Wednesday, October 31, 2012

Penang & Kedah... Singgah Seketika Menjamu Selera... Part I

Isnin lepas saya outstation lagi. Kali ini ke Himpunan Kasih Sayang di Guar Chempedak, Kedah. Perjalanan tak menaiki kereta tapi menaiki kapal terbang. Meskipun himpunan ini berlangsung di Kedah, saya dan bos akan terbang ke Penang. Wah, lamanya tak pergi Penang!
 
Maka seawal jam 6.30 pagi saya dah berada di KLIA. Penerbangan ke Penang berlepas jam 7.40 pagi. Jam 8.30 pagi, saya dan bos dah berada di Pulau Mutiara. Pengarah RTM Langkawi dan Timbalan Pengarah RTM Pulau Pinang menyambut kami di lapangan terbang. Pastinya perjalanan seterusnya ialah untuk mencari sarapan pagi yang lazat.
 
Oleh kerana kami berada di Penang, maka kami breakfast di Penang dulu sebelum merentasi jambatan untuk ke seberang. Dan pilihan adalah untuk ke Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar di Bukit Jambul. Wow, Original Kayu Nasi Kandar...




Duduk kat kerusi Original Kayu tau
 
 
Tentunya juga, ekspektasi cukup tinggi. Saya bayangkan roti canai yang garing di luar dan lembut di dalam. Hampir ke semua kami order teh tarik. My Boss sahaja yang minum Nescaffe. Teh tarik kat sini memang kaw dan sedap.


Rakan-rakan Semeja

Teh Tarik ku

My Boss order Tosai. Tukang ambil order tanya kat My Boss, "Tosai Telur?" Dan buat pertama kalinya My Boss tahu tentang kewujudan Tosai Telur. Maka, tentulah My boss order Tosai Telur.


The Making of Tosai Telur

Tosai Telur Boss

Saya order Roti Canai Kosong je. Tapi memang awesome. Rangup di luar, lembut di dalam, as I expected.


Roti saya

Selesai menggembirakan perut di Original Kayu, kami meneruskan perjalanan ke Guar Chempedak, Yan. Kedah. Sepanjang jalan tidak ada sebiji pun buah Cempedak yang kami jumpa. Kami sampai awal di Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Suhu sungguh panas dan membahang. Saya mula berpeluh-peluh.


Dewan Guar Chempedak

Sejam ke dua jam jugalah menanti Menteri yang terlewat kerana ada urusan yang tidak dapat beliau elakkan. Himpunan Kasih Sayang ini kemudiannya berlangsung dengan jayanya. Kenapa `Kasih Sayang'? Sebabnya, ada penyampaian kerusi roda, sumbangan kepada fakir miskin, penyerahan komputer dan paling menarik majlis persandingan/kenduri kahwin 3 pasang pengantin daripada 3 kaum berbeza: Melayu, Cina dan India. 


Dato' Menteri sedang merenjis2

Selesai majlis, ada jamuan makan. Lauk-pauknya banyak yang berasaskan ikan. Mungkin kerana di Kedah ni senang dan murah nak dapatkan ikan. 


Lauk-pauk

Kari ikan di tengah

Ikan masak apa ek?

Asam pedas ikan

Pinggan saya



Maklumlah kat Kedah ni ada Pasar Bisik kat Kuala Muda, yang kena bisik2 semasa nak beli ikan hehehe...
 
Sambung di Part II.  

Saturday, October 27, 2012

Step by Step... Lagi Resepi Blueberry Cheesecake..

Saya buka entry ini dengan ucapan Salam Aidiladha buat semua pengikut dan pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca blog kerdil saya ni. Extra ucapan terima kasih kepada yang sudi follow blog saya. Saya nak kongsi quote daripada ahli falsafah dari French, Albert Camus:
 
 
 
sedapnya...
 
 
Kali ini saya kongsi resepi Blueberry Cheesecake. Rasanya ini adalah resepi versi ke-3. Versi pertama, sedap tapi kurang cream cheese dan ada guna tepung. Sesuai kepada sesiapa yang nak makan cheesecake yang tak berapa cheezy. Resepi seperti link di bawah:
 
 
 
Versi ke-2 adalah versi dot dot dot yang teramat cheezy. Link versi dot dot dot. Yang ni guna cream cheese tanpa whipping cream.
 
