Saturday, October 20, 2012

Picnic untuk Besday Girl @Sunway Lagoon.. Part I

Sempena menyambut hari jadi Khayra yang pertama, Mr. Hubby merancang untuk bawa Khayra dan Hasya untuk mandi-manda. Mula-mula tu plan nak ke pantai, mana-mana pantai la. Malangnya, plan asyik out (ke laut perginya... haha) kerana sibuk dan bilik hotel yang fully booked.

 
 
Maka, fikir punya fikir terpaksa lah menukar plan dan mencari tempat mandi-manda yang tak perlu bermalam. Jawapannya mudah, berpicnic di Sunway Lagoon sahajalah. Jarak dan kos sangatlah efektif. Lagipun budak-budak ni memang tak pernah lagi ke Sunway Lagoon.

 
 
Sunway Lagoon memang tak jauh dari rumah kami. Dalam 30 minit je. Jadi, pagi-pagi lagi dah keluar sebab takut petang hujan. Akhir-akhir ni cuaca memang tak menentu. Oleh kerana hari ni hari Ahad dan bukan musim cuti sekolah, jadi taklah ramai sangat pengunjung di taman tema air ni.

Dah lebih 90cm
 
 
Kami beli tiket pakej 3 parks iaitu pakej yang boleh masuk 3 taman (Water Park, Amusement Park dan Wildlife Park). Ada diskaun 25% sebagai rakyat Malaysia yang memiliki Mykad. Kanak-kanak di bawah 90cm ketinggian juga adalah percuma. Hasya dah semakin tinggi, jadi kena bayar harga kanak-kanak. Khayra besday girl tu je yang percuma.

pintu masuk Wildlife Park


Masa saya pergi ngan Mr. Hubby zaman dulu2, takde lagi Wildlife Park ni. Jadi, Wildlife Park la tempat pertama yang kami tuju. Nak tengok juga apa haiwan-haiwan yang ada.



Macam zoo la juga. Banyak binatang dia. Hasya la yang paling teruja almaklum dapat tengok binatang secara life.


tengok beruang makan

ada banyak burung

close-up


Baru-baru ni pula, dia ada menonton filem Anaconda. Lagilah dia teruja tengok Anaconda secara life.


Anaconda


Dia ambil kesempatan pegang arnab juga.

Bunny


Apakah binatang yg kelihatan aneh ini? Haha


Selepas puas melihat haiwan-haiwan dan menikmati alam semulajadi di Wildlife Park, kami menuju ke Amusement Park. Walau bagaimanapun, kami tak bermain satu pun ride kerana budak-budak takut tengok rides yang laju dan mengerikan. Lagipun, Hasya sibuk nak mandi di Water Park.




Tutup pulak


Scream Park juga adalah tarikan baru. Zaman dulu2 takde scream park ni. Kalau nak pergi, kena tinggallah budak-budak ni.

pintu masuk scream park...



Water Park Bersambung di  Part II.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...