Tuesday, January 31, 2012

Step by Step... Spaghetti with Meatballs (cuma guna 3 bahan sahaja)




Resepi hari ni cuma menggunakan 3 bahan sahaja. Untuk makan malam, saya cuma masak Spaghetti dengan Meatballs. Malas bukanlah penyebab yang mendorong saya memasak resepi yang mudah ini. Ini kerana saya amat penat untuk memotong bawang atau menyediakan masakan yang remeh-temeh.

Mudah dan simple tidak semestinya tak sedap. Yang penting adalah bahan-bahan yang kita gunakan. Untuk bebola daging, saya cadangkan supaya anda gunakan Beef Balls jenama Marina kerana bebola daging jenama ini adalah antara yang tersedap rasanya. Sos spaghetti pula pilihlah jenama Prego (Tradisi).


Maka tiga (3) bahan-bahan mudah adalah seperti berikut:



Spaghetti untuk 3 orang makan (lebih kurang 160gm)
Meatball (370gm - Beef Balls jenama Marina)
Sos Spaghetti Prego Tradisi (420gm)

Cara memasak dan menyediakan juga mudah.

Rebus spaghetti hingga lembut dan toskan.



Meatballs boleh direbus/kukus/goreng/bakar. Saya pilih kaedah bakar. Ikut sahaja panduan yang ada di belakang kotak meatball iaitu bakar bebola daging pada suhu 200 darjah selama 6 minit.



Panaskan sos Prego.



Cara menghidang:

Senduk spaghetti. Tuangkan sos dan kemudian letak meatballs atas sos. Siap!





Monday, January 30, 2012

Places for Makan... Popeyes (Louisiana Kitchen)




Orang Malaysia memang mempunyai citarasa International. Ayat pembuka entry saya kali ini akan saya persembahkan dengan bukti-bukti iaitu:

1. Kita semua suka KFC.
2. Kita semua suka McDonald's.
3. Kita semua suka Pizza Hut.

Disclaimer: Kalau anda tak suka, maka anda tak international ;)

Oleh kerana kita semua suka makanan-makanan Western, maka berpusu-pusulah jenama-jenama fast food yang mencuba pasaran di sini. Untuk memastikan pelaburan masuk ke Malaysia terus meningkat, marilah kita beramai-ramai terus sukakan makanan-makanan international ini :D



Antara new baby in the town adalah `Popeyes Louisiana Kitchen'. Walau bagaimanapun ayam goreng Cajun dari Louisiana ini hanya boleh dinikmati di sekitar Lembah Klang. Restoran Popeyes (bukan yang the Sailorman  the spinach eater tu okay!) ketika ini boleh didapati di Mid Valley, Sunway Pyramid, The Mines, e@curve dan Wangsa Walk.


Popeyes Mid Valley

Saya amat gembira dengan pembukaan 5 cawangan Popeyes di Malaysia kerana saya sukakan rasa ayam goreng Louisiana ini yang rangup dan berempah.  FYI, Popeyes berasal dari US dan dibuka buat pertama kalinya di Arabi, Louisiana pada tahun 1972. Nama Popeyes dipilih berdasarkan nama watak fiksyen dalam filem `The French Connection' iaitu Detective Jimmy Popeye Doyle.


Gene Hackman sebagai Jimmy Popeye Doyle

Menu utama di Popeyes Louisiana Kitchen tentunya ayam gorengnya yang lazat. Menu lain pula seperti seafood combos (ikan atau udang), burger dan rice bowl. Kunjungan saya ke Popeyes Mid Valley kali ini bersama Mr. Hubby. Saya makan set Ayam Goreng Popeyes dan Mr. Hubby makan set Firecracker Butterfly Shrimp.



Ayam Goreng

Firecracker Shrimp

Kentang gorengnya juga sedap menggunakan rempah-ratus Cajun. FYI, Cajun (Acadian) merupakan kumpulan kecil etnik yang ramai di Louisiana dan Texas.

Akhir kata, teringat masa makan di Popeyes Washington D.C. iaitu satu-satunya restoran Popeyes halal di US. Time tu, Hasya kecik lagi dan comel sangat! :)

Hasya di Popeyes DC

Popeyes DC

Saturday, January 28, 2012

Step by Step... 5 Minutes Nutella Mug Cake (Tanpa oven, tanpa mixer, tanpa loyang!)



