Thursday, August 30, 2012

Step by Step.. Ketam Nipah Goreng Berlada

Sebenarnya, saya bukannya tau sangat tentang spesis-spesis ketam. Tetiba je, my mom in law beli ketam nipah untuk santapan malam. FYI, di Sarawak memang banyak ketam nipah. Maka, my mom in law pun tanya, "nak masak apa?" Then, seperti biasalah, saya ni kalau masak mesti nak masak yang pedas dan sedap. Maka, saya masak Ketam nipah Goreng Berlada yum yum..



Semasa nak tulis entry ni, saya pun googlelah nak cari tentang `ketam nipah' (scylla serrata aka mud crab, mangrove crab). Aik, tetiba je terjumpa percanggahan pendapat mengenai status halal ketam. Terus terang sebelum ni saya tak pernah terfikir yang ada makanan laut yang berstatus haram. Walau bagaimanapun, kadang-kala kajian saintifik berdasarkan kitaran hidup serta ekologi fauna akan memperjelaskan kita mengenai hukum-hakam haiwan laut ni.


Maka, saya petik di sini:

"ketam nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia (krustacea) iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah adalah binatang yang boleh dimakan. ..”

Seperkara lagi, jangan ragu-ragu. Maka, tak le saya ragu-ragu. Sebab kalau ragu-ragu, lagilah haru. Almaklum, spesis rustasia yang lain adalah udang dan kerang.. haish...

Ketam ni mempunyai sepit yang besar, dan ada banyak isi kat dalam sepit tu. Rasanya pun manis. Jom tengok Step by Step...

Bahan-bahan

4 ekor ketam nipah (bersihkan dan saya potong 2)
15 tangkai cili kering (buang biji, cuci dan kisar)
8 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2 batang serai (titik)
gula secukup rasa
Serbuk kunyit dan garam secukup rasa

Cara-cara

Gaul ketam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.


Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga ketam masak. Jangan goreng lama sangat, ketam cepat je masaknya. Selalunya ketam apabila masak, kulit dan sepitnya bertukar warna menjadi merah atau merah jambu. Angkat ketam, toskan dan letak ketam dalam pinggan hidangan.



Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan kering sedikit (5-10 minit). Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kena ada rasa manis gula, barulah sedap.



Sendukkan sambal atas ketam yang dah digoreng tadi.



Dah siap pun. Nampak sedapkan? Memang sedap pun. Hehehe..



Wednesday, August 29, 2012

Rumah Terbuka @Kuching, Sarawak... Jalan2 & Makan2

Seperti yang ramai dah maklum, tahun ni saya beraya di Sarawak. Entry kali ni saya nak berkongsi pengalaman menghadiri rumah terbuka di Kuching, Sarawak. Nak berkongsi juadah yang disediakan serta kemeriahan beraya di bumi Kenyalang ni. 

Pada tengah hari Aidilfitri ke-2, kami dapat jemputan untuk menghadiri rumah terbuka Encik Mon di Jalan Cenderawasih, Kuching. Encik Mon merupakan sahabat saya dan Mr. Hubby yang bertugas di Sarawakfm. Dan ini adalah kali ke-2 kami dapat jemputan rumah terbuka raya Encik Mon. Kali pertama, masa raya tahun 2008 iaitu sebelum kami beraya 2 tahun di US.

Seperti jangkaan kami, rumah Encik Mon memang banyak makanan yang sedap-sedap. Hidangan utama yang disajikan ialah Laksa Sarawak. Hasya makan sampai bertambah-tambah.

Hasya & Laksa Sarawak

Selain daripada laksa, ada pelbagai juadah lain seperti nasi impit, rendang dan lemang. Memang meriah sungguh meja makan rumah Encik Mon ni. 

Encik Mon dgn juadah yg best2

macam-macam ada

Yang menarik perhatian tetamu juga adalah balang kaca besar berisi gula-gula yang mengepalai hidangan kek di ruang tamu. Tetamu-tetamu cilik pastinya akan merengek-rengek meminta seketul dua gula-gula. 

