Sunday, December 23, 2012

Cherating Riang Ria (Ep. 1: Seafood Heaven)

Selasa lepas kami sekeluarga ke Cherating, Pahang. Sekali lagi saya ambil kesempatan untuk bercuti kerana menemankan Mr. Hubby yang berkursus selama 3 hari 2 malam. Kebetulan pula My Boss ada lawatan kerja ke Indonesia selama 3 hari 2 malam juga (wow,tarikh yang sama!). Jadi, bolehlah saya cuti-cuti Malaysia hehehehe....
 
FYI, 10 tahun yang lalu saya pernah ke Cherating. Tapi serius saya tak ingat details. Dah lama sangat. Lagipun tak bermalam pun di Cherating. Saje jalan-jalan sebab kebetulan dah sampai ke Kuantan. Justeru, percutian ke Cherating kali ini saya rasakan seolah-olah kali pertama dalam hidup. Saya juga pernah beli `Cherating' ketika main monopoly a.k.a Saidina versi Malaysia :D
 
Apa agaknya yang ada di Cherating ye?
 
Perjalanan ke Cherating dari rumah kami memakan masa kira-kira 4 jam 30 minit.  Sepanjang jalan memasuki ke kawasan peranginan pantai ini saya dapati Cherating bukanlah sebuah `bandar'.

Pemandangan berdekatan Holiday Villa


Saya juga hampir enggan menggunakan perkataan `pekan' kerana kawasan ini sebenarnya kelihatan agak luar bandar meskipun mempunyai pelbagai pusat peranginan terkemuka. Mungkin juga kerana mahu mengekalkan keindahan semulajadi pantai. Justeru, pembangunan harus dielakkan bagi memastikan kestabilan ekosistem sedia ada.

Cuaca juga tidak menentu di Cherating. Hujan turun renyau-renyai, sesekali pula turun dengan lebat.

Jumpa lembu di tengah jalan
 
 
Kami terus menuju ke hotel penginapan iaitu di Holiday Villa Cherating. Tentunya terus check-in dan melihat sekitar bilik. Kami diberi sebuah King Bed dan sebuah Day Bed.

Holiday villa

melangkah ke Beranda
 
 
Cantik juga kawasan hotel ini. yang menariknya, Holiday Villa Cherating mempunyai 2 kolam mandi (2 kolam dewasa dan 2 kolam kanak-kanak). Hasya sangat teruja melihat kolam-kolam mandi yang luas dan banyak.


Dari Beranda Bilik Kami

kolam 1

Kolam 1 shot dari arah pantai
 
Kolam 2

 
Hotel ini juga menyediakan pilihan chalet (rumah kayu) untuk pengunjung yang mahu menginap dalam suasana tradisional.

Palace Villa


Oleh kerana tujuan utama ke Cherating ini kerana Mr. Hubby yang menghadiri kursus, maka, Mr. Hubby agak sibuk dengan jadualnya yang padat. Jadi, kami tak ada aktiviti dari lewat petang hingga ke lewat malam. selepas Mr. Hubby habis kursus untuk malam tersebut, barulah dapat kami sekeluarga keluar makan malam (atau makan tengah malam lebih tepatnya). Restoran Pak Su Seafood Sri Pelabuhan jadi pilihan.

tengah malam cari makan





Sedap tau makan seafood kat sini. Hasya paling suka makan kupang masak pedas.

Kupang Pedas

Puyuh Goreng Kicap

Ikan Bakar

Tomyam Sotong


Malam pertama di Cherating ni kami tidur dengan perut yang amat kenyang. Mr. Hubby dua kali kenyang sebab makan di kursus dan kononnya `terpaksa' makan lagi bersama kami bertiga waka waka :D

Esok pagi, kami semua bangun awal pagi kerana ada 2 kupon untuk sarapan pagi. Memang awesomelah urus setia sebab sediakan 2 kupon sarapan untuk setiap bilik. Kami sarapan di Beach Restaurant. Pergghhh, restoran ni mengadap laut tau.

Beach Restaurant

Hasya yang ceria walaupun belum mandi

Eastern bertemu Western

Nampak je sedap


Meskipun makanan yang disediakan kurang sedap, tapi suasana yang nyaman berjaya menenangkan perasaan. Rasa best je bila sesekali ditiup bayu pagi.

Pastinya selepas sarapan pagi dan Mr. Hubby ke Istana Ballroom untuk berkursus, saya dan dua budak kecik bersiap untuk ke kolam mandi. Aktiviti di kolam memenuhi banyak masa kami di Cherating ini.




Bersambung di Episod 2.

 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...