Wednesday, February 29, 2012

Step by Step... Vanilla Choc Chip Mug Cake (kek microwave lagi)




Alangkah malasnya nak buat kek. Tapi ada rasa nak makan kek. Nak ajak Mr hubby pergi Secret Recipe, hujan lebat pulak kat luar rumah. Huh, susah-susah sangat, buat mug cake je lah.

Alang-alang nak buat mug cake, kita cuba buat perisa vanilla pulak lah ye. Hari tu kan dah buat Nutella Mug Cake (klik sini untuk Nutella Mug Cake). Jeng.. Jeng... Jeng... Jom kita mulakan buat Vanilla Choc Chip Mug Cake.


Bahan-bahan

7 sudu makan tepung naik sendiri
4 sudu makan gula kastor
3 sudu makan minyak (saya pakai minyak jagung)
4 sudu makan susu segar
1/4 sk garam
1/4 sk esen vanilla
1 biji telur
2 sudu makan choc chips (dan sedikit lagi extra untuk tabur last sekali)


Cara-cara

Sediakan mug saiz besar/loyang yang sesuai yang boleh tahan panas microwave. Saya guna 2 biji cawan saiz kecil. Oleh yang demikian saya bahagikan ke semua bahan di atas, sama banyak kepada kedua-dua cawan yang saya guna. Saya masukkan semua bahan ke dalam cawan kecuali telur dan choc chips. Telur tu saya kacau dulu dalam mangkuk dan saya bahagikan 50:50 untuk setiap cawan.



Lepas masukkan telur. Kacau dengan sudu atau garfu sehingga betul-betul sebati. Jangan berketul-ketul okay.

Kacau lagi

Licin dan sebati


Setelah sebati, masukkan choc chips 1 sudu makan bagi setiap cawan. Kacau sedikit supaya choc chips berselerakan masuk ke dalam adunan.



Pastu, tabur sedikit choc chips atas adunan. Tak payah kacau dah. Tujuannya nak bagi mug cake ni nampak choc chip nya.



Masukkan dalam microwave, bakar guna api paling panas. Kalau microwave tu guna high-low, gunalah yang maksimum ok. Bakar selama 3 minit. Mug Cake ini akan naik tiba-tiba.


Mug Cake sudah naik


Maka siap sudah Vanilla Choc Chip Mug Cake. Yang herannya, salah satu Mug Cake saya ni tak nampak choc chipnya. Tapi satu lagi telah memperlihatkan keindahan choc chipnya. Mudahkan? Kejap je buat kek sebenarnya:)

Yang sebelah kiri tu dah tenggelam Choc Chip nya








Tuesday, February 28, 2012

Places for Makan... Pak Abu Sup Ekor

Kalau dapat curi masa lunch selama sejam dan ada geng untuk makan luar pagar, saya amat suka kalau dapat makan di Restoran Pak Abu Sup Ekor. Restoran ni dekat Jalan Pantai baharu, dekat je dengan Bomba Pantai Baharu tu.


Kepada sesapa yang tak suka makan di restoran yang tak berapa cantik rupa paras dan reka bentuknya, anda tak perlulah datang ke restoran ni. Ini kerana restoran ini tidak fancy ataupun gorgeous. Meskipun begitu, restoran ini amatlah penuh dengan pengunjung pada waktu tengah hari kerana masakannya yang amatlah awesome.

Selalunya, saya akan order ayam goreng kampung sebagai lauk makan tengah hari. Ayam goreng kampung ni walaupun dibuang kulit, tapi rasanya sangat sedap tau..



Masakan yang wajib dicuba juga adalah gulai kawah. Perrggghhh... memang sangatlah berkalori tinggi! Tapi, janganlah sesekali mengelaknya kerana anda akan kerugian yang amat sangat. Gulai kawah ini ada rasa pedas, masin, manis dan berlemak. Cukup rasa. Kalau datang lambat, kuah gulaipun habis disenduk oleh pengunjung.



Untuk minuman, my colleagues suka sangat order jus asam boi.



Meskipun nama restoran ni `Pak Abu Sup Ekor', tapi saya tak pernah order sup ekor tersebut. Saya juga tak pernah order masakan-masakan lain. Saya ni memang ada masalah sikit, kalau dah suka sesuatu memang tu jelah yang saya order. Mana taknya kan, makan di Pak Abu ni bukannya setiap hari. Paling kerap pun seminggu sekali. Masuk minggu kedua je, dah rindu nak makan gulai kawah lagi hehehehe...




Monday, February 27, 2012

Step by Step... Broccoli Beef (Chinese-American Style)



Masa mula-mula belek resepi ni, saya rasa macam mustahil je nak cuba. Sebabnya, resepi ni guna `Chinese Rice Wine'. Meskipun ada bahan pengganti yang boleh digunakan, namun saya rasa berat hati nak guna bahan pengganti. Tambahan pula, bahan pengganti tersebut dikatakan tidak dapat memberikan rasa yang sama atau setara dengan `Chinese Rice Wine' tersebut.

Namun, setelah difikir dan ditimbang kemungkinan resepi ini akan gagal, saya membuat keputusan untuk cuba sahajalah. Alhamdulillah, resepi ini menjadi meskipun saya tidak tahu apakah perbezaan rasa sekiranya menggunakan Chinese rice wine tadi. FYI, saya tidak menggunakan sebarang bahan gantian, saya cuma mengeluarkan sahaja Chinese rice wine dari masakan ini.



