Monday, December 24, 2012

Cherating Riang Ria (Ep. 3: Satar Kemaman & Patin di Titik Tengah)

.
Bersambung dari episod 2.

Bangun keesokan paginya, cuaca kelihatan cantik dan panas. Walau bagaimana pun, tak sampai tengah hari, hujan mula turun mencurah-curah. Pagi ini saya dan budak-budak tak ada aktiviti. Kami cuma berkemas-kemas di bilik menunggu Mr. Hubby pulang dari penutup kursus. Sebenarnya, saya dah tak sabar nak makan keropok lekor. Sejak 2 hari  menjejakkan kaki di bumi Cherating ni, sekeping kopok lekor pun belum dapat saya jamah.

Kursus Mr. Hubby tamat kira-kira jam 12 tengah hari dan kami terus mengalihkan barang-barang ke kereta untuk check-out. Yang lecehnya, hujan masih lebat dan menyukarkan kami. Yang menariknya pula, Mr. Hubby kata, kami akan cari keropok lekor di Kemaman. 

FYI, jarak antara Cherating ke Kemaman, Terengganu tidaklah jauh. Hanya memakan masa 15-20 minit sahaja. Kejap je kami dah melepasi pintu gerbang `Allah Peliharakan Sultan dan Sultanah Terengganu'.

Dekat je Kemaman dari Cherating

Sepanjang perjalanan ke Kemaman ini, memang ada banyak pilihan gerai yang menjual keropok lekor dan satar. 




tak taulah DBP dah masuk `Gorpis' dalam kamus ke belum...

Kami memilih untuk berhenti di Kedai No. 8 (Kedai Keropok Cap Ikan Tenggiri) yang berdekatan dengan INTIM (Intan Wilayah Timur). 


Makan & Shopping kat sini

Kami order Satar, Keropok Lekor dan Sate Ikan.


satar 10 ketul

Keropok Lekor

Sate Ikan

Suka pulak dia ngan Sate Ikan

Baby ni bagi makan kopok lekor je

Sebenarnya, seumur hidup, saya tak pernah makan satar. Saya tak tahu macam mana rasa satar. Jadi excited benar ni nak rasa satar. Masa mula-mula tengok satar pun saya tak tahu yang dibungkus dalam daun itulah namanya satar (fakta yang memang sengal hahahaha). 


satu cucuk tu 10 ketul


Rupa-rupanya, satar ni rasa ikan (wakaka). Bezanya dengan otak-otak, satar ni pedasnya lain sikit. Macam guna cili api je. saya takdelah suka sangat. Biasa-biasa je.



Hasya's first satar

Lepas makan, haruslah tengok macam mana puan-puan yang mesra pelanggan ini menguli keropok lekor.





goreng kalau ada yang nak makan panas-panas

Masuk dalam bekas yang tidak digoreng

Bungkus bawa pulang

Lepas tu, barulah aktiviti memborong di kedai keropok. Banyak jugalah belinya. 




Dan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur diteruskan. Oleh kerana perut yang telah diisi dengan pelbagai makanan sebentar tadi, maka kami tidak berhenti makan nasi di Kemaman atau di Cherating. Perjalanan diteruskan untuk makan tengah hari di titik tengah Semenanjung. Apakah? Titik Tengah? 

Kepada anda-anda yang tidak pernah terfikir, cuba fikir seketika, "Di manakah titik tengah Semenanjung Malaysia?" Tak rugi tau menambah pengetahuan. Manalah tahu satu hari nanti anda disoal tentang perkara ini dan soalan anda itu bernilai RM1 juta di peraduan Money Drop atau Who Wants to be the Milionaire hehehe.... Jom kita tengok kat mana titik tengah ni.




Menurut Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Temerloh berada di titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu kordinat x 469519.6934 dan y 386338.7621.




Nampaknya, Bandar Temerloh bukan sahaja popular sebagai `Bandar Ikan Patin', malah berada sebagai `Bandar Titik Tengah Semenanjung Malaysia'. Walau bagaimanapun, maaflah ye, "titik tengah" tak boleh makan. Makanya, kami akan makan `ikan patin' sahaja hehehe.


Temerloh

Nampak tak ukiran ikan patin (fyi bukan dugong ye)

Kami pilih untuk makan di Kedai Ali di tengah-tengah bandar Temerloh. Tak tahulah kedai ni cukup tengah tak dengan kordinat titik tengah tu. Yang pentingnya, gulai ikan patin di sini memang pedas.






Kurang pula saya ambil gambar di sekitar Temerloh ni. Mana taknya, kejap hujan lebat kejap hujan renyai-renyai. Selesai makan, kami teruskan perjalanan pulang ke Ibu Negara. 

Akhir kata, perjalanan 3 hari 2 malam ke Cherating ini sungguh banyak riang rianya kerana sungguh banyak makanannya. Lain kali kita ke Kuala Terengganu pula ye. Boleh makan sotong celup tepung:)

Sekian.


2 comments:

Rohana Harun said...

Sis syer nk kongsi cerita, if klau sis nk mkn keropok yang paling sedap, dari kl ke kemaman, lalu cherating dulu kan pastu chendor...
Before masuk pintu gerbang kemaman, ade stesen shell kat sebelah tuh ade kedai keropok cap delima...keropok situ segar2
Sdap snggt...ramai customer dyer tiap2 ari...syer selalu mkn kat situ...

weezana said...

Wah... ye ke? Terima kasih syer.. Lain kali kalau saya sampai kat sana, leh la singgah.. suka2... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...