Tuesday, July 31, 2012

Nasi Ayam Penyet & Lime Assam Boi Mocktails... Catatan Ramadhan 2012



Ramadhan ke-9 Ahad lalu, saya masak special sikit untuk berbuka puasa. Atas permintaan Mr. Hubby, saya masak Nasi Ayam Penyet. Ini adalah kali kedua saya masak Nasi Ayam Penyet. Mr. Hubby dengan hasya memang suka nasi ni.



Ayam berempahnya pun memang sedap. Sambalnya pun cukup rasa. Kali ini juga saya tak buat ayam quarter tapi goreng ayam yang bahagiannya lebih kecil. Saya juga buat separuh adunan untuk sambal nasi ni.Untuk resepi lengkap boleh ke link ini.



Selain daripada Nasi Ayam Penyet, saya juga buat mocktails. Kali ini Lime Assam Boi Mocktails.



Minuman yang sungguh lazat dan segar ni adalah gabungan Sprite + Perahan limau nipis + Asam boi. Boleh cuba sebab memang sedap.



weekend, sempatlah nak masak yang rumit-rumit. Weekdays tak larat. Selamat berpuasa dan membuka puasa!


Step by Step.. Dory Fillet Sweet Sour (Catatan Ramadhan 2012)


Seriously, tetiba saya jadi kurang masa untuk menulis blog di bulan Ramadhan ini. Tapi untuk blog tercinta ini, saya tulis jugalah walaupun minda dan fizikal saya sangat letih. Maka, hari ni baru saya berkesempatan untuk berkongsi juadah yang saya masak untuk iftar Ramadhan ke-8 iaitu Ikan Dory Masak Masam Manis atau dalam bahasa omputihnya Dory Fillet Sweet Sour.




 
Kepada sesapa yang tak tahu apa itu ikan Dory, saya pun sebenarnya tak la berapa tau apa itu ikan dory. Tapi, anda boleh beli fillet ikan dory ni di pasaraya-pasaraya besar. Dijual dalam peti sejuk beku. Ikan dory ni sedap. sesuai untuk buat fish n chips.

Kali ni saya akan masak masam manis. Ini gara-gara terpengaruh dengan blog  Potret Kasih. Nampak sedap  ikan dory masam manis dalam blog ni. Masakan ni sesuai untuk semua peringkat umur kerana rasanya yang tidak berapa pedas. Budak-budak pun boleh makan, orang tua pun boleh makan.


Resepi ni saya copy paste je dari blog potret Kasih. saya memang edit sikit2 je. 

Bahan-bahan


2 Keping Dory Fillet
1/2 inci halia ( dihiris)
1 labu bawang besar ( saiz kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih ( dihiris)
5-6 biji cili api ( sebiji-sebiji atau di potong)
1 biji tomato ( dipotong 6)
1 sudu besar cube mixed vege ( sejuk beku)
sedikit daun ketumbar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit untuk menumis
1 sudu makan sos ikan ( option)
garam, gula dan sedikit serbuk kunyit



Cara-Cara

Potong ikan dory pada saiz kecil-kecil. tapi jangan kecil sangat, nanti goreng lagi kecil jadinya.



Lumur garam dan serbuk kunyit pada ikan Dory kemudian goreng keemasan. Angkat dan ketepikan.




Untuk sosnya, tumis bahan hiris hingga wangi, kemudian masukkan semua sos, mixed vege dan sedikit air.









Bila mendidih, sesuaikan rasanya dan masukkan daun ketumbar dan tomato yang telah dipotong dan tutup api.

Tuang sos masam manis pada ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan.



Sunday, July 29, 2012

Step by Step... Udang Goreng Mentega (Buttered Prawn).. Catatan Ramadhan 2012

Bulan Ramadhan ni memang cepat rasa letih. Maka, meski pun saya ingin sekali menulis Catatan Ramadhan setiap hari di blog ini, namun saya akur dengan kemampuan saya. Terutamanya pada hari berkerja. Justeru, mungkin Catatan Ramadhan ini tidak dapat nak menemui anda semua pada setiap hari. Mungkin ada hari yang saya memang tak larat nak buka pc.


