Thursday, May 31, 2012

Step by Step.. Kari Kacang, Hati & Pedal

Mr. Hubby dan Hasya memang suka sangat makan sayuran kekacang. Jadi, kalau masak kacang panjang atau kacang buncis memang lah laku sangat di rumah ni. Diorang berdua boleh ratah sampai sayur kekacang tu habis. 


Masalahnya, saya memang tak berapa suka nak makan sayur. Oleh kerana saya malas, maka saya terpaksa masak 2 dalam 1 iaitu masak masakan yang diorang suka dan juga saya suka. Maka, terhasillah gabungan sayuran kekacang masak dengan hati dan pedal. Kali ini saya akan kongsikan versi kari masakan sayuran kekacang bersama hati & pedal. Selain daripada kari, macam-macam lagi yang anda boleh cuba seperti goreng kicap, goreng paprik dan goreng kunyit. Semuanya memang sedap.

Versi kari ni dibuat sebab Mr. Hubby yang minta. Dia kata, dah lama tak makan sayur kacang masak kari. Saya guna kacang buncis ye. Jom lah masak.



Bahan-bahan

Secekak atau segenggam kacang buncis (lebih kurang 20 batang kalau guna kacang buncis dan 10 batang untuk kacang panjang)- potong pendek2 lebih kurang 2 - 3cm.
3 keping hati dan 3 keping pedal ayam (hiris kecil-kecil)
1/2 atau 2/3 paket serbuk kari ayam/daging saiz kecil
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1sk asam jawa paste atau 1sb air asam jawa.
Garam secukup rasa


Cara-cara

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan 2 sb minyak masak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga keperangan dan naik bau.


Bancuh serbuk kari dengan 1/2 cawan air. Masukkan serbuk bancuhan tersebut dalam kuali. Gaul sebati. 


Setelah mendidih, masukkan pedal dahulu. Selepas gaul 5 minit, masuk hati pula. kacau sekali-sekala sehingga hati & pedal masak. Masukkan asam jawa. 



Masukkan sayuran kekacang. Kacau sehingga sebati. Kalau suka makan rangup, goreng kejap je, tapi kalau suka lembik sikit, masak la lama sikit. Letak garam secukupnya. Biar masin sikit, baru uummpphh... Biar kering sikit, baru tutup api.






Kami makan lauk ini dengan telur dadar juga. Sungguh matching dan menawan hati. 



 Sekian.

Wednesday, May 30, 2012

Comics 6.. Gerai Baru

Pada suatu malam yang aman-damai.....







Sekian.

Assam Boi & Passion Mint Fizz... Mocktails yang awesome!

Jarang sekali saya nak terpikat dengan minuman. Tapi, minuman baru di Pizza Hut ni memang awesome! Saya dah cuba Assam Boi Fizz dan Passion Mint Fizz, kedua-duanya memang sedap sangat. 

Passion Mint Fizz


Assam Boi Fizz

Menariknya juga, harga yang ditawarkan tidaklah setinggi minuman-minuman setara dengannya di restoran makanan keluarga yang lain. Malah kuantitinya juga banyak dan boleh menghilangkan dahaga. Rasa masam, manis yang seimbang memang membuka selera. kepada peminat 7Up, memang patut cuba kerana minuman ini menggunakan 7Up yang dipertingkatkan kesedapan rasanya.

Nampaknya anda juga tidak perlu makan Pizza sekiranya memilih untuk makan tengah hari atau makan malam di Pizza Hut. Restoran keluarga ini menawarkan banyak pilihan menu-menu baru yang berasaskan makanan bukan pizza. Maka kali ini saya mencuba Lime Pepper Chicken Chop. Menu pilihan saya ini adalah ayam panggang yang dihidangkan bersama sos krim bawang. 

Lime Pepper Chicken Chop


Mr. Hubby pula cuba Cheese Baked Meatballs dengan sos Carbonara. Memang sangat berkeju.



Walau bagaimanapun, Hasya pilih untuk makan Pizza dan minuman coklat. 


Khayra, sebab belum ada gigi, kena tido jelah jawabnya. zzzzzzz... Sekian.

sleeping beauty

Step by Step.. Nasi Goreng Sotong



Sekarang ni saya dah makin jarang-jarang pula membloging. Kadang-kadang tu niat dan hasrat memang ada, tapi masa akan membataskan segala-galanya. Kadang-kala pula, saya sungguh malas untuk mengambil gambar. Tanpa gambar, apalah ertinya sebuah blog.....

Hari ni saya akan berkongsi masakan yang simple tapi sodap iaitu Nasi Goreng Sotong. amat sesuai disajikan untuk penggemar-penggemar sotong. Sila gunakan sotong bersaiz besar kerana nasi goreng anda akan memberi kesan kemewahan berganda. Mari kita main masak-masak.

