Monday, November 12, 2012

Makan Apa di Majlis Resepsi Chong Wei-Mei Choo?

Saya pun tak tahu bagaimana saya boleh berada di salah sebuah meja tetamu pada Majlis Resepsi Dato' Lee Chong Mei-Datin Wong Mei Choo di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) 9 November yang lalu. Yang saya tahu, LCW sebenarnya mengundang bos saya dan saya ni cuma menemani bos sahaja hehehehe...
 
 
 
Wah excited je bila bos ajak ke majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara ni. Keterujaan ini bukan sahaja kerana saya akan ke sebuah majlis resepsi yang hebat, Wedding of the Year, juga kerana ini adalah buat pertama kalinya saya ke majlis resepsi Malaysian Chinese.  Teruja nak tengok, apa hidangannya untuk dinner. Tambah teruja apabila mendapat tahu, kenamaan-kenamaan negara yang akan turut hadir pada majlis ini seperti DYMM YDP Agong, PM dan TPM.
 
Kira-kira jam 8 malam, saya dan bos telah tiba di dewan KLCC yang mana akan berlangsungnya majlis resepsi LCW. Ramai sungguh penyambut tetamu yang menanti memandangkan 1,500 jemputan yang hadir malam ini merupakan kenamaan negara serta pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan. Dewan sungguh bergemerlapan dengan lampu-lampu indah yang berwarna-warni.
 
 
 
 
Setiap meja dihias indah dengan bunga-bunga mawar segar. Gubahan bunga rose pink, light yellow dan putih mencuri perhatian ramai.
 
Cantiknya bunga


Macam tak caya je bunga real

bunga rose tu memang real
 
 
Ada beg cenderahati yang diletak atas kerusi. Di atas meja juga ada goodies yang menanti setiap tetamu. Comel dan nampak eksklusif. Cenderahati tetamu ini mengandungi coklat, produk-produk tajaan CNI, buku perkahwinan dan gubahan kreatif tuala comel yang digubah menjadi bulu tangkis.
 
Beg cenderahati


Goodies atas meja


bulu tangkis comel
 
 
Susunan alas pinggan, sudu, garfu dan pisau juga mengikut protokol majlis. Tak mengapa kalau tak tahu nak gunakan yang mana dahulu kerana boleh lihat tetamu bersebelahan dahulu dan tirulah insan di sebelah anda itu.
 
Ambil sudu/garfu paling luar dahulu hehehe
 
 
Disediakan juga 2 jenis minuman iaitu air kosong suam dan juga minuman sejuk berperisa nenas yang ditambah dengan aroma daun pudina. Saya juga mengambil satu lagi minuman iaitu iced lemon tea.
 
minuman berperisa nenas + pudina
 
 
Di sekeliling dewan, diletakkan skrin besar untuk memudahkan tetamu menonton video-video perkahwinan LCW, juga bagi mengikuti majlis dengan lebih dekat. Almaklum dewan yang luas menyukarkan tetamu melihat LCW tanpa bantuan skrin.
 

 
 
Majlis bermula kira-kira jam 9 malam dengan ketibaan YDP Agong bersama Permaisuri. LCW dan isteri dibawa mengadap YDP Agong dahulu sebelum mereka memasuki dewan. istimewanya, LCW menghadiahkan pasangan diraja itu raket badminton.
 
YDP Agong, Permaisuri & PM

LCW & isteri masuk mengadap

Memberi hadiah

Pasangan pengantin bergambar kenang-kenangan dengan pasangan diraja
 
Dah panjang pula entry ni. Bersambung di Part II.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...