Walau bagaimanapun, memandangkan hari ini adalah hari berhujung minggu, maka saya gagahkan juga untuk berkongsi resepi yang baru saya cuba. Resepi hari ini ialah Udang Goreng Mentega atau Buttered Prawn. Resepi ini sangat lazat dan setanding dengan Udang goreng mentega yang kita order di restoran. Bezanya, struktur telur yang saya buat kurang halus dan kurang garing. Sebabnya saya ni malas. Tak berjaya nak kacau laju-laju guna garfu dan tak berapa rajin nak gunakan acuan roti jala.

Bagi yang nak buat tekstur telur yang halur macam kat restoran tu, boleh rujuk dapur Kak Nor di Secubit Garam. Saya ni derhaka dengan resepi Kak Nor, saya tidak gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Sebabnya, saya memang nak kurangkan guna minyak dan hanya goreng pakai butter je. Walau bagaimanapun seperti yang saya katakan tadi, resepi ini memang sangat lazat.

Bahan-bahan (saya dah adjust ikut suka saya)

8 - 10 ekor udang saiz besar
5 sudu besar butter
2 biji kuning telur - pukul dahulu dalam mangkuk kecil
2 batang cili api - potong kecil2
setangkai daun kari
2 sb susu cair
1/2 sk garam atau secukup rasa (kalau ada garlic salt, boleh guna)
kalau suka boleh gaul udang dengan kunyit dan garam sebelum menggoreng udang. Tapi saya tak buat, next time nanti saya buat.

Cara-cara

Panaskan 2 sb mentega dalam kuali. Goreng udang sehingga udang separuh masak. Angkat udang dan ketepikan.


Tambah 3sb butter dalam kuali yang sama. Masukkan telur dan kacau guna garfu atau chopsticks laju-laju untuk dapat tekstur yang halus. Masukkan daun kari, lada susu cair dan garam.

Sila guna garfu atau chopstick untuk cara yang betul. Ini cara yang malas hehehe.

Masukkan udang tadi dan kacau sehingga garing.


Sangat sedap dimakan dengan nasi putih.



Selain daripada Udang Goreng Mentega, iftar hari ke-8 ini kami juga makan Dory Fillet Sweet Sour dan Puding Jagung Manis kegemaran Mr. Hubby.  



Saya cuma buat separuh adunan Puding jagung manis. Bulan puasa ni takut juga kalau buat banyak-banyak. Yelah waktu siang bukan boleh makan pun.


Selepas disejukkan selama 3 jam


Saya juga buat minuman istimewa untuk hari ni. Gabungan Sprite dan Ribena yang awesome. Saya namakan minuman ni Spritecurrant Mocktail.

Spritecurrant Mocktails

Selamat mencuba.




Makan Sate Ayam (Catatan Ramadhan 2012)



Entry ni saya memang terlambat post. Sebabnya, saya sungguh penat dan takde masa semalam. Lagipun takde apa yang menarik sangat pun. Kami cuma berbuka puasa pada Ramadhan ke-7 ini dengan makan sate. Dan pastinya, bukan saya yang menyucuk serta membakar sate-sate tersebut.

Kat rumah ni Hasya yang paling suka makan sate. Bukan sahaja sate, timun sate tu pun jadi favorite dia. Kali ini tak beli nasi impit sebabnya memang dah habis kat kedai tempat kami beli sate ni.



Siapa jelah tak suka makan sate kan? Kesian orang yang pakai susuk, kena pantang makan sate.

FYI, ini entry paling pendek dalam sejarah blog ini.

Sekian.

Friday, July 27, 2012

Italian Cuisine! Ristorante Italiano Capricciosa.. Catatan Ramadhan 2012

Ramadhan ke-6, kali ini saya dan Mr. Hubby bercadang untuk makan di luar. Walau bagaimanapun, kami belum terfikir untuk makan di mana. Justeru, kami memilih untuk ke Sunway Pyramid kerana di situ terdapat banyak pilihan restoran yang menawarkan pelbagai jenis masakan.