Bahan-bahan

2 ekor sotong saiz besar. Potong bulat-bulat.
2 1/2 cawan nasi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang cili merah
2 batang cili padi (kalau tak suka pedas, takyah letak)
1cm belacan
1 1/2sb kicap manis
sebiji telur
garam dan gula secukup rasa (ada rasa manis sikit baru best)
Boleh letak sayur kangkung atau sawi kalau suka

Cara-cara

Kisar bahan-bahan berwarna merah. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga kering sedikit.


Masukkan sotong dan kacau sehingga sotong masak. 


Masukkan nasi dan kicap. Kacau sebati.


Masukkan telur. Kalau rajin, sila kacau telur dalam mangkuk dulu, barulah dimasukkan dalam kuali. Masukkan sayur (kalau suka), garam dan gula secukup rasa. Kalau sebati hingga nasi agak kering.



Siap pun. Mari hidangkan dengan keropok. Rangup dan best.





Saturday, May 26, 2012

Step by Step... Kurma Daging




Bukannya susah pun nak masak Kurma Daging sebabnya anda boleh guna rempah Kurma yang banyak dijual di mana-mana pasaraya di Malaysia. Kepada sesapa yang tak pernah makan Daging atau Ayam masak Kurma (hish, ada ke?), janganlah pula masukkan buah kurma sewaktu memasak masakan ini. Nama masakan ini sahaja `Kurma' tapi takde sebiji pun buah kurma yang akan anda temui dalam kuahnya. 

Tetiba juga teringat pada masakan Kurma Ayam oleh Encik Azriman semasa di Fayetteville. Encik Azi memang terer masak Kurma. Dia tak guna perencah-perencah dalam peket nih. Sebaliknya dia guna rempah-ratus je. Encik Azi kata, "Itu senang je, cuma letak serbuk bla bla bla dan bla bla bla". 

Oleh kerana saya tak terer, maka saya akan tunjukkan cara masak Kurma Daging menggunakan rempah peket ADABI hehehe...

Bahan-bahan   

24gm Kurma Ayam & Daging ADABI (paket kecil) - bancuh dengan 1/3 cwn air
250gm daging (dihiris nipis dan kecil)
2 biji kentang (potong 8)
50ml santan pekat (saya guna yang dalam kotak)
3 sb minyak masak
1 biji bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
sedikit halia (kisar)
Garam secukup rasa
sebatang cili merah (hiris nipis)


Cara-cara

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga sedikit kering dan berbau wangi.



Masukkan bancuhan rempah kurma. Gaul sebati kira-kira 5 minit.



Masukkan daging. Gaul lagi 5 minit.



Masukkan kentang, lada dan santan. Gaul sekali-sekala sehingga kentang dan daging masak. Tambah garam secukup rasa.



Apabila kentang empuk, tutuplah api. Kurma daging telah siap untuk dihidang.



Takkanlah tak sedap, mesti sedap punya.


Makan dengan nasi, ikan pekasam dan telur goreng!


Cerita Tentang Limau Bali & Mentor-Menti

Limau yang besar


Sebenarnya saya bukan peminat limau bali. Saya juga tak sangka suatu hari nanti saya akan menulis tentang limau bali. Nampaknya hari tersebut hadir jua dan saya sedang menulis tentang limau bali.

Isi Limau Bali


Terus-terang juga bahawa saya tak tahu yang limau bali (English: Pamelo) ada nama panggilan yang lain. Rupa-rupanya limau ini juga dikenali sebagai `limau tambun'. Maka, seperti mana namanya, limau ini memang banyak ditanam di Tambun, Perak.

Kenapa tiba-tiba saya tulis tentang `limau bali'. Sebabnya, tanpa dirancang saya dikelilingi oleh Citrus Grandis ini. Nampaknya, lokasi saya adalah di Tambun, Perak. Atau lebih tepat saya berada di Hentian Limau Tambun.

Replika Limau Bali


Sign Board Hentian
Deretan kedai


Di hentian ini, ada barisan gerai limau bali yang menjual pelbagai saiz buah ini. Ada yang digantung menggunakan tali dan ada juga yang disusun atas lantai.

Limau Tambun yang digantung
Disusun atas lantai


Kemesraan peniaga di sini


Peniaga di sini akan menyambut anda dengan penuh mesra sambil mempelawa anda untuk merasa kesedapan limau tambun ini. Selepas rasa, kenalah beli ye.


Puan Mis sedang merasa buah Limau

Hati Puan Mis sudah terpaut


Walau bagaimanapun saya tak terasa untuk merasa limau ini. Entahlah kenapa, saya memang tak berapa minat dengan limau bali. Oleh itu saya tak beli.




FYI, saya singgah di Hentian Limau Tambun ini semasa perjalanan pulang dari Kursus di Ipoh. Kursus Mentor-Menti.

Takde kena-mengena dengan program Mentor kat TV3 tu


Tapi yang hadir ni semuanya Mentor.

di Sky Lounge MH Hotel



Kami belum tahu lagi siapa yang bakal jadi Menti kami. Kami juga tak tahu sama ada Menti kami adalah Menti Emas, Hijau, Biru atau pun Jingga:)

First Batch Mentor Jabatan Penyiaran 2012

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...