Friday, November 2, 2012

Penang & Kedah... Singgah Seketika Menjamu Selera... Part II

Sambungan daripada Part I.
 
Habis makan, sepatutnya kami ke rumah fakir miskin untuk menyaksikan majlis penyerahan sumbangan kepada individu tersebut. Pak Menteri nak datang melawat rumah fakir miskin yang pada sebelah paginya ramai orang dah turun untuk gotong-royong memperbaiki rumah tersebut.
 
Malangnya pemandu kenderaan yang kami naiki telah tersalah faham. Maka, tidaklah kami ke Pekan Atap di Gurun, sebaliknya pemandu kami terus membawa kami menuju ke Pulau Mutiara hahaha nak hantar kami balik tu. Menyedari kami sudah melepasi Sungai Petani, barulah saya perasan yang kami sebenarnya sedang dihantar pulang oleh Encik Pemandu. Oleh kerana sudah agak terlambat untuk berpatah balik, My Boss minta Encik Pemandu hantar kami ke tempat jualan Jeruk-jeruk.

Jambatan Pulau Pinang
 
 
Untuk membeli Jeruk dan buah pala, tentunya kami ke sekitar Bazar Chowrasta yang berdekatan dengan KOMTAR Penang. Hujan mula turun di Pulau Mutiara.

Komtar, mercu tanda Pulau Pinang
 
 
Jeruk Madu Pak Ali jadi pilihan kami. Wah, warna-warni jeruk sungguh kedai ni. Mata jadi rambang untuk memilih. Tapi saya tak beli banyak, cukuplah sepeket dua je.

Jeruk madu Pak Ali

Buah Salak


Jeruk Campuran
 
 
Keluar dari kedai jeruk, My Boss ternampak peniaga yang sedang menggoreng buah berangan. Nampaknya My Boss memang suka buah berangan ni. Tokey ni pulak pandai, terus je dia bagi dua-tiga biji untuk tester.

Buah berangan

Atas kuali

Tu dia tokey huloq buah berangan
 
 
Buah berangan panas-panas memang sedap sangat. Perggghhh, susah nak dinyatakan rasanya. Wangi dan sedap.

Yum Yum
 
 
Maka, terbelilah sorang sebungkus buah berangan super honey ni.

Tokey sedang membungkus buah berangan madu

Saya punya, bos belanja hehehe
 
 
Selesai membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ini, kami pun menuju ke lapangan terbang. Jam 6:15 petang, saya telah berada jauh di atas awan, meninggalkan Pulau Pinang yang saya rindui. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

 
 
Pulau Pinang, semoga kita bertemu lagi!
 


2 comments:

Hazmin said...

Saya kalau bab jeruk ni memang kurang sikit nak makan.. :)

weezana said...

saya pun sama.. beli utk buah tangan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...