Berlegar-legar di dalam Sunway Pyramid yang luas, akhirnya langkah kami tertarik untuk mendekati Restoran yang bernama Capricciosa. Hati makin tertarik kerana ada promosi untuk berbuka puasa. Hati tambah tertarik apabila melihat tanda `Halal' yang diletakkan di hadapan pintu masuk restoran.


Saya: Nak makan makanan Italy?
Mr. Hubby: Boleh. Favorite ni.

Maka, tanpa panjang ceritanya, meja untuk dua orang kami tempah untuk berbuka puasa. Oleh kerana jam baru menunjukkan pukul 6.30 petang, kami mengorder juadah untuk berbuka dan kemudiannya akan datang semula apabila waktu berbuka sudah hampir. 


Jam 7.20 malam, kami sudah berada semula di Ristorante Italiano Capricciosa. Atas meja kami telah tersedia mangkuk dan piring untuk kami ambil Sup dan Salad.

Ambil Salad

Salad & Soup

Minuman juga termasuk dalam pakej berbuka puasa ni. Cuma saya tak berapa pasti jenis minuman ini. Mungkin soda yang berperisa strawberry atau rose.


Beberapa minit kemudian menu yang kami order sampai. Servis yang diberikan sangat baik dan pelayan juga sangat mesra. Saya pilih untuk makan Baked Chicken with Rosemary. Perrgghh seekor ayam ni, tapi saiznya tidaklah besar sangat. Walau pun begitu, saya masih tak berjaya habiskan, Mr. Hubby yang habiskan hehehe. Ayam ni memang sedap sangat.  

Yummy lorrr!


Mr. Hubby pula memanglah sangat minat pasta. Jadi dia order Spaghetti Aglio Olio. Portionnya juga banyak dan rasanya sedap. 

Seafood Olio

Mr. Hubby bergambar kenangan dgn makanan  yang akan licin sebentar lagi.


FYI, ada banyak lagi menu yang best kat sini. Ada salmon, calamari dan pizza. Next time kalau datang lagi, saya nak makan pizza. FYI juga, kids eat free kecuali pada hujung minggu. FYI lagi, restoran ni memang restoran masakan Italy tapi foundernya berasal dari Jepun. Namanya Masaaki Honda. Oleh kerana minat yang mendalam untuk belajar masakan Italy, Honda merantau ke Italy untuk belajar seni masakan Italy. Bermula tahun 1978, Capricciosa yang pertama mula bertapak di Jepun.


Sekian pelajaran sejarah untuk hari ini. Bon appetite.   

KFC & Step by Step.. Kangkung Goreng Belacan dengan Udang

Membloging setiap hari memang sesuatu yang sukar untuk dibuat. Namun, saya gagahkan juga sempena mendisiplinkan diri untuk menulis Edisi Catatan Ramadhan 2012. Dan entry nak tak nak kena tulis juga ni adalah mengenai Hari ke-5 berpuasa hehehe...

Ramadhan hari ke-5, tekak saya mula terasa nak makan fast food. Jadi saya cadangkan kepada Mr. Hubby untuk beli KFC atau McD. Biasalah kan, bila tekak hari-hari tradisional, memang tiba-tiba akan terasa nak jadi omputih.



Maka, iftar Ramadhan ke-5 ini dirasmikan dengan juadah daripada KFC. Macam-macam ada; Ayam Goreng Original, Crunchy Spicy, Zinger Burger dan Cheezy Wedges. 

Mesti korang pun suka Cheezy Wedges ni kan?


Oleh kerana berbuka puasa sudah Western, maka untuk sahur kenalah masak nasi. Oleh yang demikian, marilah kita berkongsi resepi yang simple tapi sedap iaitu Kangkung Goreng Belacan dengan Udang.




Bahan-bahan

Satu ikat kangkung (potong-potong ler seperti biasa)
beberapa ekor udang (suka hati nak saiz apa, lagi besar lagi awesome)
Sebiji bawang merah besar atau 4 ulas bawang merah
Sebatang cili merah
2 batang cili padi
1 inci belacan (kalau tak resdung, lebih sikit pun ok)
Garam secukupnya

Nota: Kalau ada udang kering kat rumah, bolehlah kisar satu sk ngan bawang.