 
 
Maka, versi ke-3 ini adalah resepi pertengahan. Seperti resepi dot dot dot guna banyak cream cheese, cuma kek yang ni ditambah dengan whipping cream. Rasanya lebih halus dan lazat. Tambahan pula, resepi asal saya ambil dari Ummi Kuantan dan ummi buat Oreo Cheesecake. Saya tukar jadi blueberry cheesecake hehehe. Betul kata Ummi, kek ini memang sedap sangat.
 
Bahan-bahan (loyang bulat 8 inci)
 

Dasar kek:
 
200gm biskut oreo - di buang krimnya - kisar atau tumbuk
50gm mentega cair

Bahan kek:

500gm krim keju
110gm gula kastor
1/2sb esen vanilla
2 biji telur 
150ml whipping krim 
1sb lemon juice
blueberry filling secukupnya


Cara-cara

Dasar Kek : 

Masukkan oreo kisar ke dalam acuan springform.
 
 
 
Cairkan mentega (saya panaskan dalam kuali) dan tuang ke dalam acuan. Gaul oreo yang telah dikisar dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
 
cairkan mentega

tuang, gaul dan padat2kan

bakar
 
 
 
Bahan kek:
 
Putar keju krim dan gula hingga sebati.
 
Kali ni guna jenama Anchor

sedia untuk putar
 
 
Masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.

 

 
adunan kek


Masukkan adunan dalam springform yang dah ada dasar tadi.  Masukkan pula bluberry, saya masukkan satu-satu macam saya buat versi dot dot dot. Sebabnya, saya takut kek bertukar jadi biru hehehe. 




Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
 
 
 
Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan (kalau takut, takyah longgarkan, masuk terus dengan loyang dalam peti sejuk). Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
 
Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. Saya tambah lagi blueberry di bahagian tengah kek. Tapi jangan letak banyak sangat, kalau terlalu berat, nanti kek runtuh hehehe.
 
 
 
 
Yippie... Yippie.. Kek dah siap untuk dibawa pulang ke kampung. Belum sempat bawa balik dah sepotong dimakan di rumah akibat permintaan yang tidak dapat ditolak.
 
Rasa manis, berkrim dan sedikit masam.. Gabungan hebat.
 
 
Dan ini pula rupa dah tinggal separuh selepas dikorbankan pada pagi raya korban. Semoga Aidiladha ini bertambah manis dan berkrim dengan kehadiran kek yang lazat.
 
Tinggal separuh
 
 
Selamat mencuba!

Saturday, October 20, 2012

Picnic untuk Besday Girl @Sunway Lagoon.. Part II

Sambungan dari  Part I.
 
Oleh kerana budak-budak memang dah tak sabar nak ke Water Park, jadi kami pun menuju ke taman air pula. Sebelum tu kena salin baju dulu.
 
Cik Hasya dan Khayra sudah bersedia untuk terjun kolam
 
 
Besar waterpark Sunway ni. Ada beberapa kolam untuk mandi.
 
Mali Cove

Kolam dewasa bersebelahan kolam budak2
 
 
Kolam permainan kanak-kanak pun ada. Ini yang tensionnya sebab Hasya asyik nak main kat sini je.
 
Kolam kanak-kanak ada gelongsor air

Hasya yang excited
 
 
Selepas puas Hasya mandi-manda di kolam kanak-kanak, barulah kami ada peluang pergi ke kolam yang besar sedikit. Kolam ni tak dalam sesuai untuk semua peringkat umur.
 
Khayra & Mama

Hasya

Mr. Hubby
 
 
Teruja tunggu air jatuh kat kepala haha.
 

bertempiaran lari
 
 
 
Di Sunway Lagoon ni pun ada man-made pantai berpasir. Tak lama kami kat sini, tak berapa best sebab berpasir hehehe...
 
Pantai berpasir

 

 
 
Mandi-manda dan posing2.
 


 
 
Kalau suka extreme game, leh juga main beberapa permainan yang disediakan.
 
 
 
Ada beberapa pilihan makanan untuk menjamu selera.
 
Mamak Style

Kat sini macam2 ada

Pilihan hati

Coming soon

Marry Brown untuk lunch
 
 
 
Akhir kata, seronok macam mana pun, pastikan anak anda dalam pemerhatian anda.
 
 
 
Dan kami bawa pulang gambar untuk kenang-kenangan. Kami akan datang lagi ke Sunway Lagoon :)
 
tak beli pun

beli yang ni:)
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...