Wednesday, December 5, 2012

Pastinya Masakan Thai di Thai Thai...

Tajuk entry ni ada 3 perkataan `Thai'. Logiknya dan pastinya saya akan menulis tentang masakan Thai. Sungguh tidak dijangka pula, kalau tiba-tiba saya menulis tentang masakan Spanish atau Mediterranean. Sememangnya saya akan tulis mengenai masakan Thai yang lazat di Restoran Thai Thai.
 
 
 
Restoran Thai Thai ini merupakan salah satu restoran yang berada di bawah pengurusan SEA Cuisine Sdn Bhd. Syarikat ini menguruskan rangkaian restoran berasaskan masakan Thai yang beroperasi di Malaysia. Selain daripada Thai Thai, SEA Cuisine turut mengurus 12 restoran lain seperti Amarin Heavenly Thai (sedap makan kat sini), Bangkok Jam, Basil, Absolute Thai, Mr Tomyam, Busaba dan beberapa lagi (tak larat nak taip). Ke semua rangkaian restoran SEA Cuisine ini menjamin citarasa yang hebat bagi penggemar masakan Thai. FYI, SEA Cuisine dah lama bertapak di Malaysia iaitu sejak tahun 1999 lagi.
 
 
 
Thai Thai yang saya pergi ni terletak di Sunway Pyramid. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
 
Sedikit foto ruang dalam Thai Thai yang sempat saya snap.
 
 
 
Hiasan
 
Lampu yang indah

 
 Jom tengok apa yang saya dan Mr. Hubby order.
 
Steamed Siakap with lime
 
 
Tomyam Prawn
 
 
Sizzling Beef Black Pepper
 
Papaya salad
 
 
Saya juga order Thai Thai Fruit Punch. Sedap juga jus buah ni. Tak tahulah campuran buah apa dan apa, cuma lidah saya dapat tangkap rasa nenas yang agak ketara.
 
Thai Thai Fruit Punch
 
 
Saya memang suka masakan Thai. Jadinya, memang sedap sangatlah makan di sini. Menu yang kami pilih pun sedap-sedap, kecuali Sizzling Beef Black Pepper yang kurang sedap sikit. Steamed Siakap tu adalah masakan yang paling awesome dalam menu kami.
 
Sesi menjamu selera
 
 
Tomyam Udang pun sedap
 
 
Jumpa lagi. Terima kasih kerana sudi baca:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...