Sunday, April 29, 2012

Step by Step... Paprik Ayam



Suka makan Nasi paprik? Saya memang suka sangat. Tapi kalau makan kat gerai atau restoran, susah betul nak cari lauk paprik yang ayamnya menggunakan bahagian yang bertulang. Selalunya mesti yang bahagian isi. Dah la tu, sikit pulak tu ayamnya.

Oleh kerana saya ni selalu berasa tak puas hati. Maka, kenalah masak sendiri. Kalau masak Paprik Ayam sendiri, bolehlah saya taruk apa sahaja yang saya suka. Yang paling penting, saya juga boleh tak taruk apa yang saya tak suka.

Selalu juga saya masak paprik. Mr. Hubby kata sedap, jadi memang sedaplah agaknya kan hehehehe...

Bahan-bahan

setengah ekor ayam yang dipotong kecil atau saiz kesukaan anda (gaul dengan sedikit garam dan kunyit)
sebiji bawah besar (dipotong nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 batang serai (dititik)
4 biji cili padi (dipotong 2 atau 3)
4 helai daun limau purut (dihiris nipis)
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
5 batang cili kering (rendam, buang biji dan kisar)
1 batang cili merah (kisar)

2sb kicap manis
1sb sos tiram
1sb sos cili
1sk sos tomato
garam dan gula secukup rasa

Sayur-sayuran yang anda suka seperti:
Kacang panjang/buncis
Jagung muda
Kubis bunga
Lobak Merah

Nota: Saya letak jagung muda dan kubis bunga sahaja. Sebab itu yang ada dalam stok.


 
Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing, jika tidak anda akan makan ayam yang keras. Toskan ayam. Ketepikan.   

            

Panaskan 3sb minyak (guna minyak ayam tadipun ok). Tumis bahan-bahan bawang besar dan halia sehingga layu dan naik bau.



Masukkan pula bahan-bahan kisar.


Masukkan serai, sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Gaul seketika. Masukkan 1/4 cawan air.



Masukkan ayam dan sayur-sayuran. Kacau sebati. Kalau perlu tambah air, sila tambah air.


Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut dan kacau 5 minit lagi sebelum tutup api.



Hidang panas-panas dengan nasi putih.




Sungguh puas hati makan Nasi Paprik Ayam hasil air tangan sendiri!

Friday, April 27, 2012

Pilih-pilih Jeruk Fresh Fruits

Hari ni hari Jumaat. Meskipun hari Jumaat akan datang setiap minggu iaitu selepas hari Khamis, tapi hari Jumaat hari ini istimewa sedikit di opis saya.

Ini kerana, lazimnya setiap hari Jumaat pertama selepas hari gaji (pay day), di opis saya ini akan ada jualan Puspanita. Maka, peniaga-peniaga kecil akan membuka meja dan menjual pelbagai produk menarik (mungkin lelaki rasa tak begitu menarik) di sini. Maka seterusnya, amatlah justify akan pemilihan jualan ini yang semestinya diadakan pada hari Jumaat pertama selepas hari gaji: 1. Semua orang tengah banyak duit, dan 2. Waktu rehat yang lebih panjang daripada hari-hari lain.

Best sangat ke jualan Puspanita ni? Hmmm... selalunya saya tak tertarik pun untuk ambil gambar. Tapi hari ini ada sesuatu yang menarik perhatian dan selera saya. Jom kita belek-belek....

Wah ada orang jual Jeruk Fresh Fruits! Nampak sangat mengujakan!


Mari lihat dengan lebih dekat.

Ada nenas.


Jambu air.


Anggur + Kedondong.


Betik.


Jambu.


Mangga/Mempelam muda.


Meskipun semuanya buah-buahan segar, tapi semua buah ini digaul dengan rencah jeruk rahsia. Yum.. Yum.. Yum...


Ada pilihan pula untuk tambah rencahnya seperi kacang dan kuah rojak. Tapi saya tak nak. Sebabnya, Tokey yang jual ni kata, makan begitu sahaja pun dah sedap. 


Harganya pun berpatutan, RM2 untuk 100gm. Sesuai sangat untuk orang yang malas kupas buah macam saya.


Time for lunch. Sihatkan menu saya hari ni... Sedapppp... manis, masin, pedas sikit-sikit...







Wednesday, April 25, 2012

Step by Step.. Kepak Ayam Panggang Bermadu

Rasanya dah 2-3 hari juga tak update blog. Alasan yang tersangatlah cliché tentunya kerana saya terlalu sibuk sehinggakan tak ada masa nak menulis untuk Life is Colorful. Ini bukan bermakna saya tak ada bahan, tapi saya memang sibuk kerana terpaksa menaip pelbagai urusan kerja yang lain. 



Kali ni saya nak berkongsi resepi Kepak Ayam Panggang Bermadu. FYI, saya memang mencari resepi kepak ayam panggang ala-ala yang dijual di pasar malam atau di tepi-tepi jalan. Mesti dekat-dekat rumah u all pun ada jual. Ala, yang kepaknya disusun banyak-banyak tu hehehe...

