Sunday, August 19, 2012

Ketupat Palas at Sarawak... Lebaran 2012

Aidilfitri tahun lalu, kami pulang ke Sungai Petani, Kedah. Tahun ini kami beraya di Asajaya, Sarawak. Setiap kali pulang menyambut Aidilfitri di Negeri Kenyalang ini, ada seperkara yang agak kurang iaitu raya saya tanpa ketupat dan rendang. FYI, Aidilfitri di Sarawak dilengkapi dengan kek lapis bukannya dengan ketupat, lemang dan rendang sebagaimana negeri-negeri di Semenanjung tanah air.





Oleh kerana kekurangan tersebut, tahun lalu, saya dan Mr. Hubby berusaha segigih mungkin untuk belajar membuat ketupat daun palas. Kami bercadang untuk membuat juadah istimewa ini pada Aidilfitri 2012. Setahun berlalu, dan malam menjelang Syawal di Sarawak ini, kami berjaya membuat ketupat daun palas meskipun hasilnya tidaklah segebu dan sekemas yang bonda di Kedah anyamkan.

Mentanak pulut
Siap dikukus


Untuk melengkapi ketupat palas ini, saya juga sediakan rendang ayam. Maka dapatlah kami sekeluarga di Asajaya ini menikmati ketupat palas dan rendang ayam di pagi Aidilfitri.

Tunggu rendang kering sikit

Ketupat palas & Rendang Ayam


Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan Salam Aidilfitri untuk semua yang sudi bertandang dan membaca blog kerdil saya ini. terima kasih atas segala sokongan. Blog saya juga seperti sebuah buku yang dijual di kedai-kedai buku. Sekiranya tidak dibaca, maka apalah ertinya.

Mohon maaf juga sekiranya ada perkataan atau bahasa yang mungkin tidak disenangi. Yang baik itu datang daripada Allah swt dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. Semoga kita bersama dirahmati Allah swt yang maha pemurah, pengasih lagi maha penyayang. Amin.

Kek Lapis Sarawak





3 comments:

Dijah ZaLy said...

Assalamualakum Sis
Selamat Hari RAya 1434H :)
nnt boleh tak share resepi sepanjang syawal ni nk buat preparation untuk open house la hihi.. sis, FB apa ya? TQ

weezana said...

Wasalam Dijah,

Saya ni sebenarnya kekadang malas nak amik gambar dan post. kalau rajin baru la carik kamera. raya ni buat menu biasa2 je.. berulang pun dari menu2 yang dah dipost dalam blog ni.. :)

weezana said...

emiliaputeri@yahoo.com = fb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...