Monday, October 15, 2012

Selamat Hari Jadi Khayra.. at Manhattan Fish Market..


birthday girl


Khayra Aleesya lahir pada 9-10-11 iaitu 9 Oktober 2011. Cantik tarikh lahir dia. Ya, minggu lepas adalah ulang tahun pertama Cik Khayra Aleesya. 


jawapannya ada kat hujung entry hehehe

Oleh kerana Mama dan Papa nya yang sibuk memanjang, maka sambutan hari jadi Khayra disambut lewat sedikit. Tapi, kami tak rasa bersalah sebabnya kami nak beri sambutan yang berkualiti (bukan tangkap muat je) dan juga kerana semasa di US, lazimnya besday memang disambut pada hujung minggu kerana dapat mengumpulkan ramai kawan-kawan untuk surprise party hehehe.... Jadi lewat sikit pun takpe, lagipun, Khayra masih tak tahu mengira tarikh dan masa.






Oleh kerana, saya memang bz, maka saya tak buat kek. Kami pilih Restoran Manhattan Fish Market untuk menyambut hari jadi Khayra. Pemilihan restoran ini memandangkan makanannya yang sesuai dan boleh dimakan oleh keempat-empat kami. 


Ada 4 batang gigi




Tambahan pula, di sini ada desserts yang sedap-sedap. Jadi, boleh order seslice kek untuk hari jadi Khayra. 










Kek pilihan ialah Brownie with Ice-cream. Pergggh padat dengan chocolate dan rasa ice-cream vanilla yang lazat. 

makan kek


Kami order Giant Fried Platter sebagai hidangan untuk dikongsi bersama. Budak-budak pun suka hidangan ni. Maklumlah ada variety untuk makan. Ada ikan, calamari, udang, mushroom, brocoli, carrot, fries dan nasi. 



Hantu udang

Selain tu, kami turut order Seafood Olio. Mr. Hubby ngan Hasya dah jadi peminat Olio . Pedas dan lazat pasta ni. 



Akhir kata, selamat hari jadi Khayra. Semoga terus comel, baik hati dan bijak. Semoga tak nakal-nakal. 

Ni jawab dia


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...