Wednesday, June 20, 2012

Pilihan Noodle Sensations di Noodle Station

Saya memang selalu pergi Alamanda, Putrajaya. Salah satu sebab adalah kerana di sini memang banyak pilihan tempat makan.


 
Kalau saya ke Parkson Alamanda, saya selalu melintasi Restoran Noodle Station. Pada hujung minggu memang meriah restoran ni. Justeru, saya menjadi tertanya-tanya dan mula teruja untuk cuba makan di sini. Persoalan yang bermain di fikiran saya, "Best ke Noodle Station ni?"



Akhirnya, hari yang ditunggu muncul jua, tetiba je Mr. Hubby terima cadangan untuk ke Restoran Stesen Mee ni.


 
Khabarnya ada lebih 20 cawangan Noodle Station di seluruh negara. cawangan pertama dibuka di Kota Bharu pada April 2005. Dan jangan sesekali menyangka yang restoran ini cuma ada pilihan masakan berasaskan mee sahaja kerana anda juga boleh order pilihan nasi dan makanan Barat.



Walau bagaimanapun, seperti tidak kena pula kalau order `nasi' di restoran yang bernama `Noodle Station'. Maka, pastinya jenis-jenis Mi juga menjadi pilihan hati saya dan Mr. Hubby. Istimewanya lagi, Mi yang digunakan adalah Mi telur (rupanya seperti spring) yang diadun menggunakan bahan-bahan rahsia.

Oleh kerana ini adalah kali pertama saya dan Mr. Hubby berkunjung ke Stesen Mi ini, maka kami pun takde idea nak order apa. Setelah tekun membelek buku menu, akhirnya best photo wins. Mr. Hubby pilih Tom Yam Seafood Springy Noodle.



Saya pula pilih Springy Noodle With Beef Pastrami.


 
Menariknya lagi, nama minuman di sini sungguh tak boleh blah. Antaranya I Love You Lemonade dan I Miss You Lemonade. tentu sekali saya akan mengorder salah satu pilihan minuman tersebut. Saya order `I Love You Lemonade'. Minuman ini sungguh lazat, cuma kuantitinya sedikit bangat. Baru nak hilang dahaga, sudah habis diminum.

Do you love me? "I Love You Lemonade"


Mr. Hubby cuma order Teh Ais je.

Teh Ais


Tentang makanannya pula, biasa-biasa je kedua-dua Mi yang kami order. Tak ler sedap sangat dan tak ler tak sedap. So-so je. Terus terang juga, harga yang dikenakan (dibandingkan dengan makanan yang ditawarkan), agak little bit pricey.

Mungkin kami akan kembali ke Stesen Mi yang seterusnya. Pastinya, saya akan order I Love You Lemonade. Pastinya juga, kami akan pilih menu yang lain pula. Mungkin, kalau kembali lagi ke sini atau ke stesen yang berikutnya. Sekian.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...