Resepi ini saya ambil dari Puan Anymz. Rasanya memang sedap. kalau ratah begitu sahaj pun sedap. Puan Anymz ada sertakan bahan-bahan buat sambal kicap untuk dicicah dengan ayam. Tapi saya tak buat sambalnya. Saya tetiba je jadi malas sedikit dan cuma sanggup panggang ayam je, sambal saya malas giler nak buat.

Bahan-bahan

4 keping kepak ayam (saya potong 2, jadi dapat bahagian kepak tengah dan drummet)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu teh kicap pekat
3 sudu besar madu
2 ulas bawang putih
sedikit halia

Cara-cara
Tumbuk halus bawang putih dan halia.



Gaul semua bahan bersama dan diperap semalaman (dalam peti sejuk) atau sekurang-kurangnya 2 jam.


Panggang atas bara atau dalam oven dgn kepanasan 180, bergantung pada oven masing-masing.



Dan kalau rajin boleh buat sambal kicap (saya tak buat):

10 ulas cili padi
1 1/2 sudu besar gula
5 sudu besar kicap manis
perahan air limau nipis
Semua bahan dikisar bersama. Jangan masukkan air ya. Cukup cecair yang ada pada kicap dan perahan air limau nipis..



Dah siap bolehlah dihidang. Mesti puas hati punya!

Saturday, April 21, 2012

Comics 3... Oil

Lagi komik di hujung minggu...









Step by Step... Lapis Roti Berdaging



Pertama kali apabila melihat resepi ini di dapur Umi e di Myresepi hati saya sudah terpaut. Rupa Lapis Roti Berdaging yang dibuat oleh Umi e seakan-akan lapisan Lasagna. Oleh kerana hati sudah terpaut, maka tak sabar-sabar pula rasanya untuk membuat sendiri resepi ini.

Memandangkan Lapis Roti Berdaging Umi e untuk 6 - 8 orang makan, saya pun mengurangkan kuantiti bahan-bahannya kepada untuk 3 - 4 orang. Ringkasnya, saya cuma guna separuh daripada bahan-bahan yang diperlukan.


Lapis Roti Berdaging ini memang sedap. Sesuai dimakan pada bila-bila masa. Memang mengenyangkan. Saya letak Mozarella Cheese pada toppingnya supaya Lapis Roti Berdaging saya ini nampak sungguh cheezy. Penyediaannya juga tidak rumit. Sesapa pun boleh masak resepi ini. `Malaysia Boleh' lah katakan...


Bahan-bahan

1 biji kentang di potong dadu
200gm daging cincang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk kari
2 sudu makan minyak untuk menumis
7 keping roti
250ml susu segar
1 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) - saya pakai Mozarella 
Sedikit margerin untuk melenser             

Cara-cara

Kisar bawang dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang, kentang dan garam. Goreng sehingga kentang masak.


Satukan susu, telur dan secubit garam dalam mangkuk.  Pukul susu, telur dan garam hingga sebati.



               
Celupkan ke semua roti dalam adunan tadi. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.   


          

Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/2 bahagian roti yang telah diramas.


Kemudian letakkan daging kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti.   

            

Ulangi proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).



 
Bakar dengan api sederhana selama 30-45minit atau sampai lidi tak lekat.



Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.


Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.

NOTA: Boleh buat beberapa lapis kalau suka. Ulang sahaja proses, roti, daging dan roti daging. Atas sekali mesti roti ler.





Jangan takut mencuba sebab budak-budak dan bapak budak mesti teruja tengok Lapis Roti Berdaging ni. Bon appetit!

Thursday, April 19, 2012

Lupakan Diet untuk... Almondy Tarta Dark Chocolate at Ikea



Hanya dengan RM5.50, anda akan dapat menghiburkan hati anda dengan sepotong Almondy Tarta Dark Chocolate (ATDC).

Baris intro entry saya kali ini sangatlah advertorial. Sepatutnya, saya diberikan bayaran bagi pengiklanan ini. Walau bagaimanapun, saya relakan free ads ini memandangkan sepotong ATDC sememangnya dapat menghiburkan hati saya dan menjadikan perasaan saya berbunga-bunga indah.



Inilah masalahnya. Memang sukar sekali untuk mengawal diet di tanah air tercinta. Di Malaysia ni penuh dengan kepelbagaian makanan, tak kira yang berasal dari rumpun Melayu atau yang originalitynya dari seluruh dunia. Justeru, untuk mengamalkan diet yang seimbang dan sihat adalah sesuatu yang amat sukar. Godaan memang terlalu hebat.

Almondy Dark Chocolate merupakan antara penggoda kelas satu yang merobek-robek erti amalan diet yang seimbang. Setiap bite ATDC memang sangat mengujakan. Rasa coklat, almond, manis, berkrim diterjemahkan menerusi gigitan demi gigitan yang mempesonakan.


Sepotong ATDC ini saya nikmati di Ikea Mutiara Damansara. Di Food Court Ikea, anda sememangnya terpaksa melupakan diet buat seketika kerana banyak sangat penggoda-penggoda yang hebat seperti marble cheese cake, muffin dan pastry yang lain. Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan.





Diet? Lupakan jelah buat seketika...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...