Sunday, November 18, 2012

Golden Palm Tree, Indahnya Syurga Pantai ...Part IV

Bersambung dari Part III.

Sepanjang jalan juga, lensa kami sempat menangkap foto-foto yang cukup menarik dan indah.


 
 
Kami juga singgah sebentar membeli pisang goreng. Petang-petang lepas hujan begini memang sedap mengunyah pisang goreng yang rangup.



Makan Pisang Goreng

 
Perjalanan diteruskan ke Smiley Beach. Meskipun, hujan baru berhenti dan air agak keruh, ramai pengunjung berada di pantai berkenaan. Pelbagai aktiviti pula yang sedang berjalan di pantai ini. Ada yang berkayak, boleh bermain bola tampar, membina istana pasir, berbasikal, berjogging dan mandi-manda. Terpulang kepada kesukaan masing-masing.


Bersiar-siar di Pantai Senyum

Berkayak

hasya sedang memusnahkan istana pasir


Kami kemudiannya berjalan kaki pulang ke lobi. Eh tong apa ni?

tong misteri


Jom close up!

Ler... tong kitar semula rupa-rupanya



Melewati Boutique dan Cafe Sepoi Sepoi.


Sepoi Sepoi


Lewat petang, kami sekeluarga mengulang aktiviti petang semalam iaitu berenang di Kolam Infinity. Berenang hingga ke Selat Melaka.

Pulang berenang, kami berasa malas pula hendak keluar makan.  Panggilan dibuat untuk menikmati stimbot di villa kami. Malangnya, tempahan telah penuh memandangkan permintaan pengunjung yang tinggi pada cuti umum. Maka, terpaksalah kami merajinkan diri untuk makan di luar. Tempahan dibuat untuk makan malam di Restoran Stimbot di kawasan Garden, Golden Palm Tree.

FYI, di Garden GPT, terdapat beberapa restoran seperti Perahu, Buloh Bar dan Stimbot. Kid's Club juga ada di sini. Kawasan ini cantik dan sesuai untuk candle light dinner.

Indah di malam hari


Naik buggy dan turun buggy, jam 8.30 malam kami berada di Restoran Stimbot. Sudah namanya `Stimbot', tentu sekali kami akan makan stimbot.






Oleh kerana ingin kepelbagaian dalam menu, kami cuma order set stimbot supreme untuk seorang.

Se Steambot Supreme untuk seorang


Nasi goreng Cina dipakejkan dalam set steambot


Selain stimbot, kami turut memesan set 1/2 dozen sate dan Char Kuay Teow.

Lembut dan moist daging sate ni

Kuah kacang yg lazat
 
Hasya punya, dia makan habis. Agaknya sedap la tu.


Bermulalah aktiviti masak-masak dan makan-makan. Untuk kuah stimbot, kami diberi 2 jenis kuah iaitu sup biasa dan sup tomyam. Memang awesome lah makan di sini. Tenang dan menyegarkan.

masak-masak

scallop

Selesai makan, kami pulang ke villa. Malam ini malam terakhir di Syurga Pantai ini. Esok kami akan pulang.

Pagi esoknya, saya tak larat untuk keluar berlari. Kemalasan sememangnya menjadi teman yang paling akrab. Sudahnya, kami bersiap untuk makan pagi di Cafe Bila Bila. Melewati di Club House, terbaca pula tawaran untuk merawat diri di SPA. Apakan daya, agak sukar untuk kami meluangkan masa di SPA memandangkan Khayra dan Hasya yang tiada penjaga. Kalau Hasya tu ok lagi kerana boleh dihantar ke Kid's Club hehehehe.




Makan pagi hari ni juga banyak pilihan dan sedap-sedap. Cafe Bila Bila memang tidak mengecewakan. Hari ini saya ambil sticky bun lagi. Sticky bun hari ni rupanya lebih cantik daripada semalam.



Sticky bun a.k.a calory bun :P


Selain daripada itu, hari ini ada roti canai yang rangup di luar, lembut dan moist di dalam. Sedap sangat, saya dan Mr. Hubby masing-masing makan 2 keping.



Selesai breakfast, sekali lagi Hasya mahu ke kolam renang. Maka, terpaksalah Mr. Hubby meneman anak dara sulung ni. Saya pula berkemas di villa. Semasa berkemas saya terjumpa lukisan Hasya. Dia lukis gambar kami. Eh, tapi ada 3 orang je dalam lukisan tu. Khayra takde la hahaha.





Habis berkemas, berehat sambil minum soft drink di beranda. Aman dan tenang sungguh.



Agak lewat Hasya pulang dari kolam memandangkan ada aktiviti permainan untuk kanak-kanak yang diadakan pada pagi tersebut. Saya bertanya kepada dia tentang lukisannya. saya cakap, "lain kali kita tinggal adik je ye, sian dia takde dalam gambar". Hasya kemudiannya ambil pensil dan menambah sedikit hahaha.

Mr. Hubby dukung Khayra :D


Menunggu buggy untuk pulang


Hampir ke jam 12.00 tengah hari, buggy tiba untuk membawa kami ke lobi.

Check-out time


3 hari 2 malam di Golden Palm Tree. Mungkin ada yang berkata percutian ini mahal, mewah, membazir dan kata-kata mirip seperti itu. Pandangan masing-masing berbezakan? Kalau sama taklah manusia ini ada kepelbagaian yang tersendiri.

Bagi kami, apalah sangat nak dikira dengan kepuasan yang kami dapat. Value for money. Kalau nak bercuti ke luar negara, kos akan jadi lebih sekurang-kurangnya 2 kali ganda. Tambahan pula jika ingin menginap di hotel 5 bintang. Kami gembira kerana berpeluang bercuti di sini. Gembira kerana Malaysia ada pusat pelancongan yang sangat cantik, sangat menarik.

Akhir kata, percutian adalah sebuah hadiah paling bermakna untuk diri kita. Setahun berkerja bertungkus-lumus, apalah salahnya menghargai diri sendiri. Sekian :)

 

3 comments:

Noor Diana Tumpang said...

Bestnya holiday, msia pun dah byk tpt peranginan best best kan
anyway, salam perkenalan ya :-)

weezana said...

Ha'ah.. Banyak betul tempat menarik. Pulau-pulau di pantai Timur saya belum pernah sampai lagi... Harap ada rezeki nak ke sana.

Salam perkenalan:)

gps ryanna said...

Bestkan kat sini? Get all these and more at your getaway at Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa at a discounted rate of more than 50% – only RM 350 nett!! Visit http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/ and drop me a comment! Thank you!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...