Monday, November 12, 2012

Makan Apa di Majlis Resepsi Chong Wei-Mei Choo? Part II

Sambungan dari Part I.
 
Majlis bermula dengan perarakan masuk pasangan mempelai ke dalam dewan dengan diiringi lagu romantik, 'Colors of The Wind' nyanyian Vanessa Williams. LCW duduk sebagai raja sehari diapit oleh YDP Agong dan Dato' Seri Najib.
 

 
 
Hidangan makan beradab mula dihidangkan kepada para tetamu.
 
makanan nak dihidang
 
 
Eh, ada buku menu di atas meja. Hmmmm... Makan Apa tu?
 
buku menu
 
 
Pembuka hidangan adalah `Symphony of Seafood'. Hidangan ni ala-ala sushi gitu. Ada scallop (kekapis), udang serta salmon dengan telur puyuh.
 
 
 
Hidangan kedua pula adalah sup. Pada buku menu ditulis `Soup potato and Leek'. Bolehlah tahan sup ni, rasa macam mushroom soup yang makan di pizza hut tu. Turut dihidang, roti dengan mentega. Boleh juga kalau nak cicah dengan sup.
 

 
 
Sambil-sambil makan, tetamu dihiburkan dengan lagu-lagu cinta. Antara penyanyi yang mendendangkan lagu malam itu ialah Suki dan Manbai.
 
suki
 
 
Hidangan diteruskan dengan menu utama iaitu `Oven-baked Atlantic Cod Fillet'. Sedap gak la rasa ikan cod ni. Sos pada ikan ni pun sedap rasanya.
 
 
 
Masa untuk pencuci mulut. Hidangan yang disajikan adalah `Lychee and Lime Panacotta'. Inilah hidangan paling sedap untuk malam ni. Semua tetamu semeja dengan saya, memuji kelazatan puding laici ni.
 
Cantik kan?

abis sudah
 
 
Akhir sekali, tetamu dihidangkan dengan `minardises' atau French pastries. Dan saya nampak ada macaroon warna pink. Manis-manis pastries ni.
 
 
 
Hidangan sudah sampai pada penghujungnya. LCW dan isteri juga sedang memotong kek perkahwinan 6 tingkat mereka.
 


 
 
 
Sungguh penat malam ini. Adalah juga terasa kenyang tetapi macam kurang sesuatu. Hahaha... perasan tak menu malam ni semuanya Seafood? Sebagai chicken-eater, saya rasa yang saya tak berapa kenyang... tapi saya faham akan pemilihan menu ni. Tetamu LCW terdiri daripada pelbagai bangsa, justeru seafood adalah pilihan terbaik untuk menjamu semua orang.
 
Sekian.
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...