Friday, December 7, 2012

Pasta Lazat di Friday's & Life of Pi...

Bagaimanakah untuk hidup di tengah lautan bersama seekor harimau?

Believe the Unbelievable
 

Itu adalah persoalan menarik yang dipaparkan menerusi filem `Life of Pi'. Walau bagaimanapun, entry ini saya mulakan dengan soalan seterusnya: Apakah hubungan antara TGI Friday's dengan `Life of Pi'? Apakah hubungannya ye?  Hmmmmm....

Jawapan: Antara TGI Friday's dengan filem Life of Pi memang tidak ada hubungannya. Watak utama iaitu  Piscine Molitor Patel atau dikenali sebagai Pi, tidak ada babak makan pun di Friday's. Hubungan antara kedua-duanya adalah, saya dan Mr. Hubby makan malam di Friday's dan kemudiannya menonton `Life of Pi'. Memang hari yang hebat kerana dinner dan movie yang sungguh hebat!

TGIF
 

Venue pilihan kami tentunya Alamanda, Putrajaya. Kita cerita tentang Friday's dulu ye. Malam ini kami pilih untuk cuba pasta. Shrimp & Chicken Pasta.


Kepingan ayam dan udang besar.. yummy!
 

Seperti biasa mesti order tulang rusuk yang sedap (meskipun back ribs di Bubba Gump masih yang paling sedap) dengan sos Classic BBQ.

 

Dan dessert untuk menambahkan lagi berat badan iaitu Blondie Fudge with ice-cream. Sedap sangat tapi merbahaya untuk dimakan selalu.

Blondie Fudge with Vanilla ice-cream
 

Habis makan, barulah kami memasuki kehidupan Pi Patel. Caranya dengan memasuki pintu Golden Screen Cinema, Alamanda :D



GSC Alamanda

 

Filem Life of Pi ni dipersembahkan dalam format 3D. Memang menarik giler. 

Spek 3D


Mr. Hubby dengan spek 3D
 

FYI, filem ni cuma agak bosan sedikit pada permulaannya. Itupun kerana hendak menyampaikan sedikit latar belakang kehidupan Pi Patel. Keterujaan akan melonjak naik bermulanya babak kapal karam di Lautan Pasifik. 

 

Segala-galanya menjadi menarik kerana Pi Patel terpaksa meneruskan hidup bersama seekor Harimau Bengal setelah sama-sama survive daripada nahas kapal yang dinaiki. Nama harimau yang ganas tu ialah Richard Parker. Harimau tetap harimau sekalipun manusia cuba untuk berbaik-baik. Justeru, diperlihatkan bagaimana sukarnya Pi untuk mengharungi kehidupannya setiap hari, mencari makanan, minuman dan memastikan Richard Parker sentiasa kenyang supaya tidak menyerang Pi sendiri. Harimau itu pula, sentiasa cuba untuk membaham Pi. Berhati-hati sewaktu menonton, kerana format 3D akan memberikan efek yang berlebihan kepada penonton. Seolah-olah anda yang akan dibaham oleh Richard Parker hehehe.

 

Persoalan seterusnya: Bolehkah seekor harimau bertoleransi dalam menempuh survival hidup? Apakah nasib Pi Patel? 

Saya cadangkan anda tontonlah filem ini kerana anda tidak akan berasa rugi. Jalan cerita yang menarik, cinematografi dan grafik yang hebat. Malah, marilah kita  berasa bangga kerana animasi 3D Life of Pi mendapat sentuhan daripada anak-anak tempatan. Ya, syarikat tempatan yang beroperasi di Cyberjaya iaitu Rhythm & Hues.

Ekoran rasa kagum yang amat, maka saya beli buku Life of Pi di MPH. Almaklum, baca novel tulisan Yann Martel ni akan membuatkan saya lebih faham dan menghayati cerita sebenar tentang Pi Patel. 

Novel terbaruku
 
 
FYI, sangat tak rasa rugi pun beli novel ni. Saya cuma rasa awesome je sebab dapat menambah koleksi buku di rak buku saya. Sekian.  

2 comments:

J.Syazwana said...

Ahad lepas pon baru mkn kat tgif alamanda. Sedappppp. Hihi

weezana said...

Cuba makan western kat Bubba Gump Sunway Pyramid.. pun sedap.. saya punya favorite :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...