Wednesday, August 1, 2012

Terasa Nak Makan Steak.. Catatan Ramadhan 2012

Semalam saya dan Mr. Hubby berbuka puasa di luar. Apabila dah berturut-turut makan nasi, tekak saya mula gatal nak makan Western. Maka, Mr. Hubby pun terpaksalah mengWesternkan tekak untuk menemankan saya makan steak.

Kalau nak makan steak yang lazat, ada beberapa restoran yang saya suka. Antaranya, Bubba Gump (favorite), The Ship, Tony Roma's dan TGIF. Walau pun hari bukan hari Jumaat, tapi kami memilih untuk makan di TGIF (Thank God It's Friday!).

Semestinya juga apabila saya pilih untuk makan steak, Mr. Hubby juga pilih untuk makan steak. Pilihan Mr. hubby adalah Tennessee Steak. Saya suka dengan Sos Tennessee Steak, cuma saiz steaknya besar sangat jadi agak membazir untuk saya. Tapi takpe, boleh tumpang cicah di pinggan Mr. Hubby.



Saya makan Sirloin Steak dengan sides fries dan mashed potato.




Kami minum Orange Juice untuk hilangkan dahaga.


Kami makan di TGIF, Alamanda Putrajaya.



Seperti entry saya tentang TGIF Alamanda sebelum ini, TGIF ini tidak menjual minuman alkohol. Semuanya Mocktails sahaja:)


2 comments:

princess lyra said...

di pagi ramadan yang hening ni...sungguh aku teringin juga mahu steak ini...hahaha...dapnyerrr!!!

weezana said...

hahaha.. serius sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...