Monday, September 3, 2012

Mencari Siput Buluh & Ketam @Sarawak

 
Pernah makan siput buluh? Tak tahu apa itu siput buluh? Kalau tak pernah dengar nama `siput buluh' anda mungkin pernah dengar nama `ambal' atau `siput pahat-pahat'. Apa pun namanya, tapi ia tetap makanan eksotik yang sama.
 
 
 
Hari ni saya nak menulis tentang pengalaman mencari makanan laut segar semasa saya berada di sekitar Asajaya, Sarawak. Kebetulan di sini memang agak mudah untuk mendapatkan siput buluh a.k.a ambal ini. FYI, saya bukan pergi ke laut untuk mencari ambal. Tapi, saya cuma cari di tepi-tepi jalan sahaja kerana ramai pula nelayan yang menjual ambal pada musim-musim perayaan ini.
 
 
 
Ambal yang dijual memang segar dan bergerak-gerak dalam baldi.
 
Saya petik dari Utusan Online:
 
Ambal, sejenis hidupan seperti siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Sarawak dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan.
 
Ambal banyak didapati di Asajaya dalam bahagian Samarahan serta Bako dan Buntal di Kuching.
Selain itu, ambal boleh didapati di Sabah dengan nama pahat-pahat, Terengganu (siput pahat) dan yang terkini dijumpai di Kuala Langat, Selangor.

Malah, spesies ambal turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

Sekilo siput buluh aka ambal


Musim-musim perayaan ni, harga ambal agak mahal sedikit. Tapi nak buat macam mana kan, bukannya senang nak dapatkan makanan laut ni.
 
Selain daripada ambal, ketam nipah juga banyak dijual di tepi-tepi jalan. Ada juga penjual yang menjual ketam ini di pondok menunggu bas.
 
 
 
Ketam-ketam ini diikat dan dipamer untuk jualan.
 

 
 
Yang menariknya, ketam-ketam ini masih hidup dan boleh menyepit tangan anda.
 
Mr. Hubby sedang berurus niaga dengan penjual ketam

Ketam nipah

Pilih dan masukkan dalam plastik.
Kalau silap pegang, kena sepit tau!
 
 
Entry yang seterusnya saya akan kongsikan 2 resepi untuk memasak ambal. Ketam nipah juga saya dah kongsikan resepi pada entry yang lepas, kalau rajin, saya akan kongsikan satu lagi jenis masakan untuk ketam nipah. Tunggu... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...