Thursday, November 15, 2012

Golden Palm Tree, Indahnya Syurga Pantai ...Part III

Bersambung dari Part II.
 
Pemandangan resort pada waktu malam memang sangat indah. Cahaya lampu dari villa-villa berpenghuni memberikan kesan indah yang menakjubkan.
 

Sangat indah

Villa kami

Close-up lagi
 
 
Malam sudah semakin larut. Hasya tiba-tiba sahaja mohon untuk tidur dalam khemah. Huh, dah ada katil empuk, khemah juga jadi pilihan. Maka, khemah pink comel, dipasang di ruang tengah villa.
 
 
 
 
Anak dara sorang tu bermalam dalam khemah lah nampaknya.

 
 
Tengah malam hingga ke awal pagi hujan turun dengan lebatnya. Keesokan pagi, saya bangun awal sedikit. Sejak dari awal lagi saya sudah merancang untuk keluar berlari dan menghirup udara segar di pagi hari.
 
Saya berlari dari awal dahan ke hujung dahan Golden Palm Tree ini. Saya berjaya habiskan 4 dahan di sebelah kanan pokok.


Pagi yang indah





 


Bangunan Gymnasium
 
 
Keletihan dan masa yang terhad menyebabkan saya harus berlari di sepanjang batang pokok pula. Saya harus kejar masa kerana perlu menyiapkan budak-budak untuk makan pagi di Restoran Bila Bila. Walaupun begitu saya gagahkan juga untuk berlari ke bangunan lobi untuk melihat Smiley Beach pada waktu pagi.

berlari ke Lobi
 
Menghampiri Bangunan Lobi
 
FYI, Golden Palm Tree menyediakan sebuah pantai persendirian untuk para tetamu resort. Private beach ini dikenali sebagai Smiley Beach. Untuk ke pantai ini, anda hanya perlu berjalan 1 minit sahaja dari lobi. Saya akan tulis lebih panjang mengenai pantai ini pada Part IV nanti.


Smiley Beach di pagi hari
 
 
 
Pulang berlari, pagi sudah semakin terang. Budak-budak masih lena dibuai mimpi. Hasya tidak lagi tidur di dalam khemah, tak pasti bila dia beralih ke atas katil. Takut terlewat bersarapan, saya kejutkan budak-budak dan Mr. Hubby untuk mandi dan bersiap. Jam 9 pagi, kami berada sekali lagi di restoran Bila Bila untuk bersarapan. Sarapan pagi adalah termasuk dengan pakej penginapan yang kami tempah.
 
Pilihan makanan di sini memang banyak dan sedap-sedap. Saya tidak ambil banyak gambar, cuma ambil gambar makanan yang saya makan sahaja.


Dari Timur ke Barat

Roti Jala

Paling istimewa, sticky bun yang lazat. Bun roti yang melimpah-limpah gravy caramelnya. Haissh, penat tul jogging pagi tadi, dah tambah kalori berganda-ganda.

Sticky Bun

Hasya Perabis Sticky Bun
 
 
Selesai bersarapan, kami kembali semula ke Villa. Rasa malas untuk keluar ke mana-mana. Perutpun sudah kenyang. Justeru, kami hendak bermalas-malasan di Villa sahaja.


Air Laut yang surut


Nak duduk di beranda berehat menikmati angin pantai.





 
 

Hasya bertanya kepada kami:

"Papa, kenapa hotel kita macam kapal?"

Mula-mula tu memang hairan juga dengan soalan tersebut. Rupa-rupanya disebabkan asyik merenung ke dasar air, Hasya mula berasa seolah-olah Villa kami bergerak dan bukannya air laut itu yang bergerak hahaha. Air laut berwarna agak keruh berikutan hujan lebat yang turun tengah malam semalam.





Tidak puas hati dengan kata-kata kakaknya, Khayra terus merenung ke dasar air mencari kapal yang dimaksudkan.








Tapi, tak jumpa pun kapal yang dicarinya.

Matahari semakin memancar terik. Sudah melepasi jam 1 tengah hari. Kami mula berfikir tempat makan yang hendak dituju. Rasa bosan pula untuk makan di Bila Bila. Hendak makan di luar resort tapi tak pasti hendak makan di mana. Oleh yang demikian, kami berlegar-legar di sekitar Bagan Lalang untuk mencari tempat makan. Akhirnya kereta kami berhenti di sebuah gerai masakan Negeri Sembilan.

 
 
Saya makan nasi putih berlaukkan daging salai masak lemak cili api dan ikan goreng. Manakala Mr. Hubby pilih untuk makan Nasi Goreng Sotong. Sedap juga makan di sini. Lauk daging salai yang saya ambil cukup pedas, berapi.

Lauk Nogori

Nasi goreng sotong
 
 
Kepada penggemar ubi rebus, anda boleh order ubi rebus di sini. Di hadapan gerai makan ini juga ada dijual ubi kayu dan keledek yang belum direbus kepada sesiapa yang rajin nak merebus ubi di rumah.

 
 
Hujan renyai-renyai turun sewaktu kami sedang makan. Selesai makan, hujan mula berhenti. Kami tidak terus pulang ke Villa sebaliknya singgah untuk berjalan-jalan di Pantai Senyum (Smiley Beach).

 
 
Bersambung di Part IV.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...