Wednesday, November 14, 2012

Golden Palm Tree, Indahnya Syurga Pantai ...Part I

 
Menoleh ke tahun-tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke United States; Dahulu Bagan Lalang, Sepang tidak punya tarikan bertaraf antarabangsa.  Yang ada hanyalah pantai dan makanan laut yang setia menjadi tarikan penduduk tempatan.
 
Pulangnya kami ke tanah air tercinta pada Disember 2010, rupa-rupanya disambut dengan pelbagai perubahan di negara sendiri. Dua tahun kami mengejar keajaiban, keindahan, ketenangan, keunikan, keterujaan, kemewahan dan kepelbagaian di negara orang. Menerokai keajaiban Grand Canyon. Keterujaan Air Terjun Niagara dan Banjaran Appalachian. Kemewahan Taman-taman Tema, Walk of Fame Hollywood. Keindahan San Francisco dan Pantai Miami. Keunikan budaya dan kepelbagaian bandar-bandar di sepanjang jalan kami.
 
Rupa-rupanya tanggal Julai 2010, menanti di negara sendiri sebuah pusat peranginan yang bertaraf dunia yang mana menjanjikan kami keunikannya yang tersendiri. Namun, kesibukan yang berpanjangan menyukarkan kami untuk menikmati syurga pantai ini pada kadar yang lebih awal. Dua tahun pulang ke ibu negara, tiba juga kami di sini. 

Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast
 
 
Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast akhirnya kami datang!
 
Sebenarnya, idea untuk bercuti di Golden Palm Tree (GPT), diilhamkan secara tiba-tiba. Lebih terdorong kerana kami perlu bercuti tetapi enggan terlibat dengan perjalanan yang panjang, kesesakan lalu lintas dan percutian yang tidak berbaloi. Jadi kemana harus dituju? Kos efektif bukan bermaksud percutian yang murah. Bagi kami, kos efektif itu adalah kepuasan yang kami dapat daripada sebuah percutian. Maka kami dahagakan percutian yang hebat.
 
Setelah membuat pengiraan kos, campur tolak dan sebagainya, tempahan selama 3 hari 2 malam dibuat. Tidak ada harga promosi yang diberi, memandangkan peak season kerana musim cuti sekolah + Deepavali + Awal Muharam. Tempahan telah dibuat, kami mula teruja untuk menanti November 12.
 
Hari yang ditunggu akhirnya tiba jua. GPT tidak jauh dari rumah kami. Kira-kira sejam lebih sedikit sahaja perjalanan menaiki kereta. Jam 4 petang kami tiba di perkarangan resort. Persekitaran GPT memang sangat cantik.

Memasuki perkarangan GPT


Melangkah ke lobi, mata tertumpu kepada hiasan dalaman yang berkonsepkan tradisional.

Lobi Golden Palm Tree


Saya dan dua puteri kecil, Hasya dan Khayra perlu tunggu di sini kerana Mr. Hubby harus meletakkan kereta di perkarangan letak kereta yang disediakan.

Hiasan pada kerusi

keterujaan


Kawasan yang luas antara parking lot -lobi-Clubhouse-Garden menjadikan van shuttle/buggy sebagai kenderaan utama. Lebih-lebih lagi untuk ke villa-villa penginapan, cuma buggy sahaja yang beroperasi di kawasan ini.

Perkhidmatan buggy

Pemandangan resort dari lobi


Justeru, kami menaiki salah satu buggy untuk ke villa penginapan kami. Suasana yang indah dan tenang menemani sepanjang jalan dari lobi ke villa.

atas buggy

Villa atas laut




Villa bernombor 914 kami terletak pada salah satu dahan resort.




FYI, Golden Palm Tree ini dibina berdasarkan reka bentuk sebatang pokok kelapa sawit. Ada villa yang terletak pada batang pokok dan kebanyakan villa terletak pada 8 dahan pokok.

Memukau


Memasuki ke dalam Canary Palm Villa, kami terpegun dengan rekabentuk dalaman villa ini. Dengan keluasan 82 kaki persegi, villa ini cukup selesa untuk kami berempat. Ruang tamu dengan sofa. Disediakan juga perkhidmatan TV interaktif.

Ruang tamu Villa
TV interaktif, boleh tengok menu, spa, movie dan aktiviti lain


Pihak hotel turut membekalkan kami beberapa tin minuman cola dan air kotak untuk dipenuhkan ke dalam peti sejuk.



Villa Canary juga menyediakan 2 bilik tidur dengan konsep terbuka (pintu sliding kayu pembahagi bilik), 2 bilik mandi dan 2 beranda terlalu indah buat kami.

Bilik tidur utama dengan katil queen

bilik tidur kedua dengan twin bed
Tub mandi



Tentunya selepas mengemas barang-barang, kami semua terpanggil untuk menikmati angin sepoi-sepoi di beranda villa.

Baby teruja




Cukup tenang Syurga Pantai ini. Saya tidak mahu gunakan ayat `seperti berada di luar negara' kerana saya percaya, negara ini adalah sangat cantik dan antara yang terindah di dunia. Saya bangga kerana berada di salah satu resort tercantik di Malaysia.



hasya buat muka kelakar



 

Bersambung di Part II.


2 comments:

abu888 said...

As salam, sy member kat golden palm tree..if rase nk stay kat sini dgn harga yg murah dr website boleh call sy, abu 0122208140 .tq

gps ryanna said...

Bestkan kat sini? Get all these and more at your getaway at Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa at a discounted rate of more than 50% – only RM 350 nett!! Visit http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/ and drop me a comment! Thank you!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...