Thursday, September 13, 2012

Mi Kolok @Sarawak... Part I (versi sup)



Tak habis-habis lagi nampaknya saya menulis tentang bumi Kenyalang dan keistimewaan makanan-makanan di sini. Dan nampaknya, tak sah lah pula kalau tak bercerita tentang Mi Kolok. Siapa yang tak pernah dengar tentang Mi Kolok, patutlah cuba mencari Mi ini kerana rasanya tidak sama dengan Mi2 yang lain yang pernah anda makan. Yang pentingnya, rasa Mi Kolok ini memang sedap.
 
Kalau nak cari Mi Kolok di Semenanjung Malaysia, memanglah amat payah. Bukan tak ada, ada je. Tapi bagaikan mencari sebutir permata di padang pasir. Punyalah payah nak jumpa. Kalau nasib baik tu bolehlah jumpa. Berbeza sekali dengan mencari Mi Kolok di Kuching, Sarawak, memang teramatlah mudah dicari. 
 
Selain daripada nama Kolok atau Kolo, Mi ini juga dikenali sebagai Mi Kering dan Mi Rangkai. Ada 2 pilihan cara hidangan mi iaitu Mi Kolok Goreng dan Mi Kolok Sup. Dua-dua pun memang lazat sangat. Tapi saya suka lebih sedikit kepada Mi Kolok Goreng. Tapi entry Part I ni kita cerita pasal Mi Kolok Sup dulu.


first time datang sini



Memang banyak sungguh gerai, restoran dan tempat makan yang menjual Mi Kolok di Bandaraya Kuching. Akhirnya pemanduan Mr. Hubby berhenti di Kubah Ria. Di sini  konsep yang dibuat seperti food court, memang banyak pilihan makanan. Meskipun masih dalam musim Hari Raya, pengunjung di Kubah Ria ini sangat ramai dan suasana sangat meriah.





Kali ini kami keluar berlima, Mr. Hubby, saya, Hasya dan dua adik perempuan Mr. Hubby. Khayra kena tinggal dengan nenek kat rumah.




Hmm.. Mari kita lihat menu. Selain daripada Mi Kolok, ada juga dijual Mi2 lain dan juga sup. 



Tapi sudah pastinya kami order Mi Kolok. Mi Kolok dihidang bersama sup dan kicap dan dicampur dengan hirisan daging. 




Untuk memeriahkan lagi hidangan, kami memesan ABC dan jus.




Nanti kita sambung tentang Mi Kolok Goreng pula. Memang favorite saya. Ish, tension tul tulis entry Mi Kolok ni sebabnya saya dah ada di KL, tolong bagitau saya mana  nak cari Mi Kolok awesome kat ibukota ni? :P   


3 comments:

Noor Diana Tumpang said...

lama tak makan mi kolok ni. last sekali masa mkn kat rumah jiran.

hi salam perkenalan :)

weezana said...

Hai Diana. Kat semenanjung memang susah cari mi kolok. tapi kalau ke Kuching memang ada di mana2.. Salam perkenalan juga. Terima kasih kerana sudi melawat.

Ahliah Nizam said...

Assalam,

Jika cikpuan berminat, sy ada menjual mi kolok mentah/kering. 1kg termasuk pos RM27 sahaja :)

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150424152450284.622596.324656380283&type=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...