Thursday, November 15, 2012

Golden Palm Tree, Indahnya Syurga Pantai ...Part II

Bersambung dari Part I.
 
Cuaca tidak begitu panas petang ini. Perut mula terasa lapar setelah membiarkan diri disapa angin bayu laut yang sepoi-sepoi. Hasya mula bertanyakan tentang kolam renang yang mana dia dijanjikan untuk beraktiviti pada petang ini. Kolam renang terletak di Club House.

Club House
 
 
Jarak antara villa kami ke Club House hanya seminit berjalan kaki. Jadi, kami tidak perlu menunggu buggy untuk berulang-alik ke rumah kelab. Selain daripada kolam renang, di club house juga terletaknya Restoran Bila Bila, Restoran Hai Sang Lou, Spa dan Gym.
 
Hampir ke jam 6 petang, kami sudah berada di rumah kelab. Kami memilih untuk duduk di meja makan yang berhadapan dengan kolam renang. Seperti kebanyakan kolam-kolam renang yang lain, kolam renang di sini juga mempunyai kolam renang yang bercantuman untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Walau pun begitu, kolam renang di sini sangat menakjubkan. Padanlah dengan gelarannya iaitu `Infinity Pool'.

 
 
Infinity Pool? Ya, infinity. Apabila anda melihat kolam renang ini daripada rumah kelab, seolah-olah kolam renang ini tidak ada sempadannya. Seolah-olah kolam ini terus bersambung dengan lautan.


Pemandangan Club House & kolam renang

Barisan kerusi untuk bersantai di Kolam

Berenang ke Selat Melaka

Seolah-olah juga, sekiranya anda membiarkan diri anda dihanyutkan, maka anda akan terus hanyut di perairan Selat Melaka. Meski pun realitinya infinity ini adalah sebuah ilusi pandangan. Tahniah kepada reka bentuk yang hebat ini.

Kolam Renang yang seolah-olah tiada penghujungnya

 
 
Sambil duduk  menyaksikan keindahan Infinity Pool, kami menempah hidangan untuk makan dan minum. Hasya nampaknya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berenang di kolam. Justeru, kami biarkan sahaja dia bermandi-manda dahulu di kolam kanak-kanak yang jaraknya tidak sampai 10 meter daripada meja kami bersantai.
 
 

Hasya
 
 
Hidangan dari Cafe Bila Bila sampai sejurus tidak lama selepas itu. Char Koay Teow dan Fish & Chips jadi pilihan selera. Mr. Hubby juga meminta Iced Mocha untuk membasahkan tekak.

Char Koay Teow

Fish & Chips

Iced Mocha
 
 
Melihat hidangan sampai, Hasya berlari naik dari kolam untuk sama-sama menjamu selera. Char Koay Teow kat sini memang sedap. Tapi tak tau lah pula sekiranya kelazatan menu tersebut dipengaruhi oleh persekitaran yang indah atau perut yang memang lapar.

Aksi suap-menyuap bermula


Aksi kolam renang diteruskan dengan si kecik Khayra pula yang tidak sabar-sabar lagi untuk terjun kolam.

Aksi Khayra di Kolam Infiniti




Gembira
 
 
Hari sudah semakin gelap dan kami beredar untuk pulang semula ke Villa.



Malam ini kami merancang untuk mencari mencari makan malam Seafood di tepian Pantai Bagan Lalang.
 
Jam 8.30 malam, kami mencari Restoran Makanan Laut di luar kawasan resort. Bukan kerana di Golden Palm Tree tidak ada menu menarik untuk makan malam, tetapi kami ingin makan malam di gerai-gerai biasa di tepi laut. Kami nak pilih-pilih hidupan laut yang segar dan kemudiannya nak pilih-pilih masakan yang sesuai dengan selera kami. Lazimnya juga, makan di luar kawasan resort adalah lebih murah.

Kami kemudiannya memilih untuk makan di salah sebuah restoran di tepi laut. Kami mulakan dengan pilih-pilih seafood. Pilih ikan, sotong, ketam dan ambal (pepahat) pun ada.



Budak-budak memang selalunya tak sabar semasa berada di meja makan. Waktu menunggu makanan sampai adalah waktu paling mencabar.

Khayra mula bosan

Berfikir untuk buat perangai

Semakin tertekan

Mula tunjuk lagak


Melihat-lihat situasi


Dan memang sangat awesome persembahan masakan-masakan yang kami pilih.

Ikan Bakar

Ambal Masak Pedas

Ketam Telur Masin yang sedap sangat!

Sotong goreng


Makan sampai kenyang dan Villa Canary Palm mula memanggil-manggil kami pulang.
 

Menaiki buggy pulang ke Villa
 
 Bersambung di Part III.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...