Friday, June 8, 2012

Semuanya Cheese.... di Manhattan Fish Market

Lima tahun yang lalu adalah kali terakhir saya dan Mr. Hubby makan di Manhattan Fish Market. Dan itulah kali pertama dan terakhir (kononnya) kami makan di Pasar Ikan Manhattan tersebut.

Ini kerana, ketika itu kami amat tidak suka dengan menu yang ada. Dalam erti kata lain, memang tak sedap langsung. Walau bagaimanapun, sejak lebih setahun pulang dari US, kami menyedari bahawa Restoran Pasar Ikan ini semakin ramai pengunjung. Ini menyebabkan kami agak tertanya-tanya kerana 5 tahun yang lalu, restoran ini agak lengang dan sepi daripada pengunjung.


Apakah rahsianya? Kenapa tiba-tiba Manhattan Fish Market semakin digemari ramai? Kenapa? Kenapa?

Hmmmm... bagi menjawab persoalan ini, maka semalam saya dan Mr. Hubby mengambil keputusan untuk mencuba menu di sini. Mungkin menunya sudah berubah. Tambahan pula, di hadapan restoran ada tertampal poster dan diletakkan menu tentang `All Things Cheesey'.

 
Kami memilih untuk makan di Manhattan Fish Market yang terletak di Sunway Pyramid. Seperti pemerhatian kami sebelum ini, restoran ini memang dipenuhi pengunjung. Sebaik sahaja membuka buku menu yang diberikan, saya agak teruja melihat menu-menu yang ditawarkan. Sungguh berbeza daripada apa yang ditawarkan 5 tahun yang lalu. 

Alangkah Cheesy nya buku menu ini...

Justeru, kami memilih untuk mencuba menu yang paling hangat iaitu Flaming Cheese Platter yang mengandungi Fish Nuggets, Fried Calamari, Fried Country Mushroom dan Grilled Cajun Chicken.  Sungguh meriah dan cheesey sekali menu ini.     

Meriah!

Kami juga order Seafood Olio kerana terpikat dengan gambar yang ditunjukkan dalam buku menu. Sedap sungguh Spaghetti Seafood Olio ini. Mr. Hubby kata sama sedapnya yang saya buat di rumah hehehe...


Saya juga order Tropical Breeze iaitu Hawaiian Fruit Mocktail. Sungguh segar dan nyaman. Mr. Hubby pula minum iced lemon tea. 

Hawaiian fruit mocktail

Kesimpulannya, Manhattan Fish Market memang dah banyak menu2 yang best. Maka, kami akan datang lagi dan 5 tahun lepas tu bukanlah `kali terakhir' nampaknya. saya akhiri dengan soalan seperti di bawah:


 Sekian.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...