Wednesday, October 31, 2012

Penang & Kedah... Singgah Seketika Menjamu Selera... Part I

Isnin lepas saya outstation lagi. Kali ini ke Himpunan Kasih Sayang di Guar Chempedak, Kedah. Perjalanan tak menaiki kereta tapi menaiki kapal terbang. Meskipun himpunan ini berlangsung di Kedah, saya dan bos akan terbang ke Penang. Wah, lamanya tak pergi Penang!
 
Maka seawal jam 6.30 pagi saya dah berada di KLIA. Penerbangan ke Penang berlepas jam 7.40 pagi. Jam 8.30 pagi, saya dan bos dah berada di Pulau Mutiara. Pengarah RTM Langkawi dan Timbalan Pengarah RTM Pulau Pinang menyambut kami di lapangan terbang. Pastinya perjalanan seterusnya ialah untuk mencari sarapan pagi yang lazat.
 
Oleh kerana kami berada di Penang, maka kami breakfast di Penang dulu sebelum merentasi jambatan untuk ke seberang. Dan pilihan adalah untuk ke Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar di Bukit Jambul. Wow, Original Kayu Nasi Kandar...




Duduk kat kerusi Original Kayu tau
 
 
Tentunya juga, ekspektasi cukup tinggi. Saya bayangkan roti canai yang garing di luar dan lembut di dalam. Hampir ke semua kami order teh tarik. My Boss sahaja yang minum Nescaffe. Teh tarik kat sini memang kaw dan sedap.


Rakan-rakan Semeja

Teh Tarik ku

My Boss order Tosai. Tukang ambil order tanya kat My Boss, "Tosai Telur?" Dan buat pertama kalinya My Boss tahu tentang kewujudan Tosai Telur. Maka, tentulah My boss order Tosai Telur.


The Making of Tosai Telur

Tosai Telur Boss

Saya order Roti Canai Kosong je. Tapi memang awesome. Rangup di luar, lembut di dalam, as I expected.


Roti saya

Selesai menggembirakan perut di Original Kayu, kami meneruskan perjalanan ke Guar Chempedak, Yan. Kedah. Sepanjang jalan tidak ada sebiji pun buah Cempedak yang kami jumpa. Kami sampai awal di Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Suhu sungguh panas dan membahang. Saya mula berpeluh-peluh.


Dewan Guar Chempedak

Sejam ke dua jam jugalah menanti Menteri yang terlewat kerana ada urusan yang tidak dapat beliau elakkan. Himpunan Kasih Sayang ini kemudiannya berlangsung dengan jayanya. Kenapa `Kasih Sayang'? Sebabnya, ada penyampaian kerusi roda, sumbangan kepada fakir miskin, penyerahan komputer dan paling menarik majlis persandingan/kenduri kahwin 3 pasang pengantin daripada 3 kaum berbeza: Melayu, Cina dan India. 


Dato' Menteri sedang merenjis2

Selesai majlis, ada jamuan makan. Lauk-pauknya banyak yang berasaskan ikan. Mungkin kerana di Kedah ni senang dan murah nak dapatkan ikan. 


Lauk-pauk

Kari ikan di tengah

Ikan masak apa ek?

Asam pedas ikan

Pinggan saya



Maklumlah kat Kedah ni ada Pasar Bisik kat Kuala Muda, yang kena bisik2 semasa nak beli ikan hehehe...
 
Sambung di Part II.  

2 comments:

Hazmin said...

Kalau dapat makan nasi kandar semasa di penang lagi best.. :)

weezana said...

betul. masa tak cukup, lagipun event di Kedah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...