Saturday, September 15, 2012

Mi Kolok @Sarawak... Part II (versi Goreng)

Mi Kolok oh Mi Kolok. Kalau diberi pilihan antara Mi Kolok Sup atau Goreng, saya tak perlukan masa untuk memilih kerana jawapan saya adalah Mi Kolok Goreng. Maka, apabila malam sebelumnya kami menikmati Mi Kolok Sup, keesokan malamnya saya mengajak Mr. Hubby untuk mencari Mi Kolok Goreng.
 
Mencari Mi Kolok Goreng memang amat mudah di Bandaraya Kuching ini tapi mencari Mi Kolok Goreng yang super awesome mungkin sedikit mencabar. Oleh kerana Mr Hubby sendiri sudah jadi kurang arif dengan selok-belok tempat makan di sekitar bandaraya ini, maka kami berpusing-pusing di sekeliling bandar meninjau potensi untuk mendapatkan Mi Kolok terbaik.
 
Akhirnya saya mencadangkan kepada Mr. Hubby, "Apa kata kita makan di gerai-gerai berdekatan dengan Pasar Satok?" Mr. Hubby bersetuju dengan cadangan saya memandangkan gerai-gerai di sekitar Pasar satok tersebut memang mempunyai menu yang pelbagai. Tambahan pula, ayah Mr. Hubby kirim untuk beli sate ayam. Tidak seperti Mi Kolok, sate ayam tidaklah begitu senang untuk ditemui. Tambah-tambah pula pada musim Aidilfitri ini.
 
Perjalanan tidaklah mengambil masa yang lama untuk ke pusat bandar. FYI di Kuching kami tinggal di rumah adik Mr. Hubby. Untuk ke Satok, hanya mengambil masa lebih kurang 10 - 15 minit.
 
Tentunya gerai-gerai di satok ini sungguh meriah pada sebelah malam. Hampir semua gerai menawarkan menu Mi Kolok, tapi yang mana satu Mi Kolok yang sedap? Akhirnya kami memilih untuk duduk di gerai yang berdekatan dengan gerai sate. Yelah 3 in 1, boleh order sate untuk ayah, makan sate dan makan mi kolok goreng.
 
Gerai yang kami pilih ni memang ramai pengunjung. Justeru, agak 10 minit jugalah menunggu Mi Kolok. Apabila Mi Kolok Goreng yang diorder sampai, rupa Mi Kolok ini sungguh menawan kalbu.
 
Perrgghh awesome!
 
 
Bukan sahaja rupanya yang menarik, tapi rasanya memang super awesome. Tidak seperti Mi Kolok yang saya makan sebelum ini, daging mi kolok ni dimasak dengan ada perisa. Sebelum ni cuma hirisan daging yang direbus. Mr. Hubby pun suka sangat ngan rasa Mi Kolok Goreng ni.
 

 
 
Justeru, memang licinlah pinggan!
 
abis dah
 
 
 
Selain daripada Mi Kolok Goreng, kami juga order 10 cucuk sate. Sedap jugalah sate ayam ni cuma sate ni kurang moist sebab dicucuk isi semata-mata. Kami lagi suka kalau sate ni diselang-selikan isi dengan kulit/lemak. Sate daging di sini juga sedap.
 
sate ayam & daging

 
 
Akhir kata, pencarian mi kolok  di Bandaraya Miow Miow ni memang berjaya. Lain kali kami datang lagi ye... Blurppp, kenyang sungguh...
 
 
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...