Kepada kengkawan serta pelawat Life is Colorful yang tidak ada oven, hari ini saya nak berkongsi resepi cara buat kek sedap yang dibakar tanpa oven. Kek ini bakar guna microwave atau bahasa Melayunya `ketuhar mikro'.

Penyediaan dan membakar kek ini memang super-duper mudah sebabnya amat cepat siap dan cepat pula boleh dimakan. Anda cuma perlu beberapa minit (5 minit je tau!) untuk penyediaan dan pembakaran kek ini. Tanpa oven, tanpa mixer dan tanpa loyang! Anda cuma perlu sediakan mug dan garfu! Wow sungguh marvelous kan?




Resepi ini saya adaptasi dari blog babble. Menurut Babble, hasilnya adalah 'beyond amazing'. Di sini saya ingin mengesahkan bahawa, `beyond amazing' adalah frasa yang amatlah tepat untuk menggambarkan mug cake ini. Terima kasihlah buat Babble meskipun Babble tentu sekali takkan faham apa yang saya tulis ni. Walau bagaimanapun, Babble boleh gunakan google translator kalau nak baca juga puji-pujian saya ini hehehehe....

Bahan-bahan (saya bahagikan semua bahan kepada 2 bhgn sbb saya guna 2 mug)

4 sudu makan tepung naik sendiri
4 sudu makan gula (saya kurangkan jadi 2 sudu makan shj, 1 sudu makan utk setiap mug)
1 biji telur
3 sudu makan serbuk koko (saya guna 2 sudu makan)
3 sudu makan nutella (saya guna 2 sudu makan)
3 sudu makan susu segar
3 sudu makan minyak sayuran atau minyak zaitun

Nota: Resepi kek omputih selalunya memang manis sangat! Selalunya juga saya akan kurangkan sedikit sukatan gula.


Cara membuatnya

Gabungkan semua bahan dalam sebiji mug yang besar. Walau bagaimanapun, saya guna 2 biji mug. Mula-mula saya masukkan tepung naik sendiri. 2 sudu makan setiap mug.




Lepas tu saya masukkan gula. Cuma 1 sudu makan setiap mug. Saya kacau telur dalam mangkuk kecil. Lepas tu saya bahagikan separuh bahagian telur untuk setiap mug.



Saya masukkan pula serbuk koko. Saya guna cuma satu sudu makan bagi setiap mug.



Langkah seterusnya, saya masukkan satu sudu makan Nutella setiap mug.



Masukkan susu segar (1 1/2 sudu makan setiap mug) dan minyak sayuran/olive oil (juga 1 1/2 sudu makan setiap mug). Kemudian kacau sebati guna garfu sahaja. Anak dara saya sibuk nak menolong.





Masukkan ke dalam Microwave dan setkan suhu tinggi pada microwave anda. Saya set suhu 250 darjah pada microwave saya, kalau microwave yang guna high-low, sila setkan `high'. Masak 1 1/2 - 3 minit. Saya masak 3 minit tapi saya rasa sebenarnya 2 1/2 minit dah cukup kot hehehehe.

Nota: Tempoh memasak bergantung kepada suhu microwave anda.



Dah masak!

Super mudah kan? Bila dah masak, anda boleh tambah whipped cream dan coklat cair sebagai penyeri dan penambah rasa.



Saya pun bagilah satu mug kepada Mr. Hubby. Dia cakap "tak nak" sebab dia ingat saya buat air panas. Saya jawab, "tak nak sudah." Tetiba je dia mintak Nutella Mug Cake ni apabila dia realize yang sebenarnya saya tengah makan kek kikikiki...


Nak sikit ke?

Tamat


Step by Step...Ayam Panggang ala Kenny Rogers




Rasanya dah terlalu lama saya menyimpan impian untuk masak ayam panggang `whole bird'. Oleh kerana saya tidak mahu menunggu lebih lama, semalam saya beli seekor ayam yang belum dipotong.

Pagi-pagi lagi saya dah keluarkan ayam (defrost) supaya saya boleh mula menyiapkan resepi ini untuk hidangan tengah hari. FYI, resepi ini saya ambil dari dapur Ijan di Blogresepi. Menurut Ijan, resepi asal adalah dari dapur Kak Hamidah.



Ayam panggang yang dijual di Kenny Rogers memang sedap. Walau bagaimanapun, ayam panggang yang saya masak ni pun super sedap dan ala-ala Kenny Rogers. Bahan-bahannya pun tidaklah banyak dan mudah untuk disediakan.

