Tuesday, July 3, 2012

SUBWAY... Mencari sandwich yang sedap.

Semua orang boleh buat sandwich. Ini kerana sandwich adalah sangat mudah disediakan. Cuma ambil dua keping roti dan apitkan dengan bahan lain yang anda suka. Contohnya, apitkan dengan sayur jadilah Sandwich Sayur, apit dengan ayam, jadi Sandwich Ayam dan lagi dan lagi...

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan sandwich yang betul-betul sedap dan menakjubkan adalah agak sukar. Tambahan pula sekiranya anda memikirkan tentang harga yang mungkin berbaloi atu tidak berbaloi untuk sandwich tersebut. Ada yang sedap tapi mungkin agak mahal. 


Meatball Marinara

Steak & Cheese

Hari ini saya nak kongsikan sandwich yang sangat sedap (untuk saya) dan sentiasa saya suka iaitu Sandwich Subway. Francais Restoran Subway ni memang banyak di serata dunia. Ketika ini ada lebih 37 ribu cawangan di 100 buah negara. Sandwich ini bermula pada tahun 1965 di Connecticut, US.

Mari saya tunjukkan step-by-step.. Cara-cara untuk mengorder sandwich di Subway.

1. Langkah pertama pilih menu anda sama ada Sandwich Footlong, Sandwich 6 inci, Salad atau Wrap. 


2. Seterusnya setelah anda pilih Sandwich Footlong atau 6 inci, anda perlu pilih jenis roti yang anda suka. Pilihan yang ada adalah Hearty Italian, Wheat, Honey Oat, Italian dan Parmesan Oregano.


3.  Selepas anda memilih roti, anda perlu memilih jenis sandwich yang anda suka. Contohnya, Spicy Italian, Steak & Cheese dan Meatball Marinara. 



Anda juga akan diberi pilihan keju. Sekiranya anda ingin menambah keju (double cheese), anda boleh juga berbuat demikian dengan penambahan pada harga kos.


4 sandwiches saya sedang disiapkan:)


4. Langkah seterusnya adalah untuk memilih sayur-sayuran. FYI, sandwich saya selalunya takde sayur hehehe. 


5. Anda juga diberi pilihan untuk memilih jenis sos. Selalunya saya akan pilih sos cili dan mayonnaise.


6. Sebenarnya sandwich anda telah siap. Tapi anda diberikan langkah seterusnya untuk memilih sama ada ingin mengorder minuman atau makanan ringan. 


FYI juga, Subway selalu buat promosi beli 1 percuma 1. Terbaru pada 27 Jun 2012 lepas. Tak perlu bawa kupon pun. Kalau beli semasa ada promosi memang rasa berbaloi sangat.

Kupon kuning bawah duit: Dapat Kupon beli 1 dapat 1...

Saya beli 2 sandwich dan dapat lagi 2 sandwich. 2 + 2 = 4 Jadi banyak kan?


Sekian. 

2 comments:

Fiza Ibrahim Apani said...

Baru lepas telan Subway Club..boleh tahan laa...hehe

weezana said...

beli hari rabu. beli satu dapat lagi satu percuma!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...