Monday, June 4, 2012

Avillion Admiral Cove PD... Belajar tentang erti `Cuti Sekolah'!

Selama ni saya dan Mr. Hubby tak pernah fikir pun tentang cuti sekolah. Kalau saya nak menempah tiket tambang murah atau penginapan, saya cuma fikir tentang diri saya dan Mr. Hubby. Yelah, sama ada ketika tarikh tempahan tersebut kami dapat bercuti atau pun tidak.

Sekian lama begitu, sehinggalah tiba-tiba Hasya dengan gembiranya memberitahu kami pada hari Jumaat seminggu yang lalu, "Papa, Mama, Hasya cuti sekolah 10 hari!" Akibatnya, tiada sebarang perancangan yang kami buat kerana kami tidak pernah terfikir tentang sebuah `cuti persekolahan'. Akibatnya juga, setelah 2-3 hari Hasya berada dalam mood cutinya, dia mula meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana berasa yang cuma dia sahaja yang bercuti tetapi tidak untuk kami.

Maka, kami mula menyedari akan erti sebuah cuti sekolah dan mula kelam-kabut untuk mengatur sesuatu supaya Hasya juga tidak berasa kecewa. Pelajaran yang saya belajar seterusnya: Teramatlah susah untuk menempah penginapan setelah cuti sekolah bermula. Telefon ke sana kemari. Kebanyakan tempat sudah fully booked. Kalau adapun harganya sangat berganda dan tidak berbaloi.

Akhirnya, setelah mencuba dan mencuba, tempahan berjaya juga dibuat di Avillion Admiral Cove Port Dickson. Percutian ini cuma sehari memandangkan amatlah sukar untuk bercuti lebih daripada sehari kerana kerja-kerja di Pejabat yang amat banyak. Memandangkan juga, kami tidak rancang lebih awal.



Port Dickson menjadi pilihan kerana jaraknya yang dekat dengan ibu kota. Cuma lebih kurang sejam 30 minit sahaja dari rumah kami menaiki kereta. Almaklum percutian 2 hari 1 malam sahaja.

Kami sampai di perkarangan hotel jam 2.30 petang. Pemandangan sekitar hotel sangat cantik dan kami tidak perlu menunggu lama untuk proses check-in. Staff hotel juga mesra dan sentiasa menghulurkan bantuan serta senyuman.




Bilik premium yang ditempah agak selesa untuk kami berempat. Ada sebuah King Bed dan sebuah Day bed. Kelengkapan lain juga tersedia dalam bilik.

Day Bed

Kira-kira jam 3.30 petang, kami keluar untuk mengisi perut yang mula lapar. Sasaran adalah kawasan berdekatan dengan Bandar Port Dickson. Kebetulan pula, kami bertemu dengan makanan kegemaran semua orang iaitu McDonald's. Menariknya, bangunan McD ini terletak berhadapan dengan pantai iaitu di PD Waterfront. Oleh kerana pemandangan yang cantik, kami ambil keputusan untuk makan di situ.


PD Waterfront

Pemandangan di hadapan McD

Late lunch


Pulang dari tempat makan, kami singgah di tempat menjual pelbagai barangan untuk mandi-manda. Ada banyak jenis pelampung yang dijual. Belek punya belek, kami tak beli pun pelampung di situ. Cuaca juga amat panas dan menyebabkan badan berpeluh-peluh.


Petang itu, kami ke kolam renang untuk menyertai aktiviti kegemaran Hasya iaitu berendam di Kolam Renang. Cuaca masih panas walaupun jam dah menunjukkan pukul 6 petang.





Pemandangan di Avillion Cove sangat cantik.

Bot-bot berlabuh bersebelahan dengan kolam renang





Bersambung nanti. Klik sini untuk Part II.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...