Sunday, December 2, 2012

Soldadu Maya Mencari Asam Pedas Melaka

Minggu lalu saya menghadiri kursus lagi. Wah, tahun ni nampaknya rancak juga saya berkursus. Dan kali ini saya ke Bengkel Pemantapan Soldadu Maya di Melaka, Bandaraya Bersejarah.
 
Bengkel 3 hari 2 malam ini dihadiri oleh askar-askar maya yang mana peperangan kami hanya menerusi laman maya sahaja iaitu menerusi media-media sosial. Jadi, tak perlulah bersusah-payah untuk berkawad, mengilatkan kasut, memanjat tembok atau berlatih memasang senjata M16 dan sebagainya hehehe...
 
Petang Rabu November 28, kami tiba di perkarangan Hotel Permaisuri Stadium Hang Jebat Melaka. Ini adalah kali pertama saya akan menginap di hotel ini. Hotel ni biasa-biasa sahaja.
 
Hotel Permaisuri, Stadium Hang Jebat
 
Lobi
 
Bagi sesiapa yang tidak cerewet, pastinya tidak akan mengeluh dengan kemudahan yang disediakan. Bagi sesiapa yang perlu ke kolam renang, gym, pemandangan yang indah, mandi di tub, refrigerator dan hair dryer dalam bilik, anda pasti tidak menjadikan hotel ini sebagai pilihan untuk bercuti. Tapi saya datang untuk berbengkel, jadi malas nak mengeluh, terima sahaja apa yang ada. Seperti kata salah seorang rakan di bengkel ini, "Cukuplah kalau ada katil untuk tidur". Dan bilik saya ada disediakan katil untuk tidur.. hehehehe....
 
Ada katil untuk tidur
Pemandangan dari tingkap bilik
Pemandangan stadium dari depan bilik
 
 
Bengkel bermula petang itu juga dengan dikelolakan oleh Encik Raj.
 
Encik Raj
 
 
Ketekunan R, Aris & Cepuzz
 
 
Oleh kerana saya tidak mahu membahagikan entry ini kepada 2 bahagian, makanya saya tidak menulis secara terperinci mengenai bengkel dan makanan-makanan di bengkel ni. Oleh kerana hotel ini biasa2 sahaja, maka makanannya pun biasa-biasa sahaja.  
 
Malam terakhir di Melaka, saya masih belum dapat merasa Asam Pedas Melaka. Justeru, perancangan dibuat untuk keluar pada malam kedua ini mencari asam pedas yang awesome. Sungguhpun bengkel melepasi jam 10 malam, namun niat untuk mencari asam pedas tidak terbatas dengan kegelapan malam. Kebetulan pula, adik salah seorang rakan bengkel iaitu Encik Shahzil datang untuk membawa kami mencari restoran asam pedas di Bandar Melaka ini.
 
Rupa-rupanya, tidak mudah untuk mencari restoran yang masih beroperasi sekitar jam 11 malam. Setelah mencuba nasib dan gagal di beberapa venue pilihan, akhirnya kami memilih untuk makan di Restoran Hajjah Mona, Taman Kota Laksamana. FYI, di Kota Laksamana ini memang banyak restoran-restoran asam pedas.
 
 
 
DJ Julia posing sementara menunggu asam pedas
 
 
Restoran Hajjah Mona dibuka dari jam 5 petang hingga jam 5 pagi. Restoran ni lokasinya di hadapan Hotel Casa Del Rio. Berdekatan dengan Sungai Melaka.
 
Pemandangan Casa Del Rio dari Restoran
 
 
Meskipun di restoran ni ada menawarkan menu-menu lain seperti nasi goreng dan bihun goreng, pastinya kami memilih untuk makan asam pedas. Maka, asam pedas ikan pari dan asam pedas daging tetel jadi pilihan hati.
 
Nasi putih didatangkan dengan telur masin dan timun
 
 
Kepada sesiapa yang pertama kali dengar nama `daging tetel', janganlah hairan pula. Memang dah namanya begitu. Daging tetel ni adalah daging yang ada lemak-lemak lembut. Syok gaklah makannya cuma tak boleh selalu, tinggi kolestrolnya.
 
Asam Pedas Daging Tetel
 
 
Berlemak-lemak daging ni
 
 
Dan ini Asam Pedas Ikan Pari. FYI, ada pilihan ikan lain juga. Tapi tak tahu kenapa, kami pilih untuk makan ikan pari.
 
Asam Pedas Ikan Pari
 
 
 
Sedap makan asam pedas di sini. Dah namanya pun makan asam pedas di Melaka, kalau tak sedap, tak taulah pula nak makan asam pedas di negeri mana. Saya cuma tau untuk cari asam pedas di Melaka dan Muar sahaja.
 
Julia & Salma
 
 
Esoknya sebelum pulang ke Ibu Kota, tiba-tiba je hotel tempat kami berbengkel tu hidangkan asam pedas ikan tenggiri untuk makan tengah hari. Jadi, 2 kali pula saya dapat makan asam pedas Melaka.
 
Menu makan tengah hari sebelum pulang
 
Close-up Asam Pedas
 
Akhir kata, dah sampai Melaka kan, kenalah makan asam pedas. Mission accomplished:)
 
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...