Cara-cara

Kisar bawang, belacan dan cili. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga berbau wangi dan agak kering.



Masukkan udang. Biarkan udang sehingga masak.



Masukkan kangkung dan tambah garam. Kalau suka manis sedikit, boleh tambah secubit gula. Goreng seketika.




Dah siap pun. Simple kan? Tapi rasanya sedap dan pasti digemari seisi keluarga kecuali bagi individu yang tak makan kangkung, alergik kepada udang atau menghidap resdung.



Kami makan nasi dengan lauk kangkung dan ikan selar goreng. Almaklum kena rajin sikit sebab Hasya dah mula berpuasa.

Sekian.




Wednesday, July 25, 2012

Ayamas Kids Choice.. Menu bebudak kalau tak sempat masak (Catatan Ramadhan 2012)



Kalau di rumah ada budak-budak, umur 3-6 tahun. Diorang kadang-kadang tu puasa separuh hari. Tapi ada juga yang gagah nak berpuasa sehingga azan maghrib berkumandang. Justeru, menu Ayamas Kids Choice ini saya cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah seperti berikut:

1. Anak 3-6 tahun yang tak puasa.
2. Anak 3-6 tahun yang bangun sahur tapi takde selera nak makan.
3. Anak 3-6 tahun yang bangun sahur tapi kita tak sempat nak masak.
4. Menu untuk anak anda bila-bila anda malas masak.

Produk Ayamas Kids Choice ni boleh didapati di Pasaraya-pasaraya terkemuka di Malaysia. Seperti mana produk keluaran Ayamas yang lain, produk ini juga berstatus Halal. Boleh disimpan di ruangan sejuk beku dan tarikh luputnya setahun daripada tarikh dikilang. Maksudnya memang boleh buat stok di rumah. 
Dalam bekas comel ini ada Spaghetti Bolognese, ayam masak kicap dan jagung. Sesuai untuk selera kanak-kanak. 

Ini rupa sebelum dipanaskan

Perkara yang wajib ada di rumah adalah ketuhar mikro kerana bekas makanan ini perlu dipanaskan di bawah suhu tinggi selama 7 minit. 


Portionnya juga banyak. Sekiranya anak anda seperti anak saya yang tak berapa makan banyak, maka ibu bapa boleh tumpang sekaki untuk merasai keenakan Ayamas Kids Choice ini. 

Tengok dulu

Menggoda

Tergoda hehehe

Selamat menjamu selera!


Tuesday, July 24, 2012

Ayam & Hati Masak Kicap, Tempe Goreng.. Catatan Ramadhan 2012

Hari ketiga berpuasa. Semalam dapat pulang on time dari pejabat. Memandang bos yang bercuti menyambut Ramadhan di kampung halaman. Meski pun banyak kerja, tapi bolehlah ditinggalkan dahulu. Esok masih ada hehehe...

Apabila dapat pulang ke rumah sejam sebelum waktu berbuka. Pastinya dapur saya akan berasap. Tapi, tak boleh nak masak yang remeh-temeh sebabnya nanti tak sempat siap. Akibatnya terpaksa buka puasa minum air kosong sahaja. 


Antara masakan yang simple tapi sedap adalah masakan berkicap etc Ayam Masak Kicap, Daging Masak Kicap dan Telur Masak Kicap. Untuk berbuka kali ini saya masak Ayam & Hati Masak Kicap.

Saya juga tak serta resepi sebab sebelum ni dah pernah buat tentang entry Ayam Masak Kicap. Lebih kurang sama je, cuma kali ni saya tambah hati ayam je dan tak letak kentang. Sila klik sini untuk resepi.


Untuk memeriahkan lagi juadah, saya juga buat Tempe Goreng dan sediakan sambal kicap. 


Nampaknya, itu sahajalah lauk untuk kami berbuka. Meski pun cuma 2 jenis sahaja, cukuplah untuk kami anak-beranak. Yang mana boleh jimat, kita jimat. Semoga Ramadhan memberikan rahmat kepada kita semua.. Amin Ya Rabbal Alamin... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...