Balang gula-gula

Wow

Pada sekeliling meja pula dihidangkan kek-kek lapis yang lazat. Saya dan Mr. Hubby paling suka kek Jejak Rasul yang merupakan kek lapis cheese dan pandan. Banyak potong juga saya makan. Encik Mon kata, kek ni memang ramai peminatnya.

Banyak pilihan

Paling awesome!




Esoknya, kami ke rumah Big Boss di Jalan Bolhassan, Kuching. Rumah Dato' Norhyati DG RTM. 

Mr. Hubby sedang borak2 dgn Dr. Rohmad di rumah DG


Kebetulan pula ada majlis penutup Jelajah Merdeka Raya. 





Maka memang teramatlah meriah juadah hari raya di rumah DG ni.



Tak dilupa, kek lapis yang wajib ada. 


Akhir kata, meskipun saya tidak menyambut raya di kampung halaman tercinta, namun Aidilfitri saya tetap meriah. Malah, terasa seperti berada di kampung sendiri. Makanan-makanan memang awesome dan saya patut mulakan diet pada hari ini juga hehehe...

p.s.: Entry lambat masuk sebab internet slow kat kampung :)

   

Sunday, August 19, 2012

Ketupat Palas at Sarawak... Lebaran 2012

Aidilfitri tahun lalu, kami pulang ke Sungai Petani, Kedah. Tahun ini kami beraya di Asajaya, Sarawak. Setiap kali pulang menyambut Aidilfitri di Negeri Kenyalang ini, ada seperkara yang agak kurang iaitu raya saya tanpa ketupat dan rendang. FYI, Aidilfitri di Sarawak dilengkapi dengan kek lapis bukannya dengan ketupat, lemang dan rendang sebagaimana negeri-negeri di Semenanjung tanah air.





Oleh kerana kekurangan tersebut, tahun lalu, saya dan Mr. Hubby berusaha segigih mungkin untuk belajar membuat ketupat daun palas. Kami bercadang untuk membuat juadah istimewa ini pada Aidilfitri 2012. Setahun berlalu, dan malam menjelang Syawal di Sarawak ini, kami berjaya membuat ketupat daun palas meskipun hasilnya tidaklah segebu dan sekemas yang bonda di Kedah anyamkan.

Mentanak pulut
Siap dikukus


Untuk melengkapi ketupat palas ini, saya juga sediakan rendang ayam. Maka dapatlah kami sekeluarga di Asajaya ini menikmati ketupat palas dan rendang ayam di pagi Aidilfitri.

Tunggu rendang kering sikit

Ketupat palas & Rendang Ayam


Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan Salam Aidilfitri untuk semua yang sudi bertandang dan membaca blog kerdil saya ini. terima kasih atas segala sokongan. Blog saya juga seperti sebuah buku yang dijual di kedai-kedai buku. Sekiranya tidak dibaca, maka apalah ertinya.

Mohon maaf juga sekiranya ada perkataan atau bahasa yang mungkin tidak disenangi. Yang baik itu datang daripada Allah swt dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. Semoga kita bersama dirahmati Allah swt yang maha pemurah, pengasih lagi maha penyayang. Amin.

Kek Lapis Sarawak





Friday, August 17, 2012

Step by Step.. Coklat Chips Cookies

Petang ni saya akan pulang berhari raya di Miow-Miow, Sarawak. Mr. Hubby orang Sarawak dan tahun ini giliran dia. Puasa tahun ini memang mencabar. Dengan kesibukan kerja dan melayan anak kecil (Khayra yang berusia 10 bulan), saya tak menang tangan nak membuat biskut raya. Namun, saya gagahkan juga sekalipun cuma membuat satu jenis je biskut. tentunya juga, biskut yang mampu saya buat adalah biskut yang mudah.


Di sini saya kongsikan resepi yang saya ambil dari nor67 di MyResepi iaitu Coklat Chips Cookies. Dah dua tahun saya buat biskut ni. Sebabnya, penyediaannya mudah, simple dan sedap dimakan.


