Friday, July 20, 2012

Hi-Tea, Soldadu & Lenovo di Bangunan Sultan Abdul Samad



Petang tadi tetiba je dapat minum petang dengan Pak Menteri. Sekali lagi, saya ke Bangunan Sultan Abdul Samad bagi menikmati juadah minum petang dengan Pak Menteri. Tapi bukan saya seorang, bukan high tea berdua je dengan YB. Menteri, sebaliknya dengan 49 lagi rakan-rakan yang lain.

Hi-Tea hari ini sempena Pak Menteri nak sampaikan kepada kami 50 orang ni, sorang sebuah komputer riba Lenovo. Tapi bukan untuk suka-suka, penerimaan Lenovo ini datang dengan penerima satu lagi tanggungjawab. Amanah untuk menjadi seorang soldadu, meski pun secara maya. Soldadu bersenjatakan minda dan jari-jemari.



Meski pun sangat sibuk, YB. Menteri sudi meluangkan masanya juga untuk kami soldadu kecil ini. Kata-kata cabaran diberikan untuk kami memulakan tanggungjawab seawal hari esok. Itulah bayarannya bagi Lenovo yang diterima.

Tak perlu ada senapang!

Tentang Hi-Tea, ada banyak juga pilihan yang disediakan. Ada roti jala, apam, murtabak, buah-buahan dan kuih-muih. Tak ketinggalan, ada mi goreng juga untuk mengisi perut yang lapar.

Roti jala

Murtabak & fruits

Mi Goreng

Kuih

Pulut panggang


Maunya tak lapar, saya percaya rakan-rakan yang hadir pada majlis ini tidak sempat untuk makan tengah hari. Almaklum terpaksa bertolak dari Angkasapuri jam 1.45 tengah hari bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.



Yang bestnya, ada pulut durian.

Cik Double Z: Zura & Zanna

Pulut durian

Maka, semua orang balik dengan hati yang gembira.


Alex yang ceria

FYI, pemberian laptop ini adalah di bawah inisiatif jalur lebar negara. Khabarnya juga, akan ada batch kedua yang akan menerima Lenovo ini.



Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...