Sunday, December 23, 2012

Cherating Riang Ria (Ep. 2: Barbeque pula)

Bersambung dari episod 1.
 
 
Jam 3 petang, saya bawa Hasya dan Khayra bersiar-siar melihat kawasan pantai yang hanya memakan masa 2 minit berjalan dari bangunan hotel.

 
 
 
 
Angin Laut China Selatan bertiup mesra menyapa ke pipi kami.


 
 
Ada kawasan berehat untuk pengunjung hotel.






Khayra beberapa kali cuba untuk mengopek cengkerang yang menghiasi simen kawasan rehat ini.

 

 
Hampir tidak ada sesiapa pun yang mandi kerana ada tanda amaran mandi di sini.

 
 
Juga ada amaran serangga pasir yang akan menggigit.

Ada tulis ubat-ubat untuk sesapa yang kena gigit


Pantai ini juga bukan sahaja dikunjungi oleh manusia, malah oleh lembu-lembu (disclaimer: ini bukan ayat metafora).

lembu pulang petang
 
 
Pulang dari bersiar-siar di pantai, kami melihat-lihat Eastern Pavilion iaitu resort boutique yang terlatak bersebelahan dengan Holiday Villa. Eastern Pavillion ini di bawah pengurusan yang sama dengan Holiday Villa. Bezanya resort boutique ini bertaraf 5 bintang.

 
 
 
FYI, ada 12 villas di Eastern Pavillion yang mana villa-villa ini diberi nama mengikut negeri-negeri di Malaysia. yang paling marvellous, setiap villa ada kolam renang persendirian yang berbentuk perahu.



 
 
Fakta tambahan: Setiap villa juga disediakan tempat parking sendiri. Pulang dari Eastern Pavillion, kami sambung aktiviti di kolam mandi. Kemudiannya menanti Mr. Hubby pulang untuk sama-sama ke pantai kerana ada aktiviti sukaneka.

Jam 5.30 petang, sukaneka bermula. Permainan kanak-kanak membuka tirai. Hasya turut serta untuk merebut hadiah.



Seterusnya permainan untuk Mr. Hubby pula. Main lilit-lilit tisu sampai jadi mumia macam cerita The Mummy (bukan Mami Jarum).




Encik Sharul
Encik Azizie giat memummy


Permainan tak dapat diteruskan kerana hujan turun dengan lebatnya. Kami berlari-lari pulang (menyelamatkan diri) ke penginapan masing-masing. Foto tak dapat diambil kerana saya sibuk menyelamatkan diri.

Malam pula berlangsungnya aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu Dinner Barbeque + Cabutan Bertuah. Seperti biasa, ambil gambar makanan.

Mengambil makanan yang telah dipanggang




Barbeque yum yum


Lepas gendang gendut tali kecapi, cabutan bertuah pun bermula. FYI, semua peserta kursus memang bertuah malam ni. Yang membezakan adalah hadiah yang setiap individu dapat dan cara bagaimana denda untuk mendapatkannya. Mr. Hubby kena tutup satu badan guna alas meja, sewaktu pilih hadiah.





Dan dia berjaya ambil kotak yang besar.



Oleh kerana semua orang dapat hadiah, semua orang tidur dalam senyuman.

En. Sharul dan Pn. Odah



Bersambung di episod 3 (akhir).

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...