Thursday, July 12, 2012

Hari ini 12 Julai. Happy Birthday Mr. Hubby!

Tadi, masa mula-mula saya log in ke blog saya ni, saya kena buat housekeeping dulu. Sebabnya blog saya ni dah makin berhabuk. Takut nanti bersawang dan tumbuh kulat cendawan pula. Hakikatnya, saya memang sangat sibuk dan tidak ada masa untuk membloging. Tambahan pula, sejak 3 hari yang lalu saya tidak berapa sihat kerana batuk dan selsema.

Walau bagaimanapun, saya harus gagahkan diri untuk menaip pada malam ini. Penting sangatkah? Saya masak apa? Hehehe.. Saya tak masak apa-apa pun. Sebaliknya hari ini hari jadi Mr. Hubby!



Oleh kerana saya tidak berapa sihat, maka tidaklah saya mahu membuat kek. Bukannya apa, apabila kita batuk2 dinasihatkan tak payahlah memasak untuk orang lain makan. Sebabnya faktor kebersihan. Bayangkan berapa banyak DNA dan bakteria yang akan hinggap di kek tersebut.Oleh demikian hari ini saya beli je kek untuk Mr. Hubby.

Kali ini juga saya tidak menghadiri party Hari Jadi Mr. Hubby. Saya rasa lebih sesuai kalau surprise party ni dibuat di pejabat Mr. Hubby dengan rakan-sakan sepejabatnya. Untuk merealisasikan surprise party ini kenalah saya menaja kek dan sekotak donut Big Apple.



Dan Pecan Butterscotch jadi pilihan. Nampaknya ia akan menjadi kegilaan lebih ramai orang. Awesome kan.

Tahniah juga kepada geng2 studio IBC kerana berjaya mengenakan bos korang. Sungguh dia surprise kan? Haha.. :D



Saya juga belikan Mr. Hubby hadiah. Tapi tak perlulah saya nyatakan di sini. Hadiah biasa-biasa sahaja. Sekian sahajalah untuk kali ini. Selamat Hari Jadi Mr. Hubby. Hmm.. lupa pula umur yang ke berapa. Hehehe....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...