Monday, December 17, 2012

Jakuzi & Waterpark di Gold Coast Morib... Part II

Sambungan dari Part I.

Kami tidak berlama-lama di pantai memandangkan tidak ada aktiviti yang dapat dilakukan selain daripada melihat pemandangan dan berjalan-jalan seketika. Justeru, kami meneruskan langkah bersiar-siar di sekitar resort.




Kereta merah

Kereta kuning


Ada banyak hiasan menarik sempena krismas yang akan menjelang seminggu dua lagi.

Anak rusa

Rusa lagi

Santa & Rusa-rusa


Semasa hendak naik ke bilik, taman tema air yang terletak di tengah-tengah bangunan hotel telah pun dibuka. Kemeriahan pengunjung yang sedang mandi-manda menarik perhatian Hasya.
 
Waterpark di tengah-tengah bangunan
 

Justeru, kami pulang ke bilik untuk bertukar pakaian. FYI, waterpark di Gold Coast Morib ini dibuka kepada semua orang sama ada anda menginap di sini atau pun datang semata-mata ubtuk mandi manda. Bayaran yang dikenakan adalah RM35.00 untuk dewasa dan RM20.00 untuk kanak-kanak. Makanya, Hasya kenalah bayar tetapi Khayra masih dalam kadar umur percuma iaitu 2 tahun ke bawah.
 
Pintu masuk ke waterpark
 

Bermulalah pula aktiviti mandi-manda di taman tema air Gold Coast Morib.
 



 

Oleh kerana saya terpaksa menjaga 2 orang budak, yang mana salah seorang daripadanya perlu didukung, maka, kurang banyaklah gambar yang dapat saya ambil.
 
Permainan budak2

 
 

  
Life guard

Kolam Kanak2

Hasya dan buaian air

 
 
Sejam dua jugalah kami berada di taman air ini, barulah kami naik semula ke bilik. Kali ini bersiap-siap untuk keluar makan tengah hari menantikan Mr. Hubby yang akan lunch break kira-kira jam 12 tengah hari.
 
Khayra tertidur keletihan
 
 
Kali ini kami ke Pantai Morib yang jaraknya lebih kurang 5km dari hotel. 
 

 

Kami tidak merancang untuk makan di sini. Justeru, kami order untuk bawa pulang 3 bungkus nasi ayam. Sambil tunggu tempahan, tiba-tiba sahaja terasa nak makan sotong bakar dan tauhu bakar. Order jangan tak order.
 

Sotong Bakar

Tauhu Bakar


 

Minum jus kedondong juga.
 
 

Aktiviti petang itu bersambung di water park lagi dan kemudian dalam jakuzi lagi. Nampaknya, aktiviti waterpark dan jakuzi adalah aktiviti yang paling menarik di resort ini. Lupakanlah aktiviti-aktiviti lain. Waterpark, jakuzi, waterpark, jakuzi......

Awal pagi Sabtu, kami harus bergegas pulang ke rumah. Mr. Hubby ada kelas dan exam pagi ni. Kali ini kami nak cuba jalan pulang yang lain. Tak nak dengar cakap GPS kerana kami tahu ada lebuhraya SKVE yang berdekatan dengan rumah kami. Makanya, kami ikut lebuhraya baru yang hanya ambil masa 30-40 minit sahaja untuk sampai ke rumah. Jalan tu takde dalam GPS.
 
Ikut Tol teluk Panglima Garang. Agaknya memang garang panglima tu...
 

GPS kata kami jalan atas rumput waka waka :D
 

Sempat makan pagi di restoran mamak lagi sebab sampai awal.
 
 

Sekian.

4 comments:

Jom Cantik Dengan Collagen said...

Mmg waterpark aje aktivitinya kak. Org tak sempat nk ke pantai pun ri tu. Jakuzi best kan..ngeeee hubby org nk mandi pun tak senang sbb ada dua budak kecik yg nak ngintai

weezana said...

Ha'ah memang waterpark ngan jakuzi je aktiviti nya. Kitrg tutup tingkap tu supaya budak2 tak ngintai hehehe :D

schmellow said...

cute nya si kecik tu

weezana said...

cute & nakal hehehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...