Saturday, July 7, 2012

Garrett Popcorn.. sangatlah WOW!

CaramelCrips

 
Nampaknya diet saya terganggu lagi. Hmmm... Gara-gara tergoda dengan foto-foto dalam blog yang saya lawati. Kali ini saya digoda dan tergoda dengan bertih-bertih jagung.

Messy love with Garrett Popcorn!


Saya terpanggil untuk merasai keenakan Garrett Popcorn.



Popcorn yang hebat ini berasal dari Chicago. Tapi, jika anda berada di Kuala Lumpur, tak perlulah anda menempah tiket penerbangan ke Chicago, sebaliknya anda cuma perlu ke KLCC untuk mendapatkan mana-mana perisa Garrett Popcorn yang anda suka.

Oleh yang demikian, hari ini saya bersama Cik Syida telah ke Suria KLCC. Tentunya peluang ke mercu tanda KL ini tidak kami sia-siakan begitu sahaja.



Maka, sebelum pulang kami mencari-cari Garrett Popcorn yang sangat terkenal di serata dunia ni.

Dah jumpa Garrett Popcorn hehehe


Rupa-rupanya ada banyak juga pilihan Popcorn yang ditawarkan. Rambang mata juga nak memilihnya. Ada Chicago Mix, CaramelCrisp, Buttery or Plain, Cheese Corn dan CaramelCrisp + Nut (Almond, Pecan, Cashew atau Macadamia). 

Di hadapan Garrett Popcorn Shop

Pilih-pilih


Bau sungguh wangi dan rupa bentuk popcorn ni memang menawan. Maka, saya pun secara tidak sengaja telah terorder 2 bungkus popcorn.



Pilihan hati saya Chicago Mix dan Almond CaramelCrips. Sungguh berkalori bunyinya kan...


 
Chicago Mix merupakan gabungan 2 rasa iaitu manis dan masin. Rasa manis datang daripada popcorn CaramelCrisp dan rasa masin pula dari Cheese Corn. Gabungan ini sangat awesome.

berjaya membeli Garrett Popcorn

Chicago Mix

Yum Yum... :)

Bila tergigit yang perisa cheese, rasa macam makan snek pula!

Posing kenang-kenangan dengan Chicago Mix hehehe

Bungkusan kedua pula saya beli Almond CaramelCrips. Bungkusan yang ni saya tak buka. Bawa balik opis.

Small packet utk Almond CaramelCrisp

Then, bawa balik rumah. Surprise untuk Hasya.


Mula-mula tu Hasya kata "popcorn je?"


Tapi lepas rasa sebiji, dia mula senyum dan senyum.. Sebiji lagi dan lagi dan lagi.


Almond!


Akhir kata, Garrett Popcorn ni memang teramatlah sedap. Tapi teramatlah tinggi kalori. Seperkara lagi, boleh merabakkan poket yang tak berapa nak tebal nih... hehehe.. Tak pastilah pula sama ada value and worth for money ke tidak.. Tapi tak salah kalau nak cuba sekali-sekala. Sekian.


 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...