Friday, June 29, 2012

Kota Bharu... Hanya Sehari, Semalam & Seketika Part I

Semalam saya ke Kota Bharu, setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki di bandar terbesar di sebelah Pantai Timur tanah air ini. Apabila menerima arahan untuk ke Kota Bharu, fikiran saya terus terlintas beberapa perkara: Batik, Keropok Lekor, Nasi Berlauk, Nasi Dagang dan Pasar Besar Siti Khadijah.


Oleh kerana saya memang seorang yang optimis, saya dengan yakin berasa akan dapat mencapai ke semua perkara yang terlintas dalam fikiran saya. Malangnya saya terlupa sesuatu: Perjalanan saya kali ini `Hanya Sehari, Semalam dan Cuma Seketika'.

Tujuan saya ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini adalah untuk menghadiri Karnival 66 Tahun RTM di Kelantanfm. Oleh kerana kali ini waktu penerbangan saya adalah sama dengan bos, maka kami akan terbang dengan pesawat terakhir dari KLIA pada jam 10.35 malam.

Oleh kerana saya sangat lapar, perjalanan ini saya mulakan dengan makan malam di KFC KLIA. Kesempatan ini juga saya gunakan untuk mencuba produk terhangat di KFC iaitu `Flaming Crunch'. Sungguh rangup dan pedas. Sedap bagi penggemar ayam hot & spicy. Bunyinya krapp krupp dan krapp krupp.

Hahaha, jgn expect gambar nasi dagang ye. .

Flaming Crunch!



Sampai sahaja di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, malam sudah begitu larut. Kami singgah sebentar melihat persiapan yang giat dijalankan di tapak karnival. Melepasi jam 12 tengah malam, barulah kami mendaftar masuk di Renaissance Kota Bharu. 



Sungguh penat perjalanan malam ini dan sungguh segar apabila bangun keesokan paginya. 

I'm Happy, Alive & Calm :)


Matahari sudah memunculkan diri.

Kota Bharu dari jendela Hotel

Selepas bersiap, tentunya sasaran adalah untuk bersarapan pagi di Palm Terrace Cafe di Aras 1 hotel berkenaan. 



Terus-terang saya katakan, buffet breakfast di sini merupakan antara yang terbaik yang pernah saya nikmati. Pilihan-pilihan yang ditawarkan bukan sahaja banyak, malah sedap rasanya. Akibatnya, sekali lagi diet dilupakan dan proses pengulangan pergerakan dari meja ke ruang sajian makanan.

Donuts!

Syida tengah pilih2.

Pilihan hati Syida.


Nasi dagang, gulai ikan tongkol dan rendang ayam jadi pilihan hati saya. Sedap!




Pinggan saya


Paling istimewa, pilihan jus dan minuman sangat banyak dan pengunjung boleh meminta dibuatkan jus segar daripada buah-buahan yang disukai. 

Macam-macam jus ada


Jam 10 pagi, perjalanan diteruskan ke tapak karnival. 

Bersambung di Part II.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...