Tuesday, June 19, 2012

Nasi Bojari di Madam Kwan's

Mana lagi ye nak cari makanan yang sedap. Perut sudah terasa lapar dan selalunya perut memang terasa lapar pun ketika pulang dari pejabat. Hari ini kami singgah di Alamanda Putrajaya. Kebetulan pula semasa sedang mencari-cari restoran untuk makan malam, kami terpandang notis iklan yang mengatakan `Restoran Madam Kwan's' telah dibuka di sini.


Hah, di situlah saya dan Mr. Hubby akan makan malam kali ini.

Madam Kwan's Alamanda terletak di bahagian The Hub Kompleks membeli-belah ini. Berdekatan dengan TGIF dan The Dome. Madam Kwan's terletak paling hujung sekali. cawangan di Putrajaya ini tidak sesak dengan pengunjung. Mungkin sebab masih baru. Suasana dalam restoran juga amat selesa dan tenteram.



Meja dihias dengan cantik. Ada sekuntum bunga mawar merah yang diletakkan di atas setiap meja.



Menu apa yang istimewa di sini?

Menu wajib di sini adalah `Nasi Bojari'. Seriusnya, saya tidak pernah jumpa Nasi Bojari dijual di restoran-restoran lain. Mungkinkah nasi ini dicipta oleh Madam Kwan's? Itu saya tidak tahu. Yang saya tahu, nasi ini memang sedap dan ramai yang suka dengan nasi ini.

Nasi Bojari

Nasi Bojari dihidangkan dengan ayam goreng, udang assam, rendang daging dan telur rebus. Hidangannya bersaiz besar dan sesuai dipesan sekiranya perut anda betul-betul lapar. Kalau tak berapa lapar, maka pembaziran akan berlaku. Dan sebenarnya, nasi ini memanglah sedap tapi takdelah super sedap. Biasa-biasa je.



Mr. Hubby pula pilih untuk makan spaghetti lagi. Kali ini Aglio tidak menjadi pilihan. Sebaliknya Mr. Hubby order Chicken Alfredo. Juga datang dengan portion yang besar.


Alfredo


Saya juga order ABC untuk hati yang lebih gembira. Memang gembira sungguh menghabiskan dessert yang sejuk dan manis berlemak ini. Habis diet seminggu hehehe.


Akhir kata, bolehlah tahan sedapnya makan di Madam Kwan's ni. Tapi tak boleh makan selalu sebab nanti poket boleh jadi rabak. Harganya agak mahal kalau dibandingkan dengan makan KFC.

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...