Dengan penuh bersemangat untuk memulakan weekend yang riang dan gembira, mari kita mulakan resepi hebat dan awesome iaitu `Ayam Panggang ala Kenny Rogers'.


Bahan-bahan

1 ekor ayam

Bahan-bahan untuk perap ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – (saya ganti ngan sos tiram+kicap pekat + lada hitam)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mixed herbs - (boleh ganti dengan oregano dan basil flakes)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar

Sedikit mentega - (saya ganti dengan olive oil)


Cara Memasak

Bersihkan ayam dan letak ayam atas loyang. Kisar semua bahan perap (kecuali mentega/olive oil). Lumurkan keseluruhan bahan tadi pada luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.

Ini rupa mixed herbs

Ayam yang dah bersih



Perap selama 1 1/2 jam. Saya letak dalam peti sejuk.



Sapu sedikit mentega (saya guna olive oil) pada keseluruhan ayam . Panaskan oven 170-180 darjah dan bakar ayam selama 1 - 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. (untuk hasil yang cantik, terbalikkan ayam apabila sudah 1/2 jam bakar).



Nota: Saya pada mulanya nak letak atas loyang dan bakar seperti biasa. Tapi Mr. Hubby tetiba campur tangan dan offer untuk cucuk pada spit. Apa lagi, orang ngantuk disorongkan bantal ler jawabnya.

Saya ambil masa hampir 1 jam untuk bakar ayam ini. Diingatkan bahawa pembakaran adalah bergantung kepada saiz ayam dan tahap kepanasan oven. Kena rajin tengok dan rajin adjust.



Warnanya yang menawan kalbu

Hasilnya memang sangat memuaskan hati. Anda boleh hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. Saya hidang dengan kentang goreng sahaja. Nampaknya kami akan lunch dan dinner dengan menu yang sama! Hasta la vista!



Mr. Hubby punya


Saya suka yg quarter leg :)


Places for Makan... Hotdog 1901




Once upon a time semasa bertugas sebagai journalist, saya pernah membuat laporan khas mengenai Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin yang merupakan usahawan yang memperkenalkan 1901 Hotdogs di Malaysia.

Saya ketika itu, amat kagum dengan pencapaian Tengku Rozidar kerana memulakan perniagaan hotdog ini pada tahun 1997 dengan `berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian'. Tambahan pula kerana beliau seorang yang berani mencuba dan mendapat idea setelah melihat ramai orang berpusu-pusu di O'hara International Airport, Chicago untuk membeli hotdog. Yelah kan, hotdog bukannya makanan yang orang Malaysia hari-hari makan, lainlah kalau di US.



FYI, semasa mula-mula memperkenalkan hotdog 1901 yang lazat ini (hotdog terbaik di Malaysia!) harga hotdog ni cuma RM2.99. Sekarang ni dah lebih 2 kali ganda tau, meskipun begitu, kelazatan hotdog ini akan menyebabkan anda tahu kenapa anda sanggup membayar pada harga berkenaan.




Meskipun saya amat suka dengan kelembutan roti hotdog 1901 dan kelazatan pada sosej hotdog ini, saya bagaimanapun cuma pernah makan satu jenis sahaja hotdog 1901. Ini kerana, saya sudah sangat sukakan `New York Chicken'!


NYC ini takde pickle hijau sbb saya tak suka pickle hehehe

FYI, `New York Chicken' (NYC) merupakan hotdog paling laris di 1901. Selain daripada NYC, `Chicago Beef' juga ramai peminatnya (bagi penggemar hotdog daging lembu). Menu-menu lain adalah Texas Ted, Coney Dog, Minnesota Bites, Deutsch Doodle Dang, 1Malaysia dan beberapa pilihan topping lain yang tidak kurang menariknya.



Akhir kata, setiap kali saya terasa nak cuba menu 1901 selain NYC, saya akan terorder NYC juga. Akhirnya, saya akan makan NYC juga. Saya pun tak tahu bila saya akan makan hotdog perisa lain. Nampaknya, kena berani mencuba seperti mana Tengku Rozidar yang berani mencuba.. hehehehe...


Mr. Hubby terpengaruh makan NYC

Tak sabar nak tunggu sampai rumah, yum yum yum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...