Bahan-bahan
 (buat kecik-kecik, sebab biskut raya)
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang


Cara-cara

Ayak kedua-dua tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tapi jangan sampai hangus.


Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.



Masukkan bahan-bahan yg telah diayak tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.




Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.


Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan ke atas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.




Nota: Saya kurangkan suhu kepada 160 darjah, tapi saya bakar lama sikit iaitu 24 minit.

Terpulang pada masing-masing jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...

Tuesday, August 14, 2012

Iftar di Resepi Rahsia (Catatan Ramadhan 2012)

Kadang-kadang tu saya memang terasa nak ke Resepi Rahsia. Hurrmmm apakah itu? Restoran baru?

Bukan restoran baru. Kalau sebut Secret Recipe mesti korang semua tahu kan? Hehehe... Tiba-tiba terasa nak ke Secret Recipe ni bukan kerana nak makan kek. Tapi sebab nak makan tomyam. FYI kepada sesiapa yang belum tahu atau tidak tahu, Noodle in Tom Yam Kung di Secret Recipe memang terbaikkkk. Cukup rasa, pedas, masam dan manis.



Rugi tak cuba kalau belum pernah cuba. Tapi kalau tak makan pedas, jangan cuba. kalau makan juga, anda akan sakit perut hehehe..


Selain daripada order Noodle in Tom Yam Kung ni, saya dan Mr. Hubby juga order nasi goreng. Nasi goreng pilihan ialah Secret Recipe Fried Rice with satay. Bolehlah tahan juga rasa dia, tapi tak berapa awesome kalau nak dibandingkan dengan Tom Yam Kung tadi.




Sepanjang bulan puasa ni juga, Secret Recipe beri percuma kurma dan air sirap. walaupun mendapat air sirap percuma, saya order juga jus tembikai sebab saya memang sangat dahaga dan terasa nak minum jus.



Akhir kata, Mi Tomyam yang the best in town memang di Secret Recipe. Setuju takpe, tak setuju pun takpe. Just my 2 cents.

Sekian.




Monday, August 13, 2012

Step by Step... Siakap Stim ala Thai (Catatan Ramadhan 2012)



Masa pergi pasar malam hari tu, saya beli ikan siakap. Beli yang saiz sederhana sebab nak cuba resepi baru. Saya nak cuba kukus ikan hehehe.. Tapi kenapa pulak kena beli saiz sederhana ye? Tak boleh beli saiz besar ke?

Jawapan saya: Tak boleh. Sebabnya periuk kukus saya tak la besar sangat. Nanti ikan tak muat. Maka, marilah kita mencuba resepi hebat hari ini iaitu Siakap Stim ala Thai... Hasilnya memang sedap dan berbaloi. Seperti makan di kedai. Penyediaannya juga mudah, main campak-campak je.



Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap (saiz suka hati)
5 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 batang lada merah- hiris
1 biji buah tomato -hiris atau potong dadu atau suka hati
1 inci halia - hiris
1 batang serai (hiris)
1sk sos ikan
1sb sos tiram
- boleh letak 1sk perahan limau nipis (tapi saya tak letak sebab takde stok)
daun limau purut (hiris)
serbuk lada hitam, garam dan gula (sekadar taburkan sedikit serata ikan)

Cara-cara

Bersihkan ikan. Letak ikan atas bekas untuk dikukus.

Tabur jelah bahan hiris di sekitar ikan. Letak sos ikan, perahan limau dan sos tiram.Lepas tu tabur garam, gula dan lada hitam. Agak-agaklah nak taburpun, janganlah sampai banyak sangat. Sprinkle sikit-sikit je.



Penyediaan dah selesai pun. Giler senangkan? Panaskan periuk kukus dan kukus ikan sehingga masak. Lebih kurang 20 - 25 minit.



Sungguh mudah dan sungguh lazat. Boleh dimakan dengan nasi putih atau ratah sahaja ikan ini. Apa-apa cara pun memang sedap. Another awesome recipe.



Lain kali boleh buat lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...