Tuesday, June 5, 2012

Avillion Admiral Cove PD... Part II

Sambungan dari Part I.

Malam menjelma. Nampaknya suhu di PD ini memang panas tak kira siang malam. Meskipun panas, nampaknya kena keluar juga dari bilik untuk makan malam. Memang takde idea langsung nak makan malam di mana.

Akhirnya setelah berpusing-pusing kami singgah di sebuah restoran makanan Arab. Kalau tak silap namanya `DeOasis'. Kami order Nasi Mandy Yemen Kambing dan Ayam.





Dan seriusnya, makanan yang dihidang tidak seperti yang kami bayangkan. Nasi Kabsah di Restoran Saba, Cyberjaya memang berpuluh kali lebih sedap rasanya. Maka, makan McDonald's tengah hari tadi memang berpuluh kali lebih sedap daripada makan malam ini.

Dari tempat makan, kami menuju ke kawasan Pantai Teluk Kemang. Pada sebelah malam, pantai ini memang meriah kerana ada pasar malam.




Tambah-tambah meriah kerana ada pula persembahan untuk menghiburkan hati pengunjung-pengunjung.  



Sekali lagi, kami tak beli apa-apa. Kami tengok aje. Ronda-ronda kurangkan kalori. Tamatlah cerita mengenai satu hari satu malam di PD. Kita sambung keesokan hari pula.

Semestinya tempat yang harus dituju setelah celik mata adalah ke Cafe untuk sarapan pagi. Kami bersarapan di Trader's Food Shop, Avillion Admiral Cove.

Trader's Food Shop
orang2 yg menyambut mesra

Makanannya biasa-biasa je.
'
Honey Star je?

Pinggan Mr. Hubby

Pinggan saya yang Western

Lepas makan, kami ke Private Beach di sebelah bangunan hotel. Lepak-lepak sebentar.





Dan sambung melepak serta menemani Hasya mandi di pantai bersebelahan dengan private beach Avillion.



Ada perkhidmatan sewa basikal.


Matahari yang semakin tinggi menyebabkan kami terpaksa akur untuk tidak berlama-lama di pantai. Tambahan pula, waktu check-out sudah semakin hampir.

Sekian sahajalah percutian untuk kali ini. Kesimpulannya, lain kali kena buat persiapan awal. Kena ambil tahu bila cuti sekolah. Kena sedar yang sekarang ni dah ada anak yang bersekolah dan tahu erti `cuti sekolah'.... Port Dickson sungguh panas... Selamat bertemu kembali!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...