Saturday, December 22, 2012

The Hobbit... Perjalanan Yang Tidak Kami Dijangka..

Sepatutnya, minda saya harus bijak dalam mencari padanan. Malangnya, mungkin kerana saya semakin dimamah usia, maka saya dengan mudahnya berjaya dibawa oleh Peter Jackson untuk menerokai perjalanan yang tidak dijangka. Dan, setelah lebih sedekad berlaku dan berlalu, akhirnya, kejadian yang sama berulang kepada saya.
 
Persoalannya, mengapa saya tidak ingat bagaimana hairan dan hampanya saya sewaktu menonton sekuel pertama `The Lord of The Rings' iaitu `The Fellowship of the Ring' pada Disember 2001? Bukan saya sahaja, malah hampir ke semua penonton dalam panggung GSC Mid Valley ketika itu mengeluh hairan mengapa filem ini tergantung pada penghujungnya. Sedangkan perjalanan Frodo dan rakan-rakan belum berakhir dan masih di peringkat pertengahan.
 
Rupa-rupanya, saya harus menunggu setahun kemudian untuk sekuel seterusnya iaitu `The Two Towers' dan setahun lagi iaitu pada Disember 2003 untuk sekuel terakhir trilogi ini.
 
Isnin lepas  Disember 17, 2012 (setelah 11 tahun berlalu menonton sekuel pertama LOTR), saya dan Mr. Hubby merancang untuk menonton The Hobbit. FYI, The Hobbit bukanlah sekuel kepada LOTR sebaliknya filem ini adalah prekuel iaitu 60 tahun sebelum cerita `The Fellowship of the Ring' bermula. Makanya, yang dapat saya agak adalah watak Bilbo Baggins yang bakal menjadi teraju utama dan bagaimana Bilbo mendapat cincin yang menjadi titik tumpu dalam LOTR.



Kali ini saya tidak mahu beratur panjang atau hampa kerana gagal mendapatkan tempat duduk di GSC Mid Valley. Justeru, tiket saya beli secara online. FYI juga, adalah amat mudah dan menyenangkan pembelian secara online ini kerana bukan sahaja boleh memilih tempat duduk malah boleh terus cetak tiket yang anda beli. Apabila sampai di pawagam nanti, hanya perlu scan tiket yang dicetak sendiri sewaktu hendak masuk menonton.




Maka, dapatlah saya dan Mr. Hubby menonton prekuel LOTR ini. Kebetulan pula Mr. Hubby sudah membaca novel JRR Tolkien ini. Saya cuma sempat lihat cover depan buku sahaja yang saya susun cantik di rak buku di rumah. Justeru, keterujaan Mr. Hubby pastinya lebih kerana dapat melihat watak-watak dalam novel tersebut hidup di layar perak. Tambahan pula, layar GSC MV ini lebih hidup kerana dihasilkan secara 3D.




Dan sepertimana tajuk yang Peter Jackson bawakan iaitu `The Hobbit: An Unexpected Journey', begitulah juga saya dan Mr. Hubby. We didn't expect! Rupa-rupanya filem ini juga dibuat secara trilogi.

Dan, saya harus menunggu Disember tahun hadapan untuk sekuel `The Hobbit: The Desolation of Smaug' dan Disember 2014 untuk `There and Back Again...' Arrggghhh, tension je.. By the way, filem ini memang awesome.

p.s.: Kena baca novel ler nampaknya ni.

 
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...