Rasa Broccoli Beef ini sedap. Sesuai dimakan panas-panas dengan nasi. Ada rasa masin dan manis. Saya lebihkan sedikit kuahnya memandangkan Mr. Hubby dan Hasya suka masakan yang ada kuah. Sekiranya anda suka yang agak kering, anda boleh biarkan kuahnya pekat dan kering sedikit.


Berikut adalah Step by Step Brocolli Beef yang saya ubah suai dari simplyrecipes:


Bahan-bahan

200 gm daging (potong nipis dan bentuk segiempat tepat)
Sebiji sayur brokoli (potong kecil-kecil)
2 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang)
1sk tepung jagung, larutkan dalam 1 sudu makan air


Untuk perapan

1sk kicap (saya pakai kicap pekat - boleh jelah pakai kicap apa)
1/2sk tepung jagung
1/8sk  serbuk lada hitam (guna yang kasar sikit)

Untuk Sos

2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap (saya guna kicap masin)
1/4 cawan chicken broth (saya guna 1/2 kiub pati ayam yang dilarutkan dalam 1/4 cwn air)
1 1/2sk gula (ini saya tambah, barulah ada rasa manis2 sikit)


Cara-cara

Kacau hingga sebati bahan-bahan perapan dalam mangkuk. Tuang ke atas daging dan perap daging selama 10 minit.



Kacau bahan-bahan sos hingga sebati dalam mangkuk.



Panaskan air dalam periuk. Tambah sedikit garam (1/2sk dah le). Rebus brokoli dalam periuk selama 2 minit. Toskan brokoli.



Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging yang telah diperap tadi sehingga masak. Masukkan bawang putih, biarkan 1 minit. 



Masukkan sos diikuti dengan brokoli. Kacau sesekali sehingga mendidih.  




Masukkan larutan tepung jagung, kacau sehingga pekat.



Selamat menjamu selera dengan masakan yang simple tapi sedap ini!







Sunday, February 26, 2012

Eat, Relax & Love... Teluk Dalam Resort, Pangkor Island (Part II)

Untuk Eat, Relax & Love (Part I) klik sini.



Hari ke-2, kami meneruskan percutian dengan menjamu selera di Sekampung Cafe. Ada pelbagai pilihan untuk dinikmati. Pilihan saya, Nasi Goreng Kampung, Sosej pedas, chicken slices dan french toast. Pinggan seterusnya pula, saya makan Char Kuay Teow dengan 2 potong kek.





Selesai bersarapan, kami ke pantai lagi untuk menikmati keindahan pantai pada waktu pagi. Tambahan pula, paras air surut membolehkan kami berjalan-jalan di sepanjang persisiran pantai.






Pada sebelah petang pula, kami habiskan masa di kolam renang. Inilah aktiviti yang paling digemari oleh budak-budak yang menyebabkan ibu bapa juga terpaksa mandi di kolam kanak-kanak.




Makan malam pastinya menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk dinikmati. Ada pelbagai pilihan BBQ. Menu untuk makan malam nampaknya digabungkan antara Timur dan Barat.



Lamb Chop & Spaghetti

Pagi hari terakhir, Sekampung Cafe menghidangkan Nasi Lemak sebagai menu makan pagi.



Akhir kata, kami meninggalkan Teluk Dalam dengan berjaya mencapai matlamat iaitu "Eat, Relax & Love"... :)

Semoga bertemu lagi!

 

Eat, Relax & Love.... Teluk Dalam Resort, Pangkor Island (Part I)





Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor Malaysia... Destinasi pelancongan indah yang berlatar belakangkan suasana kampung. Dengan tema `A True Kampung Experience', resort ini menepati apa yang kami mahukan... Kami mencari makanan yang sedap, mahu berehat dalam suasana yang tenang dan mahu mengeratkan kasih sayang kekeluargaan antara satu sama lain. Pendek kata, "eat, relax and love... <3"



Jumaat February 24, Perjalanan kami ke Lumut mengambil masa selama kira-kira 3 1/2 jam. Dari Jeti Lumut, kami menaiki feri ke Teluk Dalam, Pulau Pangkor. Perjalanan menaiki feri ini tidak sampai 30 minit. Sampai sahaja di Jeti Teluk dalam, van resort telah menanti untuk membawa kami ke Teluk Dalam Resort.



 Jam 5.00 petang, kami sekeluarga memulakan pencarian kami yang pertama iaitu `EAT'. Minum petang kami cukup simple iaitu Bihun Goreng, Karipap dan Teh O/Kopi. Sekampung Cafe yang terletak berhampiran dengan pantai menyajikan kami bukan sahaja makanan Melayu yang lazat, malah hembusan bayu pantai yang nyaman.



Jam 6.00 petang kami bersantai di tepi pantai dengan pencarian kami yang kedua iaitu 'RELAX'. Angin sempoi-sepoi membuatkan Khayra terlena dibuai mimpi.




Selepas puas berada di tepian pantai, kami berjalan-jalan di sekitar resort sambil merakam pelbagai gambar yang menarik.

Barisan Pohon Kelapa


Ciku

Sukun

Jambu air

Begitulah suasana kampung sekitar resort ini. Chaletnya dengan reka bentuk rumah Melayu tradisional. Di sekitar chalet pula, banyak pohon buah-buahan. Kita sambung di Part II untuk aktiviti pada hari ke-2....



Untuk Part II klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...