai masak lemak. Sedap dan cukup rasa. 




Kami berempat makan dan makan.
 

Fiza dan Syida posing sebelum makan
Encik Manap
Pinggan penuh
Pelbagai masakan Melayu

Menariknya juga, ada ubi rebus. Sedapnya dicicah dengan sambal tumis ikan bilis dan samal tumis paru.
 

Saya juga makan ABC.
 
ABC ni aisnya saya kisar sendiri tau
Untuk penutup, kami makan kuih-muih.
 
Kopi O dan buah melaka/onde2
Lain kali boleh makan di sini lagi. Masakan di Rebung Bangsar ni memang sesuai dengan selera saya. Terima kasih juga kepada Encik Manap. Semoga rezeki kawan kami ni terus murah dan belanjalah kami makan lagi ye... hehehehe...


Monday, November 26, 2012

Akhirnya... Durian Crepe!

Sana-sini blog dok tayang dessert yang satu ni. Seakan satu fenomena dalam dunia blog masakan, Durian Crepe menggila di setiap dapur blogger masakan. Dengan keindahan warna, kemeriahan rupa dan keharuman aroma durian, crepe ini menghantui fikiran saya. Persoalannya: Berani kah saya mencuba membuat dessert fenomena ini?

Ketakutan saya semata-mata kerana saya memang tak begitu pandai membuat lempeng. Saya selalunya gagal untuk mengagak ketebalan lempeng yang sesuai. Oleh kerana penghasilan Durian Crepe menuntut saya untuk melempeng, maka rasa takut mula menyelubungi jiwa. Bolehkah saya melempeng?

Namun, melihat rakan-rakan yang saban hari menghasilkan crepe2 mereka di laman-laman sosial, saya mula terpanggil untuk memberanikan diri. Tambahan pula, saya ingin sekali untuk mengetahui apakah rasa dessert yang comel seperti bantal-bantal kecil ini. Adakah manis? Adakah berlemak? Adakah harum? Arrrggghh... Banyak betul persoalan yang perlu dijawab.

My Durian Crepe!


Apabila dirujuk resepi-resepi di Internet, macam-macam pula versinya. Ada yang guna 7 tepunglah, 5 tepunglah, tepung gandum sahajalah. Selepas membelek-belek selama seminggu jugalah, saya akhirnya memilih untuk merujuk kepada resepi Miza yang mana mengubah sedikit resepi asal dari blog Eyna. Menurut Miza, kulit crepe resepi ini lebih kenyal, lembut dan tak mudah koyak. Amat sesuai dengan kekurangan saya yang tak pandai melempeng ini. 

Penggodaaan oleh  Durian Crepe!


Mula-mula kena beli durian dulu. Nasib baik ada jual durian dekat ngan rumah hehehehe... 

Pilih-pilih durian



Maka, dari dapur saya yang amatur ini, saya sajikan Step By Step... Durian Crepe....



Bahan-bahan (di bawah separuh sahaja dari resepi Miza, gandakan untuk dapat banyak)

Nota: Kuantiti adalah mengikut saiz kuali leper anda. Saya dapat 16 biji Durian Crepe. 
50gm tepung gandum
50gm tepung ubi
25gm tepung kastard
25gm tepung jagung
2 sb minyak masak
2 1/2 sb gula pasir
secubit garam
2 biji telur
100ml susu cair/santan
375ml air
 
untuk crepe berwarna hijau:
sedikit perisa pandan
sedikit pewarna hijau epal
 
untuk crepe berwarna kuning:
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning

Cara-cara 

Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Whiskkan (Saya guna mixer dan putar).

sebelum putar

selepas putar


Saya bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan untuk crepe berwarna hijau dan satu adunan lagi untuk crepe berwarna kuning. Kacau supaya warna sebati. Tapiskan adunan supaya tidak berketul-ketul. 



Sediakan kuali yang tidak melekat (non stick). Panaskan kuali. Tidak perlu sapu minyak sebab memang tak melekat punya kalau betul kuali anda tu non stick. Sendukkan sedikit adunan dan ratakan pada kuali sama seperti anda membuat lempeng.



Jangan terbalikkan. Biarkan sehingga masak. Lepas tu angkat dan ketepikan.  Ulang sehingga adunan habis.

Dah ada banyak



Untuk filling: 

200gm whipping cream - non dairy
isi durian secukupnya. Lenyekkan sedikit. Kalau suka banyak, leh la letak banyak.  



Putar sehingga kembang whipping cream ni. Jangan guna yang UHT/dairy nanti tak kembang pun krim anda. 

saya pakai brand ni



Mari melipat:

Letak sekeping crepe. Pastikan yang berkilat di sebelah luar.  Mula-mula letak whipping cream di tengah-tengah. 



Pastu letak  isi durian sesedap selera.



Letak whipping cream atas isi durian.



Lipat dari atas ke bawah.



Lipat pula dari bawah ke atas.



Lipat sebelah tepi kanan.



Lipat sebelah tepi kiri.



Letak crepe atas pelapik muffin supaya lebih comel dan mudak dialihkan. 



Sejukkan sebelum dimakan. 



Sangat cantik dan sangat sedap. Jangan lupa ye makan sejuk-sejuk. Terasa macam makan ice-cream. Aroma durian yang wangi. 




Yezzzaaaa... Berjaya akhirnya.

Nota: Untuk Nota Tambahan Durian Crepe dan resepi adunan berganda. Sila klik link ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...