Saturday, June 30, 2012

Step by Step... Chicken Meatloaf Pastry

Pagi ni Mr. Hubby takde di rumah. Dia berkursus di Bukit Kiara. Jadi, hari ni kena buat breakfast untuk saya dan Hasya sahaja.


Buka peti sejuk ternampak pula meatloaf. Tetiba je, dapat idea untuk buat Meatloaf Pastry. Kebetulan pula ada slices cheese. Oleh kerana saya buat sarapan untuk 2 orang sahaja, maka kuantitinya sedikit. Sila gandakan bahan-bahan sekiranya anda nak menghasilkan `Chicken Meatloaf Pastry' dalam kuantiti yang banyak. Jom main masak-masak.


Bahan-bahan

4 keping puff pastry (saiz kecil jenama kawan)
2 keping chicken meatloaf
2 keping keju keping (slices cheese)
sedikit keju Parmesan dan Parsley flakes untuk ditabur atas puff.

Cara-cara

Rebus dahulu chicken meatloaf dalam 4-5 minit. Toskan dan potong 2.



Atas papan pencanai, canai puff pastry supaya nipis sedikit.



Letak meatloaf atas puff.



Letak pula keju keping atas meatloaf.



Lipat dua puff pastry tadi. Tekan-tekan sedikit tepi-tepinya supaya melekat. Kelar permukaan puff.



Susun dalam loyang yang telah digris.



Tabur sedikit Parmesan dan Parsley.


Panaskan oven 200 darjah. Bakar sehingga puff berwarna keperangan permukaannya.


Dah naik cantik

Dah siap sarapan pagi ni.


Hasya kata sedap sangat. Dia makan 2 keping, saya makan 2 keping.



Cheezy!

Yummy tau!

Friday, June 29, 2012

Kota Bharu... Hanya Sehari, Semalam & Seketika Part II

sambungan dari Part I.

Ramai sungguh pengunjung yang membanjiri Padang Kelantanfm pada pagi ini. 


Dijangka majlis perasmian akan bermula jam 11.30 pagi. Semakin lama, semakin mebahang kepanasan yang terpaksa kami tempuhi. 



Laju pula, langkah saya dan Syida menuju ke khemah di mana berlangsungnya pertandingan membuat kuih akok. FYI, kuih akok adalah kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan. Di Kelantanfm pun ada program popular bertajuk `AKOK'. Kuih akok yang sedap adalah kuih akok yang mengandungi banyak telur serta kurang tepungnya. Barulah lembut dan moist.

Perkakasan membakar akok


Akok

Dihias cantik

Akok

Akok lagi.

Setelah menjamu mata menyaksikan kehebatan dan keceriaan kuih-kuih akok, kami ke khemah Kraftangan pula. 


Batik 1Malaysia



Tekak semakin kering. Sebelum majlis bermula, haruslah kami mencari seteguk air. Pusing punya pusing terjumpa lori Nescafe. Perrggghhh, kami minum 2 cawan sorang hahaha.


Syida senyum manja


Nyaman tekakku
Puan Sabariah & Encik Zainal berlatarbelakangkan lori Nescafe & Pemancar RTM Kelantan :)

Majlis bermula dengan persembahan dikir barat. Sungguh meriah dan gemuruh tepukan. Walau bagaimanapun, saya lebih banyak tak faham daripada faham. Tapi, buat2 faham, sudahlah kan.


Sesi makan tengah hari tiba jua. Nampaknya, tak ada signature dishes dari Kelantan hehehe. 



Selepas lunch, ada sambutan hari jadi untuk Datin Seri Masnah. 



Dan majlis berakhir. Kami mengorak langkah untuk menamatkan perjalanan seketika ini di Butik Hazel.


Akhir kata, perjalanan kali ini sungguh seketika. Tahniah kepada Kelantanfm atas pengajuran Karnival 66 tahun RTM ini. Saya cuma ralat sedikit kerana tidak ke Pasar Siti Khadijah dan makan keropok lekor.

Sebekas akok jadi pengubat hati.




Sekian.  

Kota Bharu... Hanya Sehari, Semalam & Seketika Part I

Semalam saya ke Kota Bharu, setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki di bandar terbesar di sebelah Pantai Timur tanah air ini. Apabila menerima arahan untuk ke Kota Bharu, fikiran saya terus terlintas beberapa perkara: Batik, Keropok Lekor, Nasi Berlauk, Nasi Dagang dan Pasar Besar Siti Khadijah.


Oleh kerana saya memang seorang yang optimis, saya dengan yakin berasa akan dapat mencapai ke semua perkara yang terlintas dalam fikiran saya. Malangnya saya terlupa sesuatu: Perjalanan saya kali ini `Hanya Sehari, Semalam dan Cuma Seketika'.

Tujuan saya ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini adalah untuk menghadiri Karnival 66 Tahun RTM di Kelantanfm. Oleh kerana kali ini waktu penerbangan saya adalah sama dengan bos, maka kami akan terbang dengan pesawat terakhir dari KLIA pada jam 10.35 malam.

Oleh kerana saya sangat lapar, perjalanan ini saya mulakan dengan makan malam di KFC KLIA. Kesempatan ini juga saya gunakan untuk mencuba produk terhangat di KFC iaitu `Flaming Crunch'. Sungguh rangup dan pedas. Sedap bagi penggemar ayam hot & spicy. Bunyinya krapp krupp dan krapp krupp.

Hahaha, jgn expect gambar nasi dagang ye. .

Flaming Crunch!



Sampai sahaja di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, malam sudah begitu larut. Kami singgah sebentar melihat persiapan yang giat dijalankan di tapak karnival. Melepasi jam 12 tengah malam, barulah kami mendaftar masuk di Renaissance Kota Bharu. 



Sungguh penat perjalanan malam ini dan sungguh segar apabila bangun keesokan paginya. 

I'm Happy, Alive & Calm :)


Matahari sudah memunculkan diri.

Kota Bharu dari jendela Hotel

Selepas bersiap, tentunya sasaran adalah untuk bersarapan pagi di Palm Terrace Cafe di Aras 1 hotel berkenaan. 



Terus-terang saya katakan, buffet breakfast di sini merupakan antara yang terbaik yang pernah saya nikmati. Pilihan-pilihan yang ditawarkan bukan sahaja banyak, malah sedap rasanya. Akibatnya, sekali lagi diet dilupakan dan proses pengulangan pergerakan dari meja ke ruang sajian makanan.

Donuts!

Syida tengah pilih2.

Pilihan hati Syida.


Nasi dagang, gulai ikan tongkol dan rendang ayam jadi pilihan hati saya. Sedap!




Pinggan saya


Paling istimewa, pilihan jus dan minuman sangat banyak dan pengunjung boleh meminta dibuatkan jus segar daripada buah-buahan yang disukai. 

Macam-macam jus ada


Jam 10 pagi, perjalanan diteruskan ke tapak karnival. 

Bersambung di Part II.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...