Wednesday, June 13, 2012

A'Famosa Resort.. Tentang Musang King Part I

Semalam saya berada di luar ibu kota. Saya ke Kursus Pemantapan Pementoran di A'Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka.

Tak lama saya ke kursus ini. Cuma 2 hari 1 malam sahaja. Sebabnya, sebelum ini saya dah hadir Kursus Pementoran di Ipoh, Perak. Yang mana saya dah tulis pun entry tentang Limau Bali.

Nampaknya malam ni di rumah sendiri, barulah saya dapat mengepos entry ini. Sebabnya, di A'Famosa Resort tidak ada talian WiFi atau Cable Internet percuma. Kalau nak gunakan Internet di bilik, haruslah membayar sebanyak RM30. Itu harga untuk 24 jam penggunaan Internet. Maka, tidaklah saya sudi untuk membayar harga tersebut.  Lebih teruk lagi apabila di Lobby atau Cafe Hotel tersebut juga, tidak ada perkhidmatan WiFi percuma. 

Cukuplah dengan kritikan tersebut, mari kita cerita tentang yang best2 sahaja pula. Pernah tak dengar tentang `Raja Musang'? Raja Musang yang saya nak cerita ni bukan sebarang jenis musang. Takde kena mengena juga dengan Musang Berjanggut atau Flying Fox. Saya nak cerita tentang buah durian. Hmmm.. Durian? Iye, durian yang Andrew Zimmern cakap bau macam stoking tu. Saya nak cerita tentang Durian `Musang King' hehehe.  



Petang semalam, 4 sekawan iaitu: Saya, Puan Ana, Puan Sal dan Puan Ng telah mengadap dan merafak sembah kepada Raja Musang versi Durian. Meski pun dalam suhu yang panas dan kering ini, Raja Musang amat menggoda dan menggegar perasaan kami berempat. Maka, dengan inisiatif Puan Ana, dapatlah kami bersantapkan Raja Musang ini barang seulas dua setiap seorang (ye ke 2 ulas je?!)



Tokey yang jual Durian Musang King ni berniaga naik lori. Dia letak lori kat tepi jalan atau lebih tepatnya di tepi pintu masuk A'Famosa Resort dan menyusun Raja-raja Musang ni dengan indahnya. Dari jauh sudah dapat dilihat ler gamaknya.



Tokey durian yang amat friendly ini bersedia untuk mengopek dan menghidangkan durian yang dibeli oleh pelanggan.

Proses Nego.

Tokey timbang dulu.


Maka, dapatlah kami merasa keindahan dan kelazatan Raja Musang yang sebelum ini hanya saya dengar khabarnya sahaja. Dan ternyata khabar dan rupa itu sama sahaja indahnya. Memang awesomelah durian Musang King ni.

Isi yang cantik dan lazat.

Durian Lovers

Close-up & personal Raja Musang


Selepas makan turut disediakan air untuk mencuci tangan.

Cuci tangan


Meskipun saya sungguh-sungguh mencuci jari-jemari, namun bau Raja Musang memang melekat pada jari. Tajam sungguh bau itu.

Posing manja sebelum balik


Apa-apa pun, terima kasihlah kepada Puan Ana kerana sudi membelanja kami rakyat jelata ni. FYI, harga durian ini pun memanglah sesuai dengan namanya. Mungkin kalau tahap rakyat jelata seperti saya, perlu cari `Durian Rakyat Musang' bukannya `Durian Raja Musang' hehehe..


Sambung nanti